KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa syarikat barang kemas Lubnan, Global Royalty Trading SAL dan Datin Seri Rosmah Mansor membuat tuntutan terhadap rantai tangan emas putih bertatahkan bernilai AS$220,000, yang kini disimpan dalam bilik kebal Bank Negara Malaysia (BNM).
Peguam Azamuddin Abd Aziz yang mewakili Rosmah memberitahu Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin bahawa anak guamnya mahu meneruskan tuntutan terhadap rantai tangan tersebut.
"Gambar barang kemas itu akan diterima hari ini. Kami memerlukan masa untuk mendapatkan arahan pengesahan daripada Rosmah berhubung tuntutan pihak ketiga," katanya ketika pengurusan kes hari ini.
Sebelum ini, pasukan peguam Rosmah memohon gambar barang kemas yang dirampas untuk memudahkan tuntutannya.
Sementara itu, peguam Datuk David Gurupatham, yang mewakili Global Royalty menegaskan bahawa rantai tangan itu milik syarikat barang kemas tersebut kerana ia telah pun disahkan pakar daripada syarikat itu semasa pemeriksaan fizikal yang dilakukan tahun lepas.
"Yang Arif, Rosmah tidak hadir ke BNM untuk pemeriksaan dan beliau mengetepikan hak untuk pemeriksaan barang kemas itu. Untuk rekod, Supt Foo Wei Min yang merupakan pegawai bertanggungjawab telah memeriksa secara fizikal setiap barang kemas tersebut. Pakar dari Global Royalty juga mengesahkan bahawa ia milik syarikat itu," kata peguam tersebut.
Barang kemas itu adalah antara pelbagai barangan yang dirampas polis dari premis milik Obyu Holdings Sdn Bhd di Pavilion Residences pada Mei 2018, yang didakwa ada kaitan dengan skandal kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Pada 2019, pihak pendakwaan memfailkan permohonan pelucuthakan pelbagai barangan dirampas termasuk 11,991 barang kemas, 401 utas jam tangan dan 16 aksesori jam tangan, 234 pasang cermin mata dan 306 beg tangan serta wang tunai pelbagai denominasi berjumlah RM114,164,39.
Semasa prosiding hari ini, peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Datuk Seri Najib Tun Razak berkata tuntutan pihak ketiga bekas perdana menteri itu hanya bagi tujuh utas jam tangan dan bukan pada rantai tangan itu.
Peguam itu telah memohon mahkamah mengadakan perbicaraan berasingan berhubung tuntutan Najib bagi jam tangan tersebut.
Muhammad Shafee memohon pihak pendakwaan meminda notis usulnya (berkenaan saman pelucuthakan) bagi memudahkan pendengaran berasingan tuntutan tujuh utas jam tangan itu.
"Mengenai tuntutan Najib, ia lebih tujuh utas jam tangan. Yang lain dah selesai. Bagi pihak pendakwaan membuat pindaan, ia adalah sangat mudah melalui lisan," kata Muhammad Shafee dan menjelaskan bahawa perkara itu akan mengelakkan kelewatan mendengar tuntutan rampasan yang melibatkan barangan lain.
Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Faten Hadni Khairuddin ketika menjawab permohonan Muhammad Shafee bagi perbicaraan berasingan berhubung tuntutan tujuh utas jam tangan itu, berkata mereka memerlukan lebih masa untuk memfailkan permohonan sewajarnya bagi meminda notis usul itu.
Muhammad Jamil menetapkan 8 Jun untuk pengurusan kes bagi membenarkan pihak pendakwaan meminda dokumen mahkamah berkaitan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 25 2022

Sebelum ini, pasukan peguam Rosmah memohon gambar barang kemas yang dirampas untuk memudahkan tuntutannya. - Gambar fail/BERNAMA

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.

'Jangan fitnah, saya masih isteri Najib’ - Rosmah
Datin Seri Rosmah Mansor menegaskan beliau masih isteri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang sah dan menafikan dakwaan sebuah akaun Facebook palsu yang menggunakan nama beliau.

Arul Kanda tidak tahu dana 1MDB beli barang kemas Rosmah
Arul Kanda memberitahu Mahkamah Tinggi beliau tidak mempunyai pengetahuan peribadi mengenai wang dana syarikat itu digunakan untuk membeli barang kemas Rosmah bernilai AS$1.3 juta.

Rosmah lepas dan bebas: 'Kerajaan tak campur tangan' - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan tidak campur tangan dalam keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan Rosmah daripada pertuduhan mahkamah.

Rosmah lepas, bebas: ‘6 tahun ibu berjuang untuk keadilan’ - Yana Najib
Nooryana Najwa Najib meluahkan rasa syukur kerana ibunya dilepaskan dan dibebaskan atas beberapa pertuduhan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Khamis.

Kronologi kes Rosmah Mansor
Rosmah dilepaskan dan dibebaskan atas 12 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM7,097,750 dan lima pertuduhan gagal menyerahkan penyata pendapatan kepada LHDN.

Pendakwaan akan rayu keputusan bebas Rosmah
Pendakwaan akan membuat rayuan di Mahkamah Rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi melepaskan dan membebaskan Datin Seri Rosmah Mansor.

Lepas dan bebas: 'Hadiah untuk Bossku' - Rosmah
Rosmah menyifatkan keputusan pembebasannya oleh mahkamah sebagai hadiah untuk Datuk Seri Najib Razak atau Bossku.

Rosmah bebas 12 kes ubah wang haram lebih RM7 juta, lima kes LHDN
Hakim, K Muniandy memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan Rosmah untuk membatalkan semua kes itu.

Hakim tarik diri dengar kes saman AS$346 juta 1MDB terhadap Rosmah
Hakim Mahkamah Tinggi Leong Wai Hong menarik diri daripada mendengar kes saman terhadap Datin Seri Rosmah Mansor berhubung pembelian barangan mewah.

Keputusan permohonan Rosmah batal tuduhan ditetapkan 19 Dis
Mahkamah Tinggi menetapkan 19 Dis untuk memutuskan permohonan Datin Seri Rosmah Mansor bagi membatalkan pertuduhan pengubahan wang haram dan pengelakan cukai terhadapnya.