KEPALA BATAS: Polis Pulau Pinang sudah merakam keterangan tujuh individu bagi membantu siasatan insiden perebutan anak yang tular di media sosial Khamis lepas.
Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Mohd Radzi Ahmad, rakaman percakapan itu membabitkan dua buah keluarga terdiri daripada mangsa, iaitu kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun, ibunya, bapa saudaranya, nenek (sebelah ibu) dan pemandu mereka.
Mohd Radzi berkata pihak polis turut mengambil keterangan datuk dan nenek mangsa (sebelah bapa) untuk tindakan selanjutnya.
"Kita sudah selesai merakam keterangan keluarga di kedua-dua belah pihak berhubung kes perebutan anak tersebut, dan kita membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan bagi menyiasat kes berkenaan."
"Ketika ini mangsa (kanak-kanak) berada di Selangor bersama ibunya. Soal hak jagaan anak pula masih di peringkat perbicaraan di mahkamah," katanya ketika diminta mengulas mengenai perkembangan kes berkenaan, di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara di Kepala Batas Pulau Pinang , hari ini.
BACA: Bukan kes culik, tapi kes berebut anak - Polis
Astro AWANI sebelum ini melaporkan seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun dibawa lari ibunya di hadapan sebuah sekolah, menyebabkan ramai yang menyangka ia adalah kes culik.
Bagaimanapun,polis mengesahkan bahawa kejadian itu bukan kes culik sebaliknya berkaitan isu perebutan anak.
Insiden berkenaan tular, selepas seorang pemilik akaun Facebook (FB) memuat naik dua klip video masing-masing bedurasi satu minit 30 saat di media sosial berhubung insiden berkenaan.
Video pertama memaparkan seorang wanita tersembam di atas jalan ketika cuba berlari mendapatkan semula cucunya yang ketika itu ingin dibawa lari bekas menantunya dengan menaiki sebuah kereta berwarna hitam.
Sementara, video kedua memaparkan suami wanita itu turut pergi ke arah kereta terbabit untuk menghalang bekas menantunya membawa lari kanak-kanak berkenaan.
Dewi Nur Harasha Alias
Wed Oct 05 2022
![Kes rebut anak: Polis selesai rakam keterangan tujuh individu Kes rebut anak: Polis selesai rakam keterangan tujuh individu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/81664553938_rebutanak.jpg)
nsiden berkenaan tular, selepas seorang pemilik akaun Facebook (FB) memuat naik dua klip video masing-masing bedurasi satu minit 30 saat di media sosial berhubung insiden berkenaan. - Foto ihsan pembaca
[TERKINI] Jenazah Nur Farah Kartini dikebumikan di Pekan
Jenazah bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah, 25, dijangka akan dikebumikan di Pekan, Pahang, pada Rabu.
![MITI tekad jadikan Malaysia peneraju serantau sektor teknologi hijau MITI tekad jadikan Malaysia peneraju serantau sektor teknologi hijau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716607692_TBZAFRUL.jpg)
MITI tekad jadikan Malaysia peneraju serantau sektor teknologi hijau
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) bersedia menyokong pelaksanaan Strategi Pelaburan Hijau bagi menarik pelaburan hijau ke Malaysia dan memangkin pembangunan sosio-ekonomi lestari.
[TERKINI] Punca kematian Nur Farah Kartini belum dapat disahkan - Polis
Menurut Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan, pihak Pakar Patalogi Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh memerlukan keputusan analisis makmal terhadap beberapa sampel biologi yang diambil pada mayat untuk mengenal pasti punca kematian.
[TERKINI] PM arah MOSTI senaraikan 100 saintis untuk ke 100 sekolah
Perdana Menteri mengarahkan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang menyenaraikan 100 saintis dalam bidang bioteknologi untuk pergi ke 100 sekolah dan menganjurkan program di sana.
![Mayat lelaki tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Malim Mayat lelaki tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Malim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720161058_TBLOGOPDRM.jpg)
Mayat lelaki tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Malim
Mayat seorang lelaki tanpa identiti ditemukan terapung dalam keadaan tertiarap di Sungai Malim.
![PM jumpa keluarga Teoh Beng Hock minggu depan PM jumpa keluarga Teoh Beng Hock minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720677592_AnwarIbrahim.jpg)
PM jumpa keluarga Teoh Beng Hock minggu depan
Pertemuan itu adalah untuk meneliti memorandum tuntutan yang mahu disampaikan keluarga berkenaan kepada kerajaan.
"Bukit Gantang itu tulis PN. Dia bukan PN dah...," soal YB Pasir Mas
"Bukit Gantang itu tulis PN. Dia bukan PN dah...," soal YB Pasir Mas.
"Ada bukti hitam putih yang PN telah tulis kepada saya untuk tarik dia keluar?," soal Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul.
#SisiTVParlimen
"Ada bukti hitam putih yang PN telah tulis kepada saya untuk tarik dia keluar?," soal Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul.
#SisiTVParlimen
![Israel sekat bekalan minyak ke Gaza - PBB Israel sekat bekalan minyak ke Gaza - PBB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720130905_foodtrucksaid.jpg)
Israel sekat bekalan minyak ke Gaza - PBB
Setiausaha Agung PBB, Stephane Dujarric berkata bahawa berpuluh-puluh orang awam terbunuh dan yang lain cedera dalam serangan terbaharu Israel ke atas Gaza.
![Bursa Malaysia meningkat pada sesi awal seiring prestasi Wall Street Bursa Malaysia meningkat pada sesi awal seiring prestasi Wall Street](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51709865166_BURSAMALAYSIA.jpg)
Bursa Malaysia meningkat pada sesi awal seiring prestasi Wall Street
Pada 9.05 pagi ini, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 5.67 mata kepada 1,631.63 daripada paras 1,625.96 pada akhir dagangan semalam.
Miskin tegar tak boleh dihapuskan jika tiada - Shafie Apdal
Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata miskin tegar tidak boleh dihapuskan sepenuhnya jika tiada formula dan angka yang tepat.
#SisiTVParlimen
#SisiTVParlimen
![Kes rebut anak: Polis selesai rakam keterangan tujuh individu Kes rebut anak: Polis selesai rakam keterangan tujuh individu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/81664553938_rebutanak.jpg)
Kes rebut anak: Polis selesai rakam keterangan tujuh individu
Polis Pulau Pinang sudah merakam keterangan tujuh individu bagi membantu siasatan insiden perebutan anak yang tular di media sosial Khamis lepas.
![Kes rebut anak: Polis ambil jalan tengah - Khalid Kes rebut anak: Polis ambil jalan tengah - Khalid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-06/61370218814_295x200.jpg)
Kes rebut anak: Polis ambil jalan tengah - Khalid
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis mengambil jalan tengah dalam soal hak penjagaan anak yang membabitkan keputusan berbeza mahkamah syariah dan sivil.
![Kerajaan digesa selesai pertindihan bidang kuasa mahkamah syariah dan sivil Kerajaan digesa selesai pertindihan bidang kuasa mahkamah syariah dan sivil](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-12/51388488766_295x200.jpg)
Kerajaan digesa selesai pertindihan bidang kuasa mahkamah syariah dan sivil
Isu berkaitan hak-hak antara muslim dan bukan muslim perlu diberi keutamaan sewajarnya, agar membawa kebaikan dan keadilan kepada semua pihak.