Perbicaraan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang dihadapkan atas tujuh pertuduhan membabitkan dana SRC International masuk hari ke-30.
Perbicaraan di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali diteruskan hari ini dengan saksi ke-42 bekas Pengarah Bukan Eksekutif SRC, Datuk Suboh Md Yassin menyambung memberi keterangan.
Suboh memberitahu mahkamah bahawa beliau dihubungi bekas Ketua Pegawai Eksekutif SRC International, Nik Faisal Ariff Kamil dari Shanghai China, pada tahun 2015.
Bekas pengarah SRC International itu menjelaskan beliau mengetahui panggilan itu dari Shanghai berdasarkan apa yang dilihat menerusi telefon pintar miliknya.
Suboh memberitahu Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Ishak Mohd Yusoff bahawa Nik Faisal menghubunginya selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) tahun lepas.
"Berdasarkan telefon saya, ia dari luar negara, dari Shanghai, jika saya tidak silap," katanya kepada Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusoff.
Beliau juga memberitahu mahkamah bahawa SRC International melantik Ihsan Perdana Sdn Bhd sebagai rakan kongsi tanggungjawab sosial korporat (CSR) pada tahun 2014 walaupun tanpa resolusi daripada pengarah.
Suboh berkata beliau bersetuju menandatangani surat tersebut untuk melantik IPSB bertarikh 3 September 2014 selepas diberi panduan oleh Nik Faisal.
Suboh berkata Nik Faisal memberitahunya bahawa syarikat itu mahu melaksanakan CSR dan "orang atas" bersetuju.
Ketika disoal siapakah “orang atas” yang beliau maksudkan dalam keterangannya, Suboh berkata ia adalah Najib.
"Tiada keraguan dalam fikiran saya, apabila merujuk kepada orang atas, beliau merujuk kepada Datuk Seri Najib," kata Suboh.
Suboh kemudian memberitahu mahkamah bahawa pelantikan IPSB ditandatangani pada tahun 2015 ketika beliau berada di Bangkok.
Najib, 66, didakwa atas tiga pertuduhan pecah amanah, satu pertuduhan salah guna kedudukan dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.
Irwan Muhammad Zain
Mon Jul 01 2019
![Kes dana SRC International: 'Orang atas' itu adalah Najib - Saksi Kes dana SRC International: 'Orang atas' itu adalah Najib - Saksi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-06/41561020262_TBDATUKSUBOHMDYASS.jpg)
SUBOH: Berdasarkan telefon saya, ia dari luar negara, dari Shanghai, jika saya tidak silap. -Gambar fail
RWMF labuh tirai, catat rekod baharu 26,000 pengunjung
Abdul Karim berkata, hasil kutipan jualan tiket juga meningkat 47 peratus.
Melaka, Indonesia cadang pelayaran dapat pengiktirafan UNESCO
Melaka akan bekerjasama dengan Kerajaan Indonesia bagi membolehkan pelayaran 'Muhibah Budaya Jalur Rempah' mendapat pengiktirafan UNESCO Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.
![NSFC sahkan pemain import diragut NSFC sahkan pemain import diragut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719763779_NegeriSembilanFoot.jpg)
NSFC sahkan pemain import diragut
Kelab Bola Sepak Negeri Sembilan (NSFC) hari ini mengesahkan pemain import mereka Mika Junco menjadi mangsa ragut di Kuala Lumpur pada malam semalam.
Kantin sebuah sekolah di Batu Pahat diarah tutup
Kantin sebuah sekolah menengah di Batu Pahat diarahkan tutup selama 14 hari berikutan 90 pelajar dan sembilan pendidik mengalami keracunan selepas dipercayai memakan ayam goreng di kantin tersebut, Khamis lepas.
Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, Ling Tian Soon berkata, arahan penutupan berkuat kuasa bermula Jumaat sehingga 11 Julai itu dikeluarkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Batu Pahat.
Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, Ling Tian Soon berkata, arahan penutupan berkuat kuasa bermula Jumaat sehingga 11 Julai itu dikeluarkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Batu Pahat.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61691941883_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 30 Jun 2024.
Jambatan 'mega' China-Hong Kong mula dibuka
Projek mega merentas laut itu dijangka memendekkan perjalanan antara Shenzhen dan Zhongshan daripada dua jam kepada 30 minit.
![Jambatan rentas laut di selatan China dibuka kepada lalu lintas Jambatan rentas laut di selatan China dibuka kepada lalu lintas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719762287_shenzhenzhongshanb.jpg)
Jambatan rentas laut di selatan China dibuka kepada lalu lintas
Laluan pengangkutan baharu itu mempunyai lapan lorong yang direka untuk kelajuan sehingga 100 km sejam.
Jepun lancar wang kertas baharu guna holografi canggih
Menurut kerajaan, hampir 7.5 bilion wang kertas baharu akan dicetak menjelang akhir Mac tahun depan manakala wang kertas sedia ada akan tetap sah walaupun selepas wang kertas baharu diperkenalkan.
Rishi Sunak sifatkan demokrasi UK paling berjaya
Sunak merujuk kepada komen yang disiarkan sebuah stesen televisyen tempatan, yang dibuat penyokong Parti Reform UK yang beraliran kanan, Nigel Farage.
'Freedom Edge' ibarat cipta NATO versi Asia
Korea Utara menyifatkan latihan ketenteraan antara tiga negara - Jepun, Amerika Syarikat dan seteru terdekatnya, Korea Selatan bagaikan mencipta NATO versi Asia.
Kerjasama dikenali sebagai 'Freedom Edge' dalam skala besar-besaran pasukan pertahanan tiga negara terbabit bertujuan untuk meningkatkan keselamatan dan persediaan menghadapi ancaman Korea Utara dan kuasa besar China.
Kerjasama dikenali sebagai 'Freedom Edge' dalam skala besar-besaran pasukan pertahanan tiga negara terbabit bertujuan untuk meningkatkan keselamatan dan persediaan menghadapi ancaman Korea Utara dan kuasa besar China.
![Kes dana SRC International: 'Orang atas' itu adalah Najib - Saksi Kes dana SRC International: 'Orang atas' itu adalah Najib - Saksi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-06/41561020262_TBDATUKSUBOHMDYASS.jpg)
Kes dana SRC International: 'Orang atas' itu adalah Najib - Saksi
Suboh berkata Nik Faisal memberitahunya bahawa syarikat itu mahu melaksanakan CSR dan "orang atas" bersetuju.
![Tidak boleh pindah wang Ihsan Perdana ke akaun Najib - Saksi Tidak boleh pindah wang Ihsan Perdana ke akaun Najib - Saksi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-05/51559018867_TBShamsulAnwarSulai.jpg)
Tidak boleh pindah wang Ihsan Perdana ke akaun Najib - Saksi
Shamsul Anwar Sulaiman mengakui tidak boleh memindahkan wang dari syarikat itu ke akaun bank Datuk Seri Najib Tun Razak walaupun sekiranya bekas Perdana Menteri, itu mahu berbuat demikian.
![Kes SRC: Geran RM40 juta kepada Ihsan Perdana hanya untuk program CSR - Saksi Kes SRC: Geran RM40 juta kepada