PUTRAJAYA: Jumlah kes demam denggi menurun 6.8 peratus kepada 2,271 pada Minggu Epidemiologi ke-41 (ME41) iaitu bagi tempoh 8 hingga 14 Okt, berbanding 2,436 kes pada minggu sebelumnya.
Dalam kenyataan mengenai situasi demam denggi di Malaysia hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata tiada kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan pada ME41.
Beliau berkata kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan hingga ME41 meningkat sebanyak 102.6 peratus kepada 94,181 kes berbanding 46,495 kes bagi tempoh sama pada 2022.
"Sejumlah 67 kematian akibat komplikasi demam denggi telah dilaporkan berbanding 28 kematian bagi tempoh yang sama pada 2022," katanya.
Dr Muhammad Radzi berkata bilangan lokaliti hotspot pada ME41 meningkat kepada 79 lokaliti berbanding 70 lokaliti pada minggu sebelumnya, dengan 57 lokaliti di Selangor, 11 lokaliti di Kuala Lumpur dan Putrajaya, lima di Perak, masing-masing dua lokaliti di Negeri Sembilan dan Sarawak serta satu lokaliti di Pahang dan Kelantan.
Mengenai survelan chikungunya,beliau berkata satu kes direkodkan pada ME41 menjadikan jumlah kumulatif kes chikungunya sehingga kini sebanyak 176 kes, manakala bagi survelan zika pula, 2,741 sampel darah serta 271 sampel urin dijalankan saringan dan hasilnya semua negatif.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat terkini berkaitan demam denggi menerusi laman sesawang iDengue https://idengue.mysa.gov.my
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 20 2023

Dr Muhammad Radzi berkata tiada kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan pada ME41. - Gambar fail/Bernama
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.

Kes denggi menurun 6.8 peratus, tiada kematian dilaporkan
Jumlah kes demam denggi menurun 6.8 peratus kepada 2,271 pada Minggu Epidemiologi ke-41 (ME41) iaitu bagi tempoh 8 hingga 14 Okt, berbanding 2,436 kes pada minggu sebelumnya.

Jerebu: Golongan berisiko dinasihat peka amaran, keadaan semasa - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid mengingatkan orang ramai terutamanya golongan yang berisiko diancam penyakit akibat jerebu agar sentiasa peka dengan keadaan semasa dan amaran yang dikeluarkan oleh agensi-agensi kerajaan.

CPRC sedia data, laporan harian COVID-19 dalam tempoh 4 jam setiap hari
Pasukan petugas di belakang tabir Kementerian Kesihatan (KKM) itu, akan menganalisis dan menterjemah data kepada laporan yang ringkas, padat serta mudah difahami.

Kawasan Sungai Kim Kim telah dibersihkan sepenuhnya - Zuraida
Beliau berkata sisa berbahaya yang terkumpul telahpun dibawa ke Pusat Pelupusan Kualiti Alam untuk dihapuskan.

Jemaah dinasihat gunakan teknologi sebaiknya bagi kerjakan ibadah haji
Para jemaah haji dinasihatkan supaya menggunakan teknologi seperti internet dan telefon pintar dengan sebaiknya.