IPOH: Polis akan memanggil beberapa orang saksi lain bagi memberikan keterangan berhubung kes kematian seorang kanak-kanak perempuan yang disyaki didera oleh ibu dan bapa saudaranya.
Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, adik mangsa yang disyaki turut didera masih dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) dan disahkan stabil.
"Kita akan panggil beberapa saksi yang terlibat, mungkin jiran dia (pasangan suami isteri) sebab (difahamkan) dia berniaga jual mi rebus di depan rumah.
"Saksi lain akan dipanggil untuk menyokong keterangan yang ada. Adik kepada mangsa masih lagi dirawat di HRPB Ipoh, keadaan dia stabil.
"Dua suspek ini (pasangan suami isteri) masih lagi direman selama tujuh hari. Kita akan teruskan siasatan dan selepas siasatan selesai akan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara atau Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan selanjutnya.
"Sama ada tertuduh akan dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atau tidak, kita menunggu hasil siasatan yang sedang dijalankan," katanya lagi.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika hadir Majlis Penyampaian Sijil Pelantikan Ahli Jawatankuasa Perhubungan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Negeri Perak 2020-2022, di sini pada Selasa.
Hadir sama, Naib Pengerusi Kanan MCPF, Datuk Seri Ayub Yaakob.
Dalam pada itu, mengulas lanjut berhubung kes tersebut, Mior Faridalathrash berkata bapa mangsa kini ditahan di penjara atas kesalahan dadah.
"Bapanya (mangsa) merupakan abang kepada ibu saudara mangsa. Mereka (dua beradik) telah dijaga sejak tahun 2022 dan didera sejak awal tahun ini.
"Sebelum ini, selepas ibu dan bapa mangsa bercerai. Kedua beradik ini diserahkan kepada ibu dan bapa saudara di Lembah Klang.
"Tapi oleh kerana ibu saudaranya kena serangan jantung baru-baru ini, dia serahkan hak penjagaan kepada kedua-dua suspek. Dua beradik ini ada adik beradik lain tetapi hanya mereka yang tinggal dengan keluarga ini (suspek)," katanya lagi.
Terdahulu media melaporkan, polis telah menahan sepasang suami isteri bagi membantu siasatan kes kematian seorang kanak-kanak yang disyaki didera.
BACA: Kanak-kanak meninggal dunia disyaki didera, suami isteri ditahan
BACA: Kes dera: Pasangan suami isteri direman tujuh hari
BACA: Kes dera: Adik mangsa disyaki turut terima nasib sama
Menurut Mior Faridalathrash, pasangan itu adalah ibu dan bapa saudara yang merupakan penjaga mangsa.
Katanya, penahanan itu ekoran satu laporan polis dibuat pegawai perubatan yang bertugas di Jabatan Kecemasan dan Trauma HRPB kira-kira jam 3.14 pagi kelmarin.
Menurutnya, berdasarkan laporan itu, pihak hospital menerima seorang pesakit kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun yang dibawa ambulans dan disahkan meninggal dunia kira-kira jam 1.45 pagi.
Dalam pada itu polis turut berjaya menyelamatkan seorang kanak-kanak lelaki, yang merupakan adik kepada mangsa.
Difahamkan, mangsa diselamatkan dari sebuah rumah di Desa Pengkalan Bandaraya, di sini dan terdapat kesan kecederaan fizikal lama dan baharu ke atas kanak-kanak lelaki itu.
Aida Aziz
Tue May 17 2022
![Kes dera anak saudara: Polis panggil saksi lain beri keterangan Kes dera anak saudara: Polis panggil saksi lain beri keterangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/81652695748_TBMIOR.jpg)
Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, adik mangsa yang disyaki turut didera masih dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) dan disahkan stabil. - Gambar fail/BERNAMA
![Malaysia ajak negara ASEAN bersatu, kukuhkan usaha perangi jenayah dalam talian Malaysia ajak negara ASEAN bersatu, kukuhkan usaha perangi jenayah dalam talian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41714401089_TeoNieChing.jpg)
Malaysia ajak negara ASEAN bersatu, kukuhkan usaha perangi jenayah dalam talian
Malaysia menggesa negara ASEAN untuk bersatu untuk memerangi masalah jenayah dalam talian yang semakin meningkat di rantau ini dengan lebih berkesan.
