KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) meminta semua pihak memberi ruang kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan berhubung dakwaan seorang murid digigit guru di sebuah sekolah di Pantai Timur, baru-baru ini.
Menterinya, Fadhlina Sidek, memberi jaminan tidak akan sesekali berkompromi dengan sebarang bentuk kesalahan termasuk keganasan serta buli membabitkan pelajar.
"Jangan risau saya beri jaminan apa sahaja yang berkaitan dengan aduan, yang melibatkan keganasan, buli atau yang melibatkan tindakan fizikal, ini kita akan siasat.
"Segala siasatan mesti mengikut saluran dan proses yang betul iaitu mempunyai aduan, siasatan dan ketelusan.
"(Kes ini) masih dalam siasatan Jabatan Pendidikan Negeri. Kita telah serah kepada pihak berkuasa dan sedang menanti keputusan," katanya yang ditemui selepas menyempurnakan majlis anugerah Digital Utilisation and Technology Awards (Duta) 2023 di sini pada Selasa.
Dalam pada itu Fadhlina yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal berkata, jika siasatan membuktikan wujud elemen-elemen yang menyalahi undang-undang, pihaknya akan membuat pengumuman.
"Bagaimanapun, buat masa ini, biarlah pihak berkuasa jalankan kerja mereka. Tentang status guru tersebut, saya juga sudah serah pada pihak JPN untuk uruskan dengan pemantauan daripada Kementerian dari semasa ke semasa," jelasnya.
Baru-baru ini, tular dalam media sosial berhubung seorang ibu yang mendakwa bahawa anak lelakinya berusia enam tahun digigit seorang guru hingga menyebabkan emosi murid itu terganggu.
Dalam hantaran itu, ibu murid terbabit hairan selepas anaknya sering bertanya soal cuti sekolah dan tidak ceria seperti selalu.
Pada mulanya, ibu kanak-kanak itu beranggapan bahawa anaknya menjadi mangsa buli sehingga akhirnya terbongkar kisah bahawa anaknya digigit seorang guru lelaki hingga takut untuk ke sekolah.
"Buat masa sekarang perlu hormat proses siasatan, jadi bagi ruang untuk siasatan diperkemaskan," katanya
Sementara itu ditanya mengenai isu penyelenggaraan tandas sekolah, Fadhlina berkata, KPM memberikan peruntukan kepada setiap sekolah di bawah KPM untuk segera menjalankan kerja-kerja membaik pulih.
Menurutnya, setiap sekolah di bawah KPM masing-masing diberikan peruntukan sebanyak RM70,000 dan segala urusan itu mula dilaksanakan.
"Kita cuma berikan tempoh tiga bulan sahaja kepada setiap sekolah untuk memastikan segala kerja-kerja pembaikan dilakukan sebaiknya dan kita mahu tengok hasilnya," jelasnya.
Astro Awani
Tue Jul 11 2023

Fadhlina Sidek memohon semua pihak agar menghormati serta memberi ruang kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan. - Gambar/ Bernama

Bubur lambuk, ejen perpaduan pelbagai kaum - Wan Rosdy
Hidangan makanan tradisional seperti bubur lambuk yang menjadi juadah setiap kali menjelang Ramadan, berupaya menjadi ejen perpaduan pelbagai kaum di negara ini.

Kepengerusian ASEAN: Malaysia mahu tetapkan standard baharu dalam tadbir urus global
Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia beraspirasi untuk menetapkan standard baharu dalam tadbir urus global.

Lebih 12,000 wanita jadi korban keganasan Israel di Gaza - Kementerian
Konflik di Gaza menyebabkan 12,298 wanita terkorban akibat serangan udara dan serangan tentera Israel.
Tumpuan Isnin – 10 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (9 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sindiket penipuan: Ribuan terperangkap selepas dipaksa jadi 'scammer'
Bulan lalu, satu operasi oleh pihak berkuasa Thailand, China dan Myanmar membawa kepada pembebasan lebih 7,000 mangsa dari lokasi di mana mereka terpaksa memperdayakan orang ramai untuk melabur wang simpanan mereka.
BN tiada masalah cari calon sesuai
Barisan Nasional (BN) tidak mempunyai masalah untuk mencari calon yang sesuai bagi mewakili parti itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, April ini.
Jalan TAR meriah, warga kota buat persiapan awal Hari Raya
Meskipun baru seminggu umat Islam berpuasa, warga kota sudah memulakan persiapan awal bagi menyambut Aidilfitri.
Bagi mendapatkan suasana kemeriahan itu, kita bersama rakan setugas, Khalis Khadir yang kini berada di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.
Bagi mendapatkan suasana kemeriahan itu, kita bersama rakan setugas, Khalis Khadir yang kini berada di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 9 Mac 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 9 Mac 2025.

Rodziah pertimbang bertanding jawatan Ketua Wanita PKR
Ahli Parlimen Ampang, Rodziah Ismail sedang mempertimbangkan keperluan untuk bertanding jawatan Ketua Wanita PKR susulan melihat sayap itu lesu.

17 sekolah baharu dijangka mula operasi tahun ini - Fadhlina
Ia merangkumi lapan sekolah rendah dan sembilan sekolah menengah melibatkan Selangor, Melaka, Johor, Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak.

Cadangan pembinaan sekolah 17 tingkat perlu diteliti aspek keselamatan - Fadhlina
Kementerian Pendidikan menerima baik cadangan DBKL untuk membina sekolah 17 tingkat di sekitar pusat bandar raya namun perlu diteliti dari aspek keselamatan dan kesesuaiannya.

Hantar anak tuisyen pilihan peribadi- Fadhlina
Keputusan menghantar anak ke pusat tuisyen untuk mengikuti pembelajaran tambahan adalah pilihan peribadi.

Guru bersara awal pilihan peribadi, pentadbiran perlu bersifat manusiawi - Fadhlina
Fadhlina berkata, terdapat pelbagai faktor termasuk kesihatan dan tanggungjawab keluarga yang mempengaruhi keputusan mereka.

KPM perluas peranan ELTC tingkat penguasaan bahasa Inggeris guru, murid
Penstrukturan semula ELTC secara radikal dijangka memberikan impak kepada peningkatan dan penguasaan guru-guru.

KPM tidak pernah benar syarikat, sindiket tawaran pinjaman masuk ke sekolah - Fadhlina
KPM tidak pernah membenarkan mana-mana syarikat swasta atau sindiket tawaran pinjaman oleh syarikat perunding kewangan masuk ke sekolah-sekolah.

Banjir Sabah, Sarawak: Baik pulih sekolah terjejas libatkan kos besar
Kementerian Pendidikan (KPM) menjangkakan kos membaik pulih keseluruhan sekolah dan premis yang mengalami kerosakan akibat banjir di Sabah dan Sarawak melibatkan jumlah perbelanjaan yang sangat besar.

KPM sasar lima tahun laksana sekolah satu sesi seluruh negara - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) menyasarkan untuk menyelesaikan pelaksanaan sistem sekolah satu sesi di seluruh negara dalam masa lima tahun.

Fadhlina usaha tulis jawi, catat titah Sultan Ibrahim
Menteri Pendidikan menggunakan tulisan jawi ketika mencatat titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada istiadat pembukaan Mesyuarat pertama penggal keempat Parlimen ke-15 hari ini.