KUALA LUMPUR:Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa keterangan 11 saksi pendakwaan dalam perbicaraan kes bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO), Datuk Hasanah Abdul Hamid perlu didengar secara tertutup kerana ia melibatkan keselamatan negara.
Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Iskandar Ahmad dalam hujahannya berkata 11 saksi itu terdiri daripada mereka yang masih bertugas di stesen masing-masing di luar negara.
"Apakah kesan hubungan luar saksi ini dengan agensi-agensi di luar negara? Sekiranya identiti saksi-saksi ini kita dedahkan ia boleh mengancam keselamatan mereka dan menjejaskan keupayaan saksi-saksi tersebut dalam menjalankan tugas mereka.
"Saksi-saksi itu juga akan mendedahkan maklumat mengenai hubungan perisikan bukan sahaja negara terbabit, malah mereka juga secara tak langsung atau secara tersirat akan mendedahkan nama negara mana yang kita (Malaysia) mempunyai hubungan rapat perisikan tersebut.
"Impak yang lebih besar, ia akan memberi kesan kepada hubungan yang telah wujud dan yang akan wujud serta memberi impak negatif kepada hubungan diplomatik Malaysia dengan negara-negara lain dan seterusnya mengancam negara kita secara umumnya," katanya dalam permohonan pendakwaan supaya 11 saksi itu memberi keterangan secara tertutup dalam perbicaraan kes pecah amanah wang kerajaan berjumlah RM50.4 juta dihadapi Hasanah.
Peguam Hamdan Hamzah yang mewakili Hasanah berkata pihaknya membantah permohonan itu kerana pihak pendakwaan tiada bukti cukup untuk mengatakan bahawa keselamatan negara akan terancam jika 11 saksi itu memberi keterangan di mahkamah terbuka.
"Dalam afidavit mereka, pihak pendakwaan berpendapat bahawa hubungan negara ini dengan negara luar akan terancam jika perbicaraan ini diadakan di mahkamah terbuka.
“Namun kami berpendapat tidak ada bukti menunjukkan keterangan saksi-saksi tersebut akan dimanipulasi kerana afidavit mengenai hubungan luar negara hanyalah spekulasi,” katanya.
Tambahnya, jika pihak pendakwaan mahu 11 saksi tersebut memberi keterangan secara tertutup, mereka perlu mengemukakan bukti dan mahkamah akan menentukannya.
Selepas mendengar hujahan daripada kedua-dua pihak, Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh menetapkan esok untuk keputusan permohonan tersebut.
"Mahkamah akan memulakan perbicaraan esok, tidak kira sama ada permohonan ini ditolak atau dibenarkan," kata Ahmad Shahrir.
Mahkamah sebelum ini menetapkan perbicaraan kes itu bermula hari ini, 6 dan 8, 12 hingga 15 serta 19 hingga 22 Oktober.
Pada 25 Okt 2018, Hasanah, 62, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan sebagai seorang penjawat awam iaitu Ketua Pengarah Penyelidikan Jabatan Perdana Menteri melakukan pecah amanah wang berjumlah AS$12.1 juta (RM50.4 juta) milik kerajaan Malaysia.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di pejabat Ketua Pengarah, Bahagian Penyelidikan, Jabatan Perdana Menteri (JPM), Kompleks JPM, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di Putrajaya antara 30 April hingga 9 Mei 2018.
Hasanah dituduh mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan serta denda jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 05 2020
![Kes Hasanah: Keterangan 11 saksi secara tertutup kerana libat keselamatan negara - Pendakwaan Kes Hasanah: Keterangan 11 saksi secara tertutup kerana libat keselamatan negara - Pendakwaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-10/51540441850_TBHASANAH.jpg)
Hasanah berhadapan tuduhan melakukan pecah amanah wang berjumlah AS$12.1 juta (RM50.4 juta). - Gambar fail
![Lebih 2,300 hektar kawasan lapang di ibu negara diperuntukkan kawasan hijau Lebih 2,300 hektar kawasan lapang di ibu negara diperuntukkan kawasan hijau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2016-12/41482504881_TamanTasikTitiwang.jpg)
Lebih 2,300 hektar kawasan lapang di ibu negara diperuntukkan kawasan hijau
Daripada keluasan itu, sebanyak 977.55 hektar tanah telah diwartakan, manakala 1,416.24 hektar tanah lapang yang berpotensi akan dan sedang dalam proses diwartakan.
