KUALA LUMPUR: Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) bersedia memberi kerjasama dengan mana-mana pihak berkuasa berkaitan susulan pendakwaan terhadap bekas ketua pegawai eksekutifnya di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.
MARii dalam kenyataan hari ini memaklumkan pengurusan baharu di bawah Ketua Pegawai Eksekutif yang baru dilantik Azrul Reza Aziz dan lembaga pengarah akan mendukung serta menekankan aspek integriti dan tadbir urus yang baik dalam setiap peringkat pentadbiran.
"Semua jabatan dan pegawai di MARii mengamalkan ketelusan, penguatkuasaan dan pemerkasaan tadbir urus yang baik, selain tidak akan berkompromi atau bertolak ansur dengan rasuah atau salah guna kuasa," menurut kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu, objektif MARii ketika ini adalah untuk mengukuhkan daya saing industri automatif negara di peringkat nasional dan antarabangsa selaras dengan Dasar Automotif Nasional (NAP) 2020.
Hari ini, bekas Ketua Pegawai Eksekutif MARii Datuk Madani Sahari didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas pertuduhan menerima rasuah RM5 juta pada dua tahun lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 14 2023
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif MARii Datuk Madani Sahari didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas pertuduhan menerima rasuah RM5 juta pada dua tahun lepas. - Gambar fail
White House sahkan Biden hadiri pelantikan Trump
White House pada Isnin mengesahkan bahawa Presiden Joe Biden akan menghadiri majlis pelantikan Donald Trump pada 20 Jan.
Sistem kad akses dilaksana di PPR tahun depan -
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata sistem kad akses akan dilaksanakan di PPR mulai tahun depan bagi menangangi masalah pengurusan Program Perumahan Rakyat (PPR).
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Anwar bertemu pemimpin perniagaan terkemuka Korea Selatan hari ini
Perbincangan berkenaan selaras dengan strategi Malaysia untuk mendapatkan pelaburan 'bernilai tinggi, pertumbuhan tinggi' daripada Republik Korea.
NWICE 2024: Transformasi air menuju kemampanan sejagat
Bertemakan “Transformasi Air Menuju Kemampanan Sejagat”, Persidangan & Pameran Inovasi Air Kebangsaan 2024 (NWICE 2024) merupakan kesinambungan daripada pelan hala tuju AIR 2040 yang telah dilancarkan oleh Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air(PETRA) baru-baru ini dalam memastikan pengurusan sumber air yang mampan untuk generasi akan datang.
Hoki dalam dewan adakan aksi persahabatan menjelang Piala Dunia 2025
Skuad hoki dalam dewan negara akan mengadakan beberapa aksi persahabatan sebagai persiapan sebelum ke Piala Dunia.
[TERKINI] Suspek bunuh, simpan mayat ibu dalam peti sejuk beku didakwa
Seorang lelaki dipercayai menumbuk dada ibu kandungnya hingga maut dan menyumbat mayat mangsa dalam peti sejuk beku sejak tiga tahun lalu di rumahnya di Taman OUG, Kuala Lumpur Didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, hari ini.
Faida Rahim ada perinciannya langsung dari Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.
Faida Rahim ada perinciannya langsung dari Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.
Vaksinasi dan pendidikan usaha perangi penyakit anjing gila di Sarawak
Usaha untuk memerangi rabies ini sedang giat diteruskan sejak kemunculannya semula pada tahun 2015.
Lawatan Rasmi PM: Lembaran baharu penerokaan peluang pelaburan
Anwar mengalu-alukan kehadiran lebih 200 peserta yang mewakili 147 syarikat Korea Selatan dari pelbagai sektor, termasuk semikonduktor, kenderaan elektrik, teknologi hijau dan kecerdasan buatan (AI).
AWANI Pagi: Inovasi Selangor Pemacu Modal Insan Berkemahiran
Saksikan wawancara eksklusif #AWANIPagi bersama Mohd Hidayat Mohd Sauffi, Ketua Setiausaha Sulit kepada Menteri Besar Selangor merangkap Ketua Sekretariat Selangor Education Summit 2024, yang akan membincangkan peranan inovasi dan teknologi dalam memacu pembangunan modal insan di Selangor.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Wealth-Tech: The evolution of wealth management in Malaysia
Over the past decade, the landscape of wealth management and investing has undergone significant transformation, driven by technological advancements and innovative solutions. From robo-advisers to low-cost investment platforms, Malaysians now have more tools than ever to manage their finances and build wealth.
Kerajaan tubuh zon perindustrian industri automotif
Pelabuhan Klang diharap menjadi zon yang akan merangsang aktiviti termasuk pengkitaran dan pembuatan semula untuk industri.