KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengeluarkan perintah larangan bersuara terhadap Ahli Jawatankuasa Biro Penerangan Bersatu Badrul Hisham Shaharin atau Che'gu Bard, yang melarang beliau daripada mengeluarkan sebarang kenyataan atau komen berkaitan kes fitnah jenayah yang dihadapinya.
Hakim K.Muniandy membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan pendakwaan untuk menyemak semula keputusan Mahkamah Sesyen yang menolak permohonan perintah larangan bersuara itu.
"Mahkamah ini mendapati, arahan yang ditolak Hakim Mahkamah Sesyen tidak wajar dan mengikut Seksyen 325 (1) Kanun Prosedur Jenayah (CPC) yang mahkamah ini menjalankan bidang kuasa penyemakannya, membenarkan permohonan untuk semakan jenayah dan mengikut Seksyen 316 (c) CPC, mengetepikan keputusan oleh Mahkamah Sesyen itu.
"Mengikut bidang kuasa sedia ada mahkamah ini, perintah larangan bersuara itu kini dikenakan sebagai tambahan kepada perintah jaminan yang diberikan terhadap responden (tertuduh), sementara menunggu perbicaraan," katanya.
Dalam penghakimannya, Hakim Muniandy berkata adalah lebih baik jika hakim perbicaraan mendengar kes itu mengikut peraturan atau undang-undang dan prosedur tanpa menghiraukan sebarang kenyataan, ulasan dan kritikan, yang mungkin dilemparkan secara keseluruhan terhadap kes itu.
"Prinsip undang-undang berkaitan kesucian perbicaraan perlu dipelihara dalam apa juga keadaan. Memandangkan pertuduhan itu bersignifikan, yang mengikut Seksyen 500 dibaca bersama Seksyen 499 Kanun Keseksaan, rasionalnya adalah untuk mengelakkan sebarang tohmahan yang akan memudaratkan nama baik Yang di-Pertuan Agong," kata hakim itu.
Hakim itu berkata tidak seperti kes sivil, di mana pihak yang terkilan berada dalam kedudukan untuk memohon injunksi bagi menghalang dan menghalang pesalah daripada mengulangi kenyataan fitnah itu, jalan sedemikian tidak tersedia untuk pihak pendakwaan dalam prosiding jenayah, sebaik perkara itu sampai ke mahkamah, mahkamah mengambil alih pengendalian kes untuk memastikan keadilan tidak terjejas untuk kedua-dua pihak pendakwaan dan orang yang dituduh.
"Pengendalian prosiding penghinaan atau seumpamanya adalah perkara yang perlu diuruskan apabila keperluan itu timbul. Justeru, sehingga ketika itu kesegaran isu-isu yang ingin disampaikan pada perbicaraan serta kesucian perbicaraan perlu dipelihara oleh mahkamah," katanya.
Hakim Muniandy membuat keputusan itu berhubung permohonan pihak pendakwaan untuk menyemak keputusan Mahkamah Sesyen yang tidak membenarkan perintah larangan bersuara untuk Badrul Hisham mengeluarkan sebarang komen atau kenyataan bagi pertuduhan mengeluarkan kenyataan fitnah terhadap Yang di-Pertuan Agong yang dihadapi Badrul Hisham.
Sementara itu, di Mahkamah Tinggi berasingan Hakim Datuk Azhar Abdul Hamid menolak permohonan pihak pendakwaan untuk menyemak keputusan Mahkamah Sesyen yang tidak membenarkan perintah larangan bersuara untuk Badrul Hisham mengeluarkan sebarang komen atau kenyataan bagi pertuduhan menerbitkan penerbitan menghasut di laman Facebook miliknya.
Hakim Azhar berkata mahkamah ini bersetuju dengan hujahan pihak responden (Badrul Hisham) bahawa tiada alasan yang kuat untuk mahkamah ini mengubah perintah yang telah diberikan oleh hakim Mahkamah Sesyen, apabila permohonan ini dibuat di mahkamah tersebut.
"Oleh itu, permohonan pihak pendakwaan untuk perintah larangan bersuara atau gag order terhadap responden ditolak. Bagaimanapun, responden diingatkan bahawa kebebasan bersuara yang diberikan mengikut Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan ada hadnya dan bukan sesuatu yang mutlak," kata hakim itu.
Pada 29 April, Badrul Hisham, 45, didakwa atas pertduhan menerbitkan penerbitan menghasut di laman Facebook miliknya di Taman Bukit Cheras di sini, pada 12.15 tengah hari, 6 April.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Perenggan 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 yang boleh dihukum di bawah subseksyen 4(1) akta sama, boleh membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Badrul Hisham juga didakwa mengeluarkan kenyataan fitnah, dengan ada sebab untuk mempercayai bahawa kenyataan fitnah itu akan merosakkan nama baik Yang di-Pertuan Agong.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di Pejabat Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Istana Negara di sini pada 6 petang 22 Jan, mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Mahkamah membenarkan Badrul Hisham diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan dan menolak perintah larangan bersuara yang dipohon pihak pendakwaan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 14 2024

Pada 29 April, Badrul Hisham, 45, didakwa atas pertduhan menerbitkan penerbitan menghasut di laman Facebook miliknya di Taman Bukit Cheras di sini, pada 12.15 tengah hari, 6 April.
Serpihan SpaceX Starship jejas 240 penerbangan
Lebih 240 penerbangan terjejas dengan 24 pesawat diarah mengubah haluan berikutan kebimbangan pelanggaran dengan serpihan kapal angkasa SpaceX Starship yang meletup di udara ketika pelancarannya kelmarin.

Wajibkan pemeriksaan kesihatan sebelum daki Gunung Kinabalu
Mewajibkan pemeriksaan kesihatan sebelum mendaki Gunung Kinabalu antara langkah terbaik dalam memastikan keselamatan setiap pendaki, terutamanya dalam kalangan warga emas.
AWANI Ringkas: Malaysia panas dengan paras normal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
CENTHRA Kecam Kegagalan Sidang Konvensyen Geneva Keempat, Desak Tindakan Segera
Menurut CENTHRA, keputusan Switzerland untuk tidak menganjurkan sidang tersebut atas alasan "ketiadaan konsensus" dalam kalangan Negara Pihak Berkontrak adalah satu bentuk kegagalan moral serta mencemarkan integriti undang-undang kemanusiaan antarabangsa
Orang ramai dijemput hadir berbuka puasa bersama PM di Putrajaya
Datuk Mohd Na'im Mokhtar mempelawa orang ramai hadir ke majlis berbuka puasa bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, esok 10 Mac

Microsoft dilapor uji integrasi DeepSeek, xAI dan Meta pada CoPilot
Ujian ini dilihat sebagai ganti kepada model ChatGPT yang menguasakan CoPilot pada hari ini.
PGA perketat sempadan, kekang risiko dalang letupan Sungai Golok lari ke Kelantan
Pasukan Gerakan Am (PGA) memperketat kawalan sempadan Kelantan-Thailand susulan kejadian letupan dan tembakan yang mengakibatkan dua anggota sukarelawan pertahanan negara jiran itu maut di Sungai Golok, malam tadi.
Program SIM@PAX diperluas sempena Hari Raya Aidilfitri
Program servis Ihsan MadanI@Petronas Autoexpert (SIM@PAX) sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 2025 bertujuan membantu golongan berpendapatan rendah dengan penjimatan 10 hingga 30 peratus bagi perkhidmatan servis kenderaan di semua 96 bengkel Petronas Autoexpert di seluruh negara.
Jumlah dipindahkan di Sabah terus meningkat pagi ini
Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di negeri ini terus meningkat kepada 1,748 orang daripada 570 keluarga setakat 8 pagi Ahad, berbanding 1,010 orang daripada 325 keluarga pada 8 malam Sabtu.
[TERKINI] Empat pelajar Malaysia terbabit nahas di Jordan
Dua pelajar Johor terlibat dalam kemalangan di Jordan bersama dua lagi pelajar dari Selangor dan Wilayah Persekutuan, pada malam Sabtu.
Exco Hal Ehwal Agama Islam Negeri, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, kedua-dua pelajar terbabit ialah Muhammad Zaqwan Azhar Masjudin dan Muhammad Ilham Dzurlkarnian @ Zulkarnian.
Exco Hal Ehwal Agama Islam Negeri, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, kedua-dua pelajar terbabit ialah Muhammad Zaqwan Azhar Masjudin dan Muhammad Ilham Dzurlkarnian @ Zulkarnian.

Chegu Bard direman dua hari berhubung dakwaan kes rasuah TLDM
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa yang mengesahkan penahanan itu berkata proses reman itu merupakan prosedur biasa bagi membolehkan polis menjalankan siasatan.

Polis sahkan penahanan Che'gu Bard, akan mohon reman Isnin
Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Che'gu Bard ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya pada Ahad ketika hadir memberi keterangan.

Che'gu Bard ditahan polis
Aktivis politik, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Che'gu Bard ditahan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya pada Ahad.

Bicara kes Chegu Bard hasut projek kasino Forest City bermula 18 November
Hakim membenarkan perbicaraan kes selama empat hari selepas pihak pendakwaan dan peguam Chegu Bard mencapai persetujuan tarikh tersebut.

Kes saman fitnah: Mahkamah tolak permohonan injunksi Abdul Wahab terhadap Che'gu Bard
Bekas pegawai J-KOM Abdul Wahab Abd Kader Jilani gagal dalam permohonannya untuk mendapatkan perintah injunksi bagi menghalang Chegu Bard mengeluarkan sebarang kenyataan.

Mahkamah keluar perintah larangan bersuara terhadap Che'gu Bard
Hakim, Datuk Abu Bakar Katar membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan pendakwaan untuk menyemak keputusan Mahkamah Sesyen yang menolak permohonan perintah larangan itu.

Kes fitnah jenayah: Mahkamah keluar perintah larangan bersuara terhadap Che'gu Bard
Mahkmah Tinggi di sini hari ini mengeluarkan perintah larangan bersuara terhadap Ahli Jawatankuasa Biro Penerangan Bersatu Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard, yang melarang beliau daripada mengelu

Che'gubard mengaku tidak bersalah pertuduhan Akta Hasutan 1948
Dia didakwa membuat penerbitan menghasut di akaun Facebook atas nama Che'GuBard di Mutiara Villa, Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada jam 6.30 petang 26 April lalu.

Che'gu Bard akan didakwa di Johor Bahru esok
Che'gu Bard berkata, ia dipercayai berhubung kenyataannya mengenai isu kasino di Forest City, Johor.

Che'gu Bard mengaku tidak bersalah dua pertuduhan
Badrul Hisham mengaku tidak bersalah, selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Siti Aminah Ghazali.