KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 8 Ogos untuk mendengar rayuan oleh Sapura Energy Bhd terhadap keputusan Mahkamah Sesyen membenarkan Menteri Ekonomi Rafizi Ramli mendapatkan dokumen berhubung gaji dan elaun dibayar kepada Tan Sri Shahril Shamsuddin, semasa menjadi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sapura Energy Bhd.
Peguam Rafizi, Navpreet Singh semasa mengesahkannya berkata tarikh itu ditetapkan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Rozana Husin pada prosiding pengurusan kes secara dalam talian hari ini.
Pada 14 April lepas Hakim Mahkamah Sesyen Lailatul Zuraida Harron@Haron dalam membenarkan permohonan Rafizi, mengarahkan supaya syarikat berkenaan mengemukakan dokumen yang diminta oleh Ahli Parlimen Pandan itu dalam tempoh sebulan daripada tarikh keputusan (14April).
Susulan itu Sapura Energy menfailkan notis rayuan bertarikh 25 April, terhadap keputusan berkenaan.
"Pendaftar yang arif (Rozana Husin) memberikan arahan untuk menfailkan hujah bertulis menjelang 11 Julai dan hujah jawapan menjelang 25 Julai," kata Navpreet ketika dihubungi media.
Pada 24 Nov lepas, Rafizi memfailkan permohonan itu dan meminda pembelaannya yang difailkannya pada Julai tahun lepas.
Dalam permohonan itu, Rafizi telah memohon kebenaran mahkamah untuk Sapura Energy mendedahkan pakej imbuhan dan elaun Shahril.
Shahril menfailkan saman terhadap Rafizi pada Mei tahun lepas, berikutan kenyataan Rafizi dalam tiga artikel yang disiarkan di akaun media sosialnya antara 31 Mac hingga 4 April tahun lepas.
Artikel berkenaan sebagai reaksi terhadap kewajaran menggunakan dana awam untuk menyelamatkan syarikat itu seperti yang dicadangkan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang mahu kerajaan menyuntik lebih banyak dana ke dalam Sapura Energy.
Rafizi yang membantah pandangan Najib mendakwa dana awam tidak seharusnya digunakan bagi melindungi golongan elit.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 26 2023
Pada 24 Nov lepas, Rafizi memfailkan permohonan itu dan meminda pembelaannya yang difailkannya pada Julai tahun lepas. - Gambar fail/BERNAMA
AWANI Tonight: Weststar-GAP Secures Offshore Aviation Contract with Santos
Weststar-GAP, a joint venture between Weststar Aviation and Timor GAP has signed a contract with Santos Limited, an Australian oil and gas company. Astro AWANI's Khalis Khadir has the details.
BNM keluarkan dokumen semakan semula dasar wang elektronik
Bank Negara Malaysia (BNM) mengeluarkan dokumen dasar wang elektronik dan set soalan lazim (FAQ) yang disemak semula berkuat kuasa hari ini.
Parlimen Greece gagal pilih presiden baharu dalam undian pusingan kedua
Tiada calon memperoleh majoriti yang diperlukan. Pusingan seterusnya bagi pemilihan Presiden Republik akan diadakan pada 6 Februari.
AWANI 7:45 [31/1/2025] – Jaminan PM | Tukang rumah dipenjara | Seludup dadah di KLIA | Pemulihan berbelas tahun
- PM beri jaminan siasatan kes tembak warga Indonesia di Banting telus
- Lelaki ugut keluarga Harith Iskander terkait isu ham dipenjara
- Tiga termasuk warga Britain ditahan di KLIA bersama dadah RM1 juta
- Gaza musnah sepenuhnya, pemulihan ambil masa 10 ke 15 tahun
- Lelaki ugut keluarga Harith Iskander terkait isu ham dipenjara
- Tiga termasuk warga Britain ditahan di KLIA bersama dadah RM1 juta
- Gaza musnah sepenuhnya, pemulihan ambil masa 10 ke 15 tahun
Banjir: Premier Sarawak hargai peruntukan segera Persekutuan
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan atas peruntukan segera lebih RM25 juta untuk Sarawak dan Sabah.
GPI tafsirkan sumbangan suri rumah dalam bentuk kewangan - Penganalisis
Penunjuk Kemakmuran Tulen (GPI) memberikan gambaran menyeluruh mengenai produktiviti negara dengan mengambil kira aktiviti ekonomi dan selainnya.
Bantuan RM25 juta amat diperlukan - Hajiji
Bantuan RM25 juta diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim amat diperlukan bagi membantu membaiki infrastruktur yang rosak dan musnah susulan banjir di Sabah.
Pasukan penyelamat berdepan ancaman buaya ketika menjalankan operasi banjir
Melihat buaya 'bersantai' di tebing sungai adalah perkara biasa, namun kebiasaan itu bertukar menjadi detik mencemaskan apabila banjir melanda.
Malaysia akan bantu permudah Timor-Leste sertai perjanjian ekonomi ASEAN
Malaysia, sebagai pengerusi ASEAN tahun ini akan membantu mempermudah Timor-Leste untuk menyertai perjanjian ekonomi ASEAN.
Dialog Poket Rakyat: GPI | Menilai pembangunan ekonomi, alam sekitar & kesejahteraan sosial
Adakah kita sedang menikmati kemakmuran yang tulen? Ikuti diskusi dan analisis mengenai perspektif pengukuran prestasi dan penilaian adil pembangunan ekonomi, alam sekitar dan kesejahteraan sosial dalam Dialog Poket Rakyat 8.30 malam ini.
Kes Rafizi: Rayuan Sapura Energy Bhd didengar 8 Ogos
Tarikh itu ditetapkan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Rozana Husin pada prosiding pengurusan kes secara dalam talian hari ini.