KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen hari ini menetapkan 1 Mac depan untuk mendengar permohonan pembelaan bagi mendapatkan laporan forensik perbualan WhatsApp antara dua ahli perniagaan, membabitkan pemberian wang RM2 juta kepada bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.
Dua ahli perniagaan itu ialah G. Gnanaraja dan Pengarah syarikat Consortium Zenith Construction Sdn Bhd (CZCSB), Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli.
Hakim Azura Alwi menetapkan tarikh itu selepas peguam Gobind Singh Deo memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihaknya memohon untuk mendapatkan nota keterangan berkaitan kes tipu membabitkan Gnanaraja di Mahkamah Sesyen Shah Alam, bagi menyokong permohonan anak guamnya untuk mendapatkan laporan forensik perbualan WhatsApp berkenaan.
Menurut Gobind, pihaknya sebelum ini telah memohon kepada Mahkamah Shah Alam untuk mendapatkan nota keterangan itu tetapi ia ditolak oleh mahkamah.
"Oleh itu, kami menjelaskan sekali lagi kepada mahkamah (Shah Alam) pentingnya untuk mendapatkan nota berkenaan. Kami dimaklumkan nota keterangan itu akan diberikan oleh mahkamah dalam tempoh dua minggu. Oleh itu, kami mohon pendengaran permohonan hari ini untuk mendapatkan laporan forensik ditangguhkan sementara menunggu nota keterangan diperolehi," katanya.
Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin tidak membantah permohonan untuk menangguhkan prosiding hari ini.
Terdahulu, Gobind memberitahu mahkamah, nota keterangan itu mengandungi keterangan saksi pendakwaan, Azli Adam, yang ketika itu Naib Presiden Kanan, Kewangan dan Perkhidmatan Korporat CZCSB, berhubung pemberian wang RM2 juta yang didakwa berbeza dengan keterangan di mahkamah ini dalam kes Lim membabitkan projek terowong dasar laut dan pembinaan jalan utama di Pulau Pinang.
"Semasa perbicaraan di Mahkamah Shah Alam, saksi itu (Azli) menyatakan baucar pembayaran wang RM2 juta bertarikh 17 Ogos 2017 diberikan kepada pihak ketiga bagi tujuan tertentu yang tiada kena mengena dengan Lim sedangkan saksi pendakwaan ke-28 itu memberi keterangan di mahkamah ini bahawa wang berkenaan diberikan kepada Lim.
"Kedua-dua kes membabitkan saksi sama dan baucar pembayaran serta cek sama. Oleh itu, kami perlu mendapatkan salinan nota keterangan daripada Mahkamah Shah Alam kerana saksi ini tidak bercakap benar," kata peguam itu.
Lim, 62, kini dibicarakan atas pertuduhan pindaan menggunakan kedudukan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang untuk menerima rasuah RM3.3 juta dalam membantu syarikat milik Zarul Ahmad bagi mendapatkan projek pembinaan bernilai RM6,341,383,702 di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Tingkat 28, Komtar, George Town antara Januari 2011 hingga Ogos 2017.
Bagi pertuduhan pindaan kedua, Lim didakwa meminta suapan daripada Zarul Ahmad sebanyak 10 peratus daripada keuntungan diperoleh syarikat itu, sebagai penghargaan mendapatkan projek berkenaan dan dituduh melakukan perbuatan itu berhampiran The Garden Hotels, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City di sini pada Mac 2011.
Lim juga berdepan dua pertuduhan menyebabkan dua lot tanah bernilai RM208.8 juta milik kerajaan Pulau Pinang dilupuskan kepada dua syarikat yang didakwa mempunyai kaitan dengan projek terowong dasar laut itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 15 2023

Lim (kanan) kini dibicarakan atas pertuduhan pindaan menggunakan kedudukan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang untuk menerima rasuah. - Fail/BERNAMA

Paras laut global naik lebih tinggi daripada jangkaan - NASA
NASA melaporkan bahawa paras laut global meningkat lebih tinggi daripada jangkaan pada 2024.

Aidilfitri: APAD pantau, pastikan pengendali bas patuhi jadual tambang ditetapkan
Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) bakal mengeluarkan 300 Lesen Perubahan Sementara kepada pengusaha bas ekonomi bagi menampung permintaan tinggi sempena sambutan Aidilfitri tahun ini.
Penjawat awam wanita diseru sertai SKSSR - CUEPACS
Presiden CUEPACS, Datuk Adnan Mat menyifatkan skim ini mengiktiraf risiko peranan suri rumah itu demi keselamatan dan jaminan masa depan golongan berkenaan.
Memperingati 12 tahun pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu
Satu majlis bacaan Yassim dan tahlil diadakan bagi memperingati 10 perwira negara yang terkorban ketika mempertahankan kedaulatan negara daripada pengganas Sulu 12 tahun lalu.
Kes bunuh pelajar vokasional: Tertuduh kelapan dakwa tidak nampak mangsa dibelasah
Tertuduh kelapan kes bunuh pelajar vokasional Lahad Datu dakwa tidak nampak mangsa memaklumkan dibelasah dia dan rakan-rakan tidak menggunakan cara keganasan dalam menyelesaikan kes kecurian wang di asrama itu.
Pengemis cilik: Taktik licik sindiket meraih simpati
Wakil AWANI Borneo Sabah mendekati golongan pengemis kanak-kanak dan Palauh di Kunak yang dibimbangi menjadi mangsa sindiket yang cuba mengambil kesempatan di atas keprihatinan rakyat Malaysia khususnya Sabah.
ASEAN 2025 | 14 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Tiga bekas AJK JMB pangsapuri didakwa pecah amanah
Tiga bekas Ahli Jawatankuasa (AJK) badan pengurusan bersama (JMB) sebuah pangsapuri kos rendah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan pecah amanah.

Aznan Abdul Aziz dilantik Timbalan Gabenor berkuat kuasa 1 April, 2025 - BNM
Menteri Kewangan telah meluluskan pelantikan Aznan Abdul Aziz sebagai Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) bagi tempoh tiga tahun berkuat kuasa 1 April, 2025.
Kerajaan Indonesia akan bangunkan 200 sekolah asrama percuma
Kerajaan Indonesia mengumumkan rancangan membina 200 sekolah asrama di seluruh negara bagi menyediakan pendidikan percuma kepada pelajar dari keluarga berpendapatan rendah.

Mahkamah tolak permohonan waran tangkap terhadap saksi kes Guan Eng
Mahkamah Sesyen menolak permohonan pembelaan agar waran tangkap dikeluarkan terhadap seorang saksi utama pendakwaan dalam perbicaraan kes bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Kes Guan Eng: Rakaman kenyataan mendiang Ewe direka palsu - Pembelaan
Selepas mendengar penghujahan oleh kedua-dua pihak, hakim Azura Alwi menetapkan 13 Dis ini untuk memutuskan perkara itu.