PUTRAJAYA: Pengusaha perkhidmatan dobi di Semenanjung Malaysia dan Sabah yang menggunakan sistem gas berpaip terutamanya Gas Petroleum Cecair (LPG) untuk mesin pengering dan pemanas air di kedai dobi perlu mendapatkan kelulusan dan lesen gas yang sah daripada Suruhanjaya Tenaga (ST).
ST dalam kenyataan hari ini berkata kelulusan itu bagi memastikan reka bentuk sistem gas berpaip di premis berkenaan dipasang mengikut piawaian yang ditetapkan serta dapat dikendalikan dengan selamat.
Suruhanjaya itu berkata pengusaha dobi juga dikehendaki untuk menampal kelulusan dan lesen gas yang sah di premis masing-masing, sama seperti menampal lesen perniagaan.
"Pengusaha dobi perlu memperbaharui lesen gas setiap tahun, membuat servis dan penyenggaraan setiap dua tahun oleh kontraktor gas atau orang kompeten yang berdaftar dengan ST, dan memastikan pemeriksaan berkala.
"Pengusaha dobi mesti melakukan pembaikan segera jika ada kebocoran gas, kelengkapan dan perkakas gas tidak berfungsi serta lain-lain perkara yang boleh mendatangkan bahaya kepada sistem gas berpaip di kedai dobi oleh kontraktor gas atau orang kompeten yang berdaftar dengan ST," katanya.
Menurut ST dalam satu kes yang melibatkan letupan gas di premis dobi di Taiping, Perak pada Mei lepas, seorang pengguna tercedera, dan siasatan awal mendapati premis dobi itu beroperasi tanpa kelulusan dan lesen sah daripada pihak ST.
Suruhanjaya itu berkata kegagalan dan keingkaran mendapatkan kelulusan dan lesen gas dari pihaknya adalah melanggar Akta Bekalan Gas 1993 dan Peraturan-Peraturan Bekalan Gas 1997.
Kegagalan mematuhi Subseksyen 11(1) Akta Bekalan Gas 1993 boleh menyebabkan pengusaha dobi didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.
"Mana-mana sistem paip atau bahagiannya yang digunakan atau dicadangkan hendak digunakan dalam melakukan kesalahan itu juga boleh dilucuthak," katanya.
ST turut menyarankan pihak berkuasa tempatan untuk merujuk kelulusan dan lesen gas yang sah daripada pihak ST sebelum mengeluarkan lesen perniagaan kepada premis pengusaha dobi.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 07 2021
Suruhanjaya itu berkata pengusaha dobi juga dikehendaki untuk menampal kelulusan dan lesen gas yang sah di premis masing-masing. - Gambar hiasan/ BERNAMA
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
Bangladesh tidak akan benarkan lagi kemasukan Rohingya ke wilayahnya
Bangladesh pada Isnin menegaskan tidak akan membenarkan lebih ramai etnik Rohingya memasuki wilayahnya.
Peniaga rugi lebih setengah juta diperdaya 'scammer'
Seorang peniaga kerugian lebih setengah juta ringgit apabila terperdaya dengan individu yang menyamar sebagai wakil Tenaga Nasional Berhad (TNB) pada Sabtu lepas.
Enam maut dalam nahas babitkan bas persiaran di Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam ini.
Akaun TikTok dikesan guna suara, video pakar perubatan tanpa kebenaran
Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman mengesan kewujudan akaun TikTok yang menggunakan suara dan video pakar perubatan tempatan tanpa kebenaran bagi mempromosikan produk kesihatan.
Peningkatan pelepasan abu di Gunung Berapi Kanlaon
Kepulan gelap setinggi kira-kira 1.2 kilometer dikesan di Gunung Berapi Kanlaon.
Rusia pertimbang penerbangan terus dengan Brazil, Malaysia, Pakistan
Kementerian Pengangkutan Rusia sedang mengadakan rundingan untuk melancarkan penerbangan terus ke Brazil, Malaysia, dan Pakistan.
Kes letupan gas: Pengusaha dobi perlu dapatkan kelulusan, lesen sah Suruhanjaya Tenaga
Pengusaha perkhidmatan dobi yang menggunakan sistem gas berpaip terutamanya LPG untuk mesin pengering dan pemanas air di kedai dobi perlu mendapatkan kelulusan lesen daripada ST.