![Duta Palestin puji sokongan Malaysia menjelang perhimpunan di Arena Axiata Duta Palestin puji sokongan Malaysia menjelang perhimpunan di Arena Axiata](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41709549730_WalidAbuAli.jpg)
Duta Palestin puji sokongan Malaysia menjelang perhimpunan di Arena Axiata
Duta Palestin ke Malaysia Walid Abu Ali menzahirkan rasa terima kasih kepada Anwar Ibrahim dan rakyat Malaysia atas sokongan dan solidariti yang tidak berbelah bahagi kepada perjuangan Palestin.
![Hannah puji semangat kental Pearly-Thinaah Hannah puji semangat kental Pearly-Thinaah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51722610150_PearlyandThinaah.jpg)
Hannah puji semangat kental Pearly-Thinaah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh percaya perjuangan beregu wanita negara Pearly Tan-M-Thinaah pada Sukan Olimpik Paris 2024 masih belum berakhir dan kini beralih kepada misi meraih podium.
![GRS nafi PBS, STAR bertanding solo PRN Sabah akan datang GRS nafi PBS, STAR bertanding solo PRN Sabah akan datang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/71672968043_JonistonBangkuaiS.jpg)
GRS nafi PBS, STAR bertanding solo PRN Sabah akan datang
GRS menafikan dakwaan dua parti gabungannya, PBS dan STAR merancang bertanding secara solo pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
!['Saya penembak semula jadi' - Atlet menembak Turkiye perjelas gaya santai 'Saya penembak semula jadi' - Atlet menembak Turkiye perjelas gaya santai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81722607670_YusufDike.jpg)
'Saya penembak semula jadi' - Atlet menembak Turkiye perjelas gaya santai
Walaupun kelihatan santai, Yusuf Dikec jelaskan pingat perak yang dimenanginya tidak datang tanpa kerja keras dan dedikasi.
![Tanah runtuh di India: Angka kematian melebihi 300, pencarian mangsa diteruskan Tanah runtuh di India: Angka kematian melebihi 300, pencarian mangsa diteruskan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61722339273_landslide.jpg)
Tanah runtuh di India: Angka kematian melebihi 300, pencarian mangsa diteruskan
Bedah siasat terhadap 199 mayat telah selesai dan sampel DNA bagi 130 bahagian tubuh diambil.
![Ditegur tak hadir, MUDA kecewa dengan respons Fahmi Fadzil Ditegur tak hadir, MUDA kecewa dengan respons Fahmi Fadzil](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71722608250_KenyataanMUDA.jpg)
Ditegur tak hadir, MUDA kecewa dengan respons Fahmi Fadzil
Oleh kerana waktu yang terlalu singkat, MUDA tidak dapat menghantar wakil untuk hadir sesi libat urus itu.
![Polis tahan wanita menari tidak senonoh berlatar kenderaan polis, muat naik di TikTok Polis tahan wanita menari tidak senonoh berlatar kenderaan polis, muat naik di TikTok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51722604819_wanita.jpg)
Polis tahan wanita menari tidak senonoh berlatar kenderaan polis, muat naik di TikTok
Seorang wanita ditahan bagi membantu siasatan berhubung tindakannya menari dengan aksi tidak senonoh di tempat awam berlatarkan kenderaan polis serta memuat naik video perbuatan itu di TikTok.
![Kastam Perlis sita empat kenderaan termasuk kereta mewah lebih RM1.6 juta Kastam Perlis sita empat kenderaan termasuk kereta mewah lebih RM1.6 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71722605931_kastamperlis.jpg)
Kastam Perlis sita empat kenderaan termasuk kereta mewah lebih RM1.6 juta
Kenderaan yang disita dalam rampasan secara berasingan antara Jun dan Julai lepas di Kangar dan Kuala Perlis itu membabitkan cukai sebanyak RM2,239,475.
![Pasaran getah ditutup tinggi Pasaran getah ditutup tinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71710142417_TBPENOREHGETAHMONSOO.jpg)
Pasaran getah ditutup tinggi
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Jumaat, disokong oleh aliran menaik dalam pasaran hadapan getah serantau dan kenaikan harga minyak mentah penanda aras.