Guna jawatan untuk projek pembekalan, suami isteri ditahan
Sepasang suami isteri direman enam hari dalam siasatan penyalahgunaan jawatan untuk mendapatkan projek pembekalan bernilai lebih RM200,000.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Noor Mazrinie Mahmood bermula hari ini hingga Ahad.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Noor Mazrinie Mahmood bermula hari ini hingga Ahad.
DBKL ubah lalu lintas Jalan Sultan Ismail bermula 22 Julai
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan melaksanakan perubahan lalu lintas di Jalan Sultan Ismail berkuat kuasa 22 Julai ini.
![ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721116604_ChongZheminDewan.jpg)
ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar
Tindakan tersebut seolah-olah satu penghinaan paling besar kepada Parlimen yang telah meluluskan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkait Akta Antilompat Parti.
[TERKINI] Perbelanjaan pengguna Malaysia dijangka kembali teguh
Perbelanjaan pengguna Malaysia dijangka teguh sepanjang tahun ini, demikian menurut BMI, iaitu syarikat Fitch Solitions.
![Kes bunuh Nur Farah Kartini: Suspek berkhidmat 5 tahun dalam PDRM Kes bunuh Nur Farah Kartini: Suspek berkhidmat 5 tahun dalam PDRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721102947_suspekbunuhNurFar.jpg)
Kes bunuh Nur Farah Kartini: Suspek berkhidmat 5 tahun dalam PDRM
Anggota berusia 26 tahun terbabit bertugas di Balai Polis Slim River di bawah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muallim dengan pangkat lans koperal.
![Perunding pelaburan didakwa terlibat pengubahan wang haram hampir RM1 juta Perunding pelaburan didakwa terlibat pengubahan wang haram hampir RM1 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721117052_SaifulNizamSaharud.jpg)
Perunding pelaburan didakwa terlibat pengubahan wang haram hampir RM1 juta
Seorang perunding pelaburan mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah hampir RM1 juta.
Purata suhu meningkat 0.24 darjah celcius per dekad
Berdasarkan rekod dari tahun 1969 hingga 2019, purata suhu bulanan di Semenanjung Malaysia pada bulan Mei 2024 adalah 28.8 darjah celcius manakala purata suhu bulanan pada bulan Mei 1974 iaitu 50 tahun yang lalu adalah 26.6 darjah celcius.
ADUN dari kerajaan perpaduan sertai Pas
Menurut Takiyuddin, keahlian Muhamad Jailani yang juga wakil rakyat UMNO diterima pada 10 Jun tahun lalu, namun diumumkan secara rasmi hari ini.
![Kerajaan lihat semula perjanjian penjualan air kepada Singapura - Fadillah Kerajaan lihat semula perjanjian penjualan air kepada Singapura - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720085306_FadillahYusof.jpg)
Kerajaan lihat semula perjanjian penjualan air kepada Singapura - Fadillah
Fadillah berkata perkara itu sudah berlaku ketika zaman pentadbiran bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad lagi.
![Keluarga belum putuskan lokasi pengebumian jenazah Nur Farah Kartini Keluarga belum putuskan lokasi pengebumian jenazah Nur Farah Kartini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721105066_FarahKartini.jpg)
Keluarga belum putuskan lokasi pengebumian jenazah Nur Farah Kartini
Abang mangsa, Mohd Farriza Azmi Abdullah berkata, perkara itu akan diputuskan oleh ibu mereka yang dijangka tiba dari Miri malam ini.
![SSPA diumum dalam masa terdekat, antara terbaik pernah dilaksana - PM SSPA diumum dalam masa terdekat, antara terbaik pernah dilaksana - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720860893_tbAnwarIbrahim.jpg)
SSPA diumum dalam masa terdekat, antara terbaik pernah dilaksana - PM
Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang bakal diumum dalam masa terdekat adalah antara yang terbaik pernah dilaksanakan oleh kerajaan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
![Dasar Peluang Kedua: Penjawat awam bankrap diseru perbaiki kesihatan kewangan Dasar Peluang Kedua: Penjawat awam bankrap diseru perbaiki kesihatan kewangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-05/81525341811_Gaji.jpg)
Dasar Peluang Kedua: Penjawat awam bankrap diseru perbaiki kesihatan kewangan
Peluang keemasan buat penjawat awam yang mempunyai masalah keberhutangan yang tinggi untuk menyusun semula kewangan dan meningkatkan mutu hidup.
![[KOLUMNIS] Rasuah, memilih antara akibat dan manfaat [KOLUMNIS] Rasuah, memilih antara akibat dan manfaat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720168226_TBTarmize.jpg)
[KOLUMNIS] Rasuah, memilih antara akibat dan manfaat
Pembabitan penjawat awam dalam jenayah rasuah telah memburukkan imej perkhidmatan kerajaan, merencatkan prestasi penyampaian, menjejaskan keselamatan awam dan menyebabkan ketirisan hasil negara.
![[KOLUMNIS] Kajian SSPA beri suntikan ‘tonik’ lonjak perkhidmatan awam [KOLUMNIS] Kajian SSPA beri suntikan ‘tonik’ lonjak perkhidmatan awam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/71621675834_awam.jpg)
[KOLUMNIS] Kajian SSPA beri suntikan ‘tonik’ lonjak perkhidmatan awam
Dengan kenaikan kos sara hidup yang kian mencabar, apatah lagi tinggal di bandar, pastinya jumlah RM1,216 sebulan itu tidak mencukupi.
![Lelaki ditahan langgar MPV polis Lelaki ditahan langgar MPV polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719161248_TBAshariAbuSamah.jpg)
Lelaki ditahan langgar MPV polis
Seorang lelaki ditahan selepas melanggar kereta peronda polis (MPV) di Jalan Sungai Tuang, Kuala Sungai Baru, semalam.
![Tuntutan palsu: Enam penjawat awam direman Tuntutan palsu: Enam penjawat awam direman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719461869_TBMahkamahMajistret.jpg)
Tuntutan palsu: Enam penjawat awam direman
Enam penjawat awam wanita di sebuah jabatan kerajaan ditahan reman bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu membabitkan jumlah RM13,586.
![Kenaikan gaji penjawat awam diumum sebelum pembentangan Belanjawan 2025 - Anwar Kenaikan gaji penjawat awam diumum sebelum pembentangan Belanjawan 2025 - Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719399897_TBAnwarIbrahim.jpg)
Kenaikan gaji penjawat awam diumum sebelum pembentangan Belanjawan 2025 - Anwar
Kadar baharu kenaikan gaji bagi penjawat awam akan diumumkan sebelum pembentangan Belanjawan 2025 yang dijadualkan pada Oktober ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
![Pengarah syarikat, penjawat awam didenda guna dokumen palsu kursus selenggara portal MyIPO Pengarah syarikat, penjawat awam didenda guna dokumen palsu kursus selenggara portal MyIPO](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719394396_courtgavelmahkam.jpg)
Pengarah syarikat, penjawat awam didenda guna dokumen palsu kursus selenggara portal MyIPO
Seorang pengarah syarikat latihan sistem teknologi maklumat didenda RM12,000 oleh Mahkamah Sesyen kerana menggunakan dokumen palsu berhubung kursus penyelenggaraan portal MyIPO.
![Penjawat awam rugi hampir RM150,000 jadi mangsa penipuan cinta Penjawat awam rugi hampir RM150,000 jadi mangsa penipuan cinta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81706786364_TBLOVESCAM.jpg)
Penjawat awam rugi hampir RM150,000 jadi mangsa penipuan cinta
Mangsa dihubungi seorang individu mendakwa sebagai ejen penghantaran yang menyatakan terdapat masalah berkait bungkusan yang dihantar kepadanya.