SUNGAI PETANI: Kes denggi di Kedah berada pada tahap membimbangkan apabila sejumlah 1,550 kes dilaporkan pada Minggu Epidemiologi (ME) ke-16 tahun ini berbanding 1,301 kes bagi tempoh sama tahun lepas.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan negeri Mejar (B) Mansor Zakaria berkata angka itu menunjukkan peningkatan sebanyak 19.1 peratus atau 249 kes.
Beliau berkata terdapat empat kes kematian denggi bagi tempoh tersebut berbanding sifar kes bagi tempoh sama tahun lepas.
"Susulan peningkatan kes, trend peningkatan wabak juga berlaku iaitu hingga ME ke-16 tahun ini sebanyak 136 wabak denggi direkodkan di negeri Kedah berbanding 121 wabak denggi dalam tempoh yang sama pada 2023 iaitu peningkatan 12.4 peratus.
"Justeru, peningkatan kes dan kematian berterusan ini memerlukan perhatian dan tindakan segera daripada masyarakat serta pihak berwajib dalam usaha menanganinya," katanya kepada pemberita semasa meninjau satu daripada lokaliti "hotspot" denggi di Taman Sejati Indah di sini hari ini.
Mansor berkata bagi seluruh negeri Kedah bermula Januari lepas hingga kini, sejumlah 95,307 premis telah diperiksa dengan 6,297 premis dikesan mempunyai tempat pembiakan nyamuk Aedes.
Sehubungan itu, menurutnya sebanyak 1,756 notis kompaun dengan nilai RM848,900 dikeluarkan mengikut Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975.
Sementara itu, beliau berkata Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah dengan kerjasama KerajaanNegeri memperkenalkan Kod QR Pemeriksaan Tempat Pembiakan Aedes Kendiri bagi menggalakkan penduduk memeriksa tempat pembiakan Aedes di kediaman sendiri, sejak Januari lepas.
Menurutnya sebagai permulaan inisiatif ini melibatkan penduduk di beberapa lokaliti berisiko dan akan diperluaskan ke seluruh negeri ini pada masa akan datang.
"Kod QR tersebut memberi panduan tempat berisiko pembiakan Aedes dan membolehkan aktiviti pemusnahan tempat pembiakan direkodkan. Data penggunaan kod QR ini akan dipantau dan dinilai JKN bagi pemberian insentif pencapaian di peringkat individu dan komuniti oleh kerajaan negeri bagi membudayakan tingkah laku menjaga kebersihan rumah setiap minggu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 28 2024
Mansor (kiri) mengadakan tinjauan wabak denggi di kawasan perumahan di Taman Sejati Indah, hari ini. - Foto Bernama
Saingan semakin sengit, Malaysia perlu terus perkasa ekosistem halal - Zahid
Meskipun diiktiraf sebagai peneraju industri halal di peringkat global, Malaysia tidak boleh sekadar berpuas hati dengan pencapaian sedia ada.
Datuk lemas ketika cuba selamatkan dua cucu di Pantai Irama
Seorang datuk lemas ketika menyelamatkan dua cucu yang dihanyutkan ombak di Pantai Irama di sini, pada Sabtu.
Produk Coca-Cola di Malaysia tidak terkesan dengan pencemaran klorat - Dzulkefly
Produk Coca-Cola EuroPacific Partners sahaja dikesan mengandungi paras klorat tinggi dan ia diedarkan di beberapa negara Eropah.
Jadikan pencen veteran ATM sebagai permulaan kerjaya baharu - Khaled Nordin
Majoriti mereka berpencen pada usia muda iaitu sekitar 42 tahun dan masih bertenaga untuk mempelajari ilmu baharu.
Indonesia rangka peratusan had umur, lindungi kanak-kanak di platform digital
Indonesia sedang merangka peraturan baharu bagi melindungi kanak-kanak daripada risiko dalam talian, termasuk menetapkan had umur pada platform digital, menurut Kementerian Komunikasi dan Digital negara itu.
Selangor akan tubuh beberapa pusat AI tahun depan - Amirudin
Beberapa pusat kecerdasan buatan (AI) akan ditubuhkan di Selangor tahun depan sebagai langkah kerajaan negeri menyokong perkembangan teknologi yang sedang pesat membangun itu.
AWANI Ringkas: Op Sky: Keterangan tiga selebriti bantu lengkap siasatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Banjir: PDPR dilaksana di sekolah yang tak sempat dibaik pulih
Walaubagaimanapun, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, sasaran pihaknya adalah agar semua murid dapat hadir ke sekolah untuk sesi pembelajaran secara bersemuka.
Perahu karam, warga emas ditemukan lemas di Tatau
Seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang dalam kejadian perahu karam di Sungai Anap, Tatau, Bintulu pada Rabu lepas, ditemukan lemas pagi tadi.
Pilihan raya negeri mendebarkan, wilayah New Delhi dalam proses kira undi
Lebih 60 peratus daripada lebih 15 juta pengundi yang layak telah menjalankan tanggungjawab mereka memilih kerajaan tempatan pada Rabu lalu.
Kes denggi di Kedah membimbangkan, catat 1,550 kes pada ME16
Kes denggi di Kedah berada pada tahap membimbangkan apabila sejumlah 1,550 kes dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-16 tahun ini.