SEREMBAN: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menggantikan keputusan Mahkamah Koroner bahawa kematian remaja perempuan Ireland-Perancis adalah akibat nahas atau peristiwa malang dengan keputusan terbuka.
Hakim Azizul Azmi Adnan, yang membuat keputusan itu dalam prosiding secara dalam talian menerusi laman rasmi Badan Kehakiman Malaysia di YouTube, berkata peranan inkuiri bukanlah untuk menentukan keputusan mana yang mempunyai kemungkinan paling tinggi sebagai keputusan yang tepat.
"Bagaimanapun, selepas meneliti bukti yang dikemukakan kepada mahkamah, saya berpendapat keputusan bahawa kematian mangsa adalah akibat nahas atau peristiwa malang sepatutnya dibatalkan demi kepentingan keadilan dan digantikan dengan keputusan terbuka," katanya.
Keputusan terbuka dalam kes ini bermaksud cara atau punca kematian mangsa tidak dapat ditentukan.
Beliau berkata kemungkinan bahawa terdapat penglibatan pihak ketiga adalah lebih rendah berbanding kemungkinan bahawa Nora Anne entah bagaimana telah menyebabkan dirinya berada dalam satu situasi di mana dia tidak dapat melepaskan diri.
Pada 4 Jan lepas, Koroner Maimoonah Aid memutuskan bahawa Nora Anne meninggal dunia akibat nahas atau peristiwa malang dan tiada penglibatan pihak ketiga dalam kematiannya.
Peguam Louis Azmi, yang mewakili keluarga Nora Anne Quoirin, berkata anak guamnya gembira dengan keputusan itu.
Sejumlah 48 saksi termasuk ibu bapa mangsa iaitu Meabh Jaseprine Quoirin dan Sebastien Quoirin telah memberi keterangan dalam prosiding inkues yang bermula pada 24 Ogos tahun lepas.
Nora Anne, 15, didapati hilang pada 4 Ogos 2019, sehari selepas dia dan keluarganya tiba di Malaysia untuk percutian dua minggu di sebuah pusat peranginan di Pantai di sini.
Mayat remaja itu ditemukan 10 hari selepas itu berhampiran sebatang sungai di sebuah lurah yang terletak kira-kira 2.5 kilometer dari pusat peranginan tersebut susulan operasi pencarian besar-besaran oleh pihak berwajib.
Laporan awal bedah siasat menyatakan kematian remaja itu, yang dikategorikan sebagai orang kurang upaya, tidak mempunyai unsur jenayah dan mangsa disahkan meninggal dunia akibat pendarahan usus yang disebabkan kebuluran serta tekanan berpanjangan.
Bernama
Wed Jun 16 2021

Nora Anne, 15, didapati hilang pada 4 Ogos 2019, sehari selepas dia dan keluarganya tiba di Malaysia untuk percutian dua minggu di sebuah pusat peranginan di Pantai di Seremban. - Gambar fail
ASEAN 2025 | 13 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pantau Agenda Reformasi: SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang
Bersama Jose Rizal, Ketua Aktivis, Gerakan E-Hailing Malaysia membincangkan tentang SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang.

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Cuepacs mohon kerajaan pertimbang beri Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri kepada penjawat awam.

PM Anwar arah KKDW segerakan, pantau rapi projek infrastruktur asas rakyat
Perdana Menteri mengarahkan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah supaya menyegerakan projek-projek infrastruktur asas yang melibatkan kepentingan rakyat.

Chong Wei sedia kongsi komitmen sebagai duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei bersedia memikul tanggungjawab sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor seperti diumum Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tiada bukti kaitkan bekas pakar patologi dengan pembunuhan Kevin Morais - Peguam
Mahkamah Persekutuan diberitahu tiada bukti yang mengaitkan Kolonel Dr R. Kunaseegaran dengan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais.

Pemastautin sementara dalang palsu MyKad - Saifuddin
Seorang pemastautin sementara dipenjara kerana didapati menjadi dalang aktiviti pemalsuan kad pengenalan (MyKad) di ibu negara.
Vietnam seru negara anggota perkukuh ekonomi
ASEAN perlu memastikan kebergantungan strategik dan keupayaan menyesuaikan diri dalam menghadapi cabaran yang semakin berkembang pesat di tengah persaingan strategik.
Vietnam cadang lanjut cuti bersalin ke 7 bulan
Vietnam bercadang membenarkan pekerja wanita melanjutkan cuti bersalin daripada enam bulan kepada tujuh bulan apabila melahirkan anak kedua.

Permohonan semakan keluarga Nora Anne diputuskan pada 16 Jun
Pada 4 Jan lepas, Koroner Maimoonah Aid memutuskan bahawa tidak ada individu lain yang terlibat dalam kes kematian remaja berusia 15 tahun itu.

Analisis tiga spesimen mayat Nora Anne tidak temui dadah, racun perosak - Ahli kimia
Suhana Ismail, 52, bertugas di Jabatan Kimia Malaysia, turut menjalankan analisis pestisid organofosfat dan pestisid organoklorin terhadap ketiga-tiga spesimen berkenaan.

Pengurusan kes inkues kematian Nora Anne ditetap 4 Ogos
Pegawai pengendali kes, Mohamad Iskandar Ahmad memberitahu mahkamah, pihaknya mengenal pasti seramai 589 saksi.

Keterujaan Nora Anne lawat air terjun jadi petunjuk penemuannya
Keinginan Nora Anne Quoirin untuk melawat sebuah air terjun memberi petunjuk pasukan pencari untuk mencari gadis berkenaan di kawasan berkenaan.

Keluarga Nora Anne zahirkan penghargaan, kagum dengan misi pencarian di ambang Aidiladha
Ibu kepada remaja Nora Anne Quoirin, 15, yang hilang sejak tujuh hari lalu tampil menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua anggota keselamatan yang terlibat dalam misi SAR anak sulungnya itu.