KLANG: Polis giat mengesan seorang lelaki untuk membantu siasatan kes pukul pemandu kontena ketika insiden kemalangan maut di Jalan Telok Gong, di sini baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, lelaki itu dikenali Muhammad Putra Abdullah berusia 31 tahun.
Menurutnya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan individu dan kejadian terbabit diminta untuk menyalurkannya terus kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan di talian 03-33762222 atau mana-mana balai polis yang berhampiran.
"Sehingga hari ini seramai dua lelaki tempatan berumur 38 tahun telah ditahan bagi membantu siasatan.
"Hasil semakan mendapati suspek pertama tidak mempunyai rekod lampau manakala suspek kedua mempunyai dua rekod lampau bersabit dadah," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Beliau berkata, selain itu, seramai enam orang saksi telah dipanggil untuk membantu siasatan.
Katanya, pengawai penyiasat dalam proses melengkapkan siasatan dan akan rujuk kertas siasatan ke Timbalan Pendakwa Raya dalam masa yang terdekat.
"Pihak polis masih meneruskan usaha untuk mengesan dan menangkap individu-individu yang terlibat," ujarnya.
Kes disiasat di bawah Seksyen 147/427 Kanun Keseksaan kerana merusuh serta mendatangkan kecederaan dan kesalahan khianat ke atas harta benda.
22 Mac lalu, Sinar Harian melaporkan sebuah motosikal yang ditunggang seorang wanita bersama dua pembonceng iaitu kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun dan kakaknya berusia sembilan tahun dikatakan hilang kawalan sebelum jatuh di atas jalan.
Kanak-kanak perempuan itu kemudian digilis manakala penunggang serta seorang pembonceng dilaporkan cedera.
Susulan itu, sekumpulan lelaki telah berkumpul dan memukul pemandu kontena berusia 36 tahun terbabit hingga cedera di bahagian pipi selain bertindak memecahkan cermin hadapan kenderaan terbabit. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Mar 28 2023
Muhammad Putra dicari polis untuk membantu siasatan kes pukul pemandu kontena dalam kejadian kemalangan maut di Jalan Telok Gong, Klang baru-baru ini. Gambar kecil, Cha Hoong Fong. - Foto Sinar Harian
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
Pesawat kargo DHL terhempas di Vilnius
Polis Lithuania tidak menangkis serangan pengganas boleh menjadi punca kepada nahas pesawat kargo DHL terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius pada pagi Isnin. Nahas itu seperti yang disahkan oleh Ketua Polis telah mengorbankan seorang individu dan mencederakan tiga yang lain, yang kini masih ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan.
Datuk Seri Vida lantik peguam selesai isu sitaan & hutang
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Kahar: Kapla High Council bakal cetus fenomena baharu?
Wartawan Ridauddin Daud menemubual beberapa pelakon Kahar: Kapla High Council ketika tayangan perdana pada Isnin.
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
Kes pukul pemandu kontena, polis cari Muhammad Putra
Selain lelaki berusia 31 tahun yang dicari itu, polis telah menahan dua lelaki tempatan berumur 38 tahun bagi membantu siasatan.