Sumber SPRM berkata 23 lagi saksi baharu dikenal pasti dan akan dipanggil dalam masa terdekat bagi memberi keterangan.
“Saksi yang dirakam keterangan termasuk empat bekas pegawai kanan kepada Ismail Sabri yang sebelum ini direman dan dibebaskan dengan jaminan SPRM.
“Empat saksi pula masih dalam proses rakaman keterangan ketika ini,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Sementara itu, sumber berkenaan turut memaklumkan proses merakam keterangan Ahli Parlimen Bera itu yang dijadualkan 13 Mac ini, hanya akan dilakukan bergantung kepada tahap kesihatannya pada hari berkenaan.
“Sekiranya sihat, beliau boleh diambil keterangan,” katanya.
Bekas perdana menteri kesembilan itu sebelum ini dikejarkan ke sebuah pusat perubatan swasta selepas rebah secara tiba-tiba di rumahnya pada 21 Feb lepas.
Pada 3 Mac lepas, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki dilaporkan berkata Ismail Sabri adalah suspek bagi siasatan kes rasuah serta pengubahan wang haram susulan penemuan wang tunai kira-kira RM170 juta di dalam sebuah ''safe house" susulan serbuan dilakukan pihaknya.
SPRM juga dilaporkan menyita 13 akaun membabitkan nilai lebih RM2 juta bagi membantu siasatan kes berkenaan.
