Perbicaraan rayuan akhir kes bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo terhadap pensabitan dan hukuman penjara 12 bulan kerana rasuah, ditangguh kepada 6 Nov kerana dia dimasukkan ke hospital semalam.
Peguamnya Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memberitahu panel lima anggota Mahkamah Persekutuan bahawa anak guamnya menghidap pening kepala yang teruk, hingga tidak boleh berjalan dan dimasukkan ke Hospital Pakar DEMC.
Muhammad Shafee turut menyerahkan kepada mahkamah, surat daripada Dr Rashidi Saidin, pakar perunding dan pakar nefrologi hospital itu, di Shah Alam yang menyatakan Dr Mohamad Khir dibawa ke Jabatan Kecemasan hospital itu semalam kerana pening kepala yang teruk yang ada kaitan dengan sakit tengkuk yang dihidapinya.
Surat itu juga menyatakan bahawa Dr Mohamad Khir didiagnos menderita sakit servikal spondylosis dan dimasukkan ke dalam wad untuk rawatan dan pemeriksaan lanjut.
"Kami tidak tahu berapa lama beliau akan berada di hospital. Ini pertama kali perayu tidak hadir di mahkamah atas sebab peribadi. Kami memohon penangguhan," kata Muhammad Shafee.
Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin yang mempengerusikan panel itu berkata ini kali kedua sebenarnya perbicaraan rayuan itu ditangguhkan.
Beliau berkata orang ramai perlu diberitahu bahawa kes itu tidak ditangguhkan oleh mahkamah.
Beliau juga memberitahu Muhammad Shafee supaya memastikan kehadirannya pada tarikh perbicaraan yang akan datang kerana beliau memang diketahui banyak mengendalikan pelbagai kes mahkamah.
Perbicaraan rayuan itu ditetapkan hari ini selepas ditangguhkan pada 15 April lepas ini atas permintaan Muhammad Shafee kerana beliau mengahdiri satu persidangan di Jepun.
Timbalan Pendakwa Raya Masri Mohd Daud memberitahu mahkamah bahawa beliau tiada bantahan untuk menangguhkan kes itu.
Pada 23 Dis 2011, Mahkamah Tinggi di Shah Alam mendapati Dr Mohamad Khir, 49, bersalah kerana mendapatkan untuk dirinya dan isteri Zahrah Kechik, 47, dua lot tanah dan sebuah banglo di Seksyen 7, Shah Alam empat tahun sebelum itu daripada Ditamas Sdn. Bhd. melalui pengarahnya, Shamsuddin Hayroni dan menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan.
Bekas anggota Dewan Undangan Negeri Sungai Panjang itu dituduh melakukan kesalahan berkenaan di kediaman rasminya sebagai Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7, Shah Alam, pada 29 Mei 2007.
Mahkamah Tinggi itu juga memerintahkan hartanah itu dilucuthak dan diserahkan kepada kerajaan.
Pada 30 Mei tahun lepas, Mahkamah Rayuan mengetepikan rayuan Dr Mohamad Khir dan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi. Dia kemudian memfailkan rayuan kepada Mahkamah Persekutuan.
Bernama
Thu Aug 28 2014

Mohamad Khir dikatakan menghidap pening kepala yang teruk, hingga tidak boleh berjalan dan dimasukkan ke Hospital Pakar DEMC.
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Khir Toyo terima amaran Lembaga Disiplin UMNO
Mohd Hafarizam berkata, Mohamad Khir didapati melemparkan tohmahan terhadap Jamal menerusi kenyataannya antara 1, 5 dan 8 Mac.

Pemilihan UMNO: Saarani, Tengku Zafrul menang tanpa bertanding, Khir Toyo buat kemunculan semula
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad mengesahkan mempertahan jawatan Ketua UMNO Bahagian Lenggong selepas menang tanpa bertanding pada pemilihan parti itu.

'Tiada sebab mahu ceraikan isteri saya' - Khir Toyo
Bekas Menteri Besar Selangor Mohamad Khir Toyo tidak mempunyai sebarang sebab untuk menceraikan isterinya, Zaharah Kechik, sebaliknya ia adalah permintaan isterinya.

Khir Toyo kembali tanding jadi calon BN pada PRU15?
Bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo menyerahkan kepada pucuk pimpinan UMNO sama ada untuk memilih beliau sebagai calon pada pilihan raya umum akan datang.

'Ini bukan masanya lobi jadi calon' - Noh
Pemimpin politik terutama di negeri Selangor diingatkan terus bekerja untuk mendekati rakyat dan bukan menawarkan diri menjadi calon pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Kes SRC: Sithambaran petik undang-undang kes libatkan beberapa pemimpin dalam hujah
Timbalan Pendakwa Raya ad-hoc, Datuk V Sithambaran dalam hujahnya memetik beberapa contoh kes beberapa pemimpin sebelum ini termasuk bekas Menteri Besar Selangor, Dr Khir Toyo.

Surat terbuka Nurul Izzah kepada PM: Mohon pertimbang tempatkan Anwar di hospital
Nurul Izzah Anwar memohon Perdana Menteri untuk mempertimbangkan rayuan supaya ayahnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim ditempatkan di hospital sementara menunggu pembedahan otot bahunya kelak.

'Hanya calon tempatan boleh menang di Sungai Besar' - Khir Toyo
Barisan Nasional (BN) perlu meletakkan calon tempatan sebagai faktor kemenangan di Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar pada 18 Jun ini.

Jangan 'double standard' Guan Eng dengan Khir Toyo - Syed Rosli
SPRM diminta menyiasat kontrak pembelian banglo Ketua Menteri Pulau Pinang sama seperti prosedur yang dijalani bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo yang membeli banglonya di Shah Alam.

Catatan terakhir Khir Toyo sebelum ke penjara
Bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo memuat naik satu catatan yang terakhir sebelum beliau menjalani hukuman di Penjara Kajang pada Selasa.