Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan 19 Okt depan untuk sebutan semula kes pakar patologi Kolonel Dr R. Kunaseegaran yang didakwa melibatkan diri dalam perniagaan selaku penjawat awam, berikutan kematian Timbalan Pendakwa Raya bagi kes itu Anthony Kevin Morais.
Hakim Sabariah Atan menetapkan tarikh itu selepas Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Mohammed Heikal Ismail yang hadir bagi pihak pendakwaan, memohon satu tarikh baharu untuk mengetahui status kes berkenaan berikutan kematian Morais.
"Pohon penangguhan dalam tempoh sebulan untuk dapatkan status kes ini atas faktor Timbalan Pendakwa Raya Morais yang mengendalikan kes ini telah meninggal dunia," katanya.
Peguam Afifuddin Hafifi dan Mohd Shafiq Ahmed Bazari yang mewakili Dr Kunaseegaran tidak membantah permohonan itu.
Dr Kunaseegaran, yang merupakan Ketua Makmal Patologi di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan (HATTM) Wangsa Maju, selaku orang kena saman dalam kes berkenaan, tidak hadir di mahkamah hari ini.
Doktor itu menghadapi dua pertuduhan iaitu sebagai penjawat awam yang masih dalam perkhidmatan sebagai Pakar Patologi di HATTM, didakwa mengambil bahagian dalam perniagaan bertempat di Syarikat Clinipath (Malaysia) Sdn Bhd di No. 23, Galeri Empire, Jalan Empayar Off Persiaran Sultan Ibrahim KU1, Klang dekat sini antara 9 April 2010 hingga 8 April 2011 dan antara 9 April 2011 hingga 31 Dis 2011.
Dr. Kunaseegaran, 52, yang mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu, didakwa mengikut Seksyen 168 Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman penjara maksimum setahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit.
Mahkamah sebelum ini menetapkan hari ini untuk keputusan permohonan pihak pendakwaan supaya kes itu dibicarakan bersama dengan satu lagi kes di bawah seksyen sama yang dihadapi doktor itu di Mahkamah Sesyen berasingan.
Di Mahkamah Sesyen berasingan itu, Dr. Kunaseegaran mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan selaku penjawat awam melibatkan diri dalam perniagaan di Syarikat Genomed Sdn Bhd, Tingkat 3, Galeri Empire, Jalan Empayar off Persiaran Sultan Ibrahim KU1, Klang pada 1 Jan 2012.
Ketika ditemui pemberita selepas berakhirnya prosiding itu, Mohammed Heikal berkata sehingga kini, SPRM belum melantik Timbalan Pendakwa Raya lain untuk mengambil alih kes Kevin Morais.
Afifuddin pula berkata pihaknya amat terkejut dengan berita kematian Kevin Morais dan menyifatkan mendiang sebagai seorang rakan yang sangat cemerlang dan menakjubkan.
"Kami amat berharap keadilan dapat ditegakkan," katanya yang baharu dilantik mewakili Dr Kunaseegaran kira-kira tiga bulan lepas. Doktor itu sebelum ini diwakili oleh peguam Datuk Geethan Ram Vincent.
Ditanya mengenai status pihak pembelaan dalam kes itu, Afifuddin berkata buat masa ini, pihaknya belum mendapat arahan lanjut daripada Dr Kunaseegaran dan akan mendapatkannya secepat mungkin.
Pada 9 Sept 2013, doktor itu turut mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan meminta dan bersetuju menerima rasuah RM700,000 daripada seorang pemilik syarikat pembekal peralatan perubatan.
Pada 20 Dis 2013, Dr. Kunaseegaran sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas enam pertuduhan menggunakan peralatan (HATTM) tanpa pengetahuan hospital itu.
Morais, 55, dilaporkan hilang pada 4 Sept selepas kali terakhir dilihat meninggalkan pangsapurinya di Menara Duta, Kuala Lumpur untuk ke pejabatnya di Putrajaya dengan menaiki kereta Proton Perdana dengan nombor pendaftaran WA6264Q.
Namun, mayat mendiang ditemui dalam tong dram berisi konkrit di Taman Perumahan USJ 1, Persiaran Subang Mewah dekat sini pada Rabu lepas.
Setakat ini, lima suspek berumur antara 22 hingga 52 tahun termasuk seorang doktor di hospital tentera ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung kes kematian Morais.
Bernama
Fri Sep 18 2015
Morais, 55, dilaporkan hilang pada 4 Sept selepas kali terakhir dilihat meninggalkan pangsapurinya di Menara Duta, Kuala Lumpur untuk ke pejabatnya di Putrajaya dengan menaiki kereta Proton Perdana. - Gambar Fail
Kuasa belia dilihat sebagai kunci masa depan ASEAN-China
Golongan muda berfungsi sebagai penghubung penting dalam memupuk hubungan ASEAN-China yang lebih erat.
170,000 Rumah Mampu Milik dibina di Pulau Pinang setakat ini - Sudarajoo
Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menyediakan 170,000 Rumah Mampu Milik (RMM) bagi membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana di negeri itu memiliki rumah.
10 Berita Pilihan - (8 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jerman raikan ulang tahun peringatan ke-35 Tembok Berlin
Gambar dan lukisan hasil ciptaan penduduk tempatan dipamerkan sepanjang empat kilometer di kawasan yang dahulunya menjadi lokasi tembok tersebut.
Amaran ribut salji November dikeluarkan di New Mexico
Ribut salji ini dijangka akan menjejaskan bahagian utara New Mexico serta selatan Colorado.
Lapangan terbang antara yang musnah akibat Taufan Yinxing
Menurut pegawai wilayah,lebih 40,000 penduduk di Wilayah Cagayan terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara dan tiada kematian dilaporkan.
Israel tangguh bawa pulang rakyat diserang perusuh antisemitik
Pada mulanya, Israel telah mengarahkan dua pesawat dihantar ke Amsterdam untuk membawa rakyatnya pulang.
Filipina tandatangani undang-undang baharu berkaitan Laut China Selatan
Akta Zon Maritim Filipina dan Akta Laluan Laut Kepulauan Filipina itu menekankan kepentingan identiti maritim dan kepulauan.
12 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara terbaharu
Sumber perubatan di Hospital Baptist melaporkan, serangan mengorbankan sembilan rakyat Palestin, termasuk tiga kanak-kanak dan beberapa wanita.
Beli barang bukan keperluan satu trend tidak sihat
Buy Now Pay Later (BNPL) boleh dikatakan istilah moden untuk berhutang menggantikan tradisi lama yang menggunakan buku tiga lima.
Felo Kehormat Institut Masa Depan Malaysia (MASA), Datuk Dr Madeline Berma berkata, ia kini menjadi satu trend pengguna membeli barang kehendak yang bukan keperluan untuk menunjuk di media sosial sehingga berlaku pembaziran kewangan.
Felo Kehormat Institut Masa Depan Malaysia (MASA), Datuk Dr Madeline Berma berkata, ia kini menjadi satu trend pengguna membeli barang kehendak yang bukan keperluan untuk menunjuk di media sosial sehingga berlaku pembaziran kewangan.
Kes doktor tentera ditangguh berikutan kematian Morais
Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan 19 Okt depan untuk sebutan semula kes pakar patologi Kolonel Dr R. Kunaseegaran yang didakwa melibatkan diri dalam perniagaan selaku penjawat awam.