![Bayi 2 bulan disyaki didera pengasuh hingga patah kaki Bayi 2 bulan disyaki didera pengasuh hingga patah kaki](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721806505_Bayibulan.jpg)
Bayi 2 bulan disyaki didera pengasuh hingga patah kaki
Seorang pengasuh ditahan reman bagi membantu siasatan kes seorang bayi perempuan dua bulan yang disyaki didera sehingga patah kaki kiri di Bandar Dato Onn.
![Guru didakwa lakukan kekerasan terhadap kanak-kanak autistik Guru didakwa lakukan kekerasan terhadap kanak-kanak autistik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721798564_budakautisme.jpg)
Guru didakwa lakukan kekerasan terhadap kanak-kanak autistik
M. Thinesh, 33, didakwa melakukan perbuatan itu terhadap kanak-kanak lelaki berusia enam tahun di pusat jagaan berkenaan pada 11.50 pagi, 16 Julai.
![Suri rumah mengaku tidak bersalah aniaya anak tiri hingga cedera Suri rumah mengaku tidak bersalah aniaya anak tiri hingga cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721728851_tbsurirumahtuduh.jpg)
Suri rumah mengaku tidak bersalah aniaya anak tiri hingga cedera
Tertuduh, Nor Hidayah Che Awang, 37, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan.
![Pembantu Indonesia dilayan macam hamba, tidak dibayar gaji diselamatkan Pembantu Indonesia dilayan macam hamba, tidak dibayar gaji diselamatkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718435871_tbAtipsom.jpg)
Pembantu Indonesia dilayan macam hamba, tidak dibayar gaji diselamatkan
Tidak pernah menerima gaji antara enam bulan hingga dua tahun sepanjang bekerja antara nasib dialami 17 pembantu rumah warga Indonesia sebelum diselamatkan di Shah Alam.
![Guru tadika dipenjara tampar kanak-kanak 4 tahun Guru tadika dipenjara tampar kanak-kanak 4 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718350083_TBCourtHammer.jpg)
Guru tadika dipenjara tampar kanak-kanak 4 tahun
Seorang guru tadika swasta dihukum penjara dua bulan kerana menampar muridnya yang berusia empat tahun, bulan lalu.
![Bayi alami pendarahan otak, patah tangan kiri ketika di rumah pengasuh Bayi alami pendarahan otak, patah tangan kiri ketika di rumah pengasuh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718349864_GenericBaby.jpg)
Bayi alami pendarahan otak, patah tangan kiri ketika di rumah pengasuh
Polis akan mengambil keterangan seorang pengasuh bagi membantu siasatan berhubung kes bayi perempuan berusia lima bulan yang mengalami pendarahan otak dan patah tangan kiri pada Khamis.
![Ibu didakwa aniaya anak lelaki hingga cedera Ibu didakwa aniaya anak lelaki hingga cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51711693273_TBCourtHammer.jpg)
Ibu didakwa aniaya anak lelaki hingga cedera
Seorang ibu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menganiaya anak lelakinya berusia sembilan tahun.
![Pemandu peribadi didakwa kelar tangan anak tiri, paksa minum air kencing Pemandu peribadi didakwa kelar tangan anak tiri, paksa minum air kencing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51705920906_TBCourtHammer.jpg)
Pemandu peribadi didakwa kelar tangan anak tiri, paksa minum air kencing
Seorang pemandu peribadi hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas dua pertuduhan iaitu mengelar tangan anak tiri lelakinya dan memaksa anak tiri perempuannya meminum air kencing.
![Kanak-kanak didakwa didera pengasuh, polis sahkan terima laporan Kanak-kanak didakwa didera pengasuh, polis sahkan terima laporan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61702461433_TBderajpg.jpg)
Kanak-kanak didakwa didera pengasuh, polis sahkan terima laporan
Polis mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian penderaan seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun satu bulan oleh pengasuh di kawasan Sikamat di sini seperti yang tular di media sosial.
![Bapa tumbuk, tendang, libas dengan parang anak sambut hari lahir ke-12 Bapa tumbuk, tendang, libas dengan parang anak sambut hari lahir ke-12](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/81698656725_ShadowHand.jpg)
Bapa tumbuk, tendang, libas dengan parang anak sambut hari lahir ke-12
Polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 37 tahun yang dipercayai memukul anak kandungnya yang berusia 12 tahun di Kampung Perah, di sini, petang semalam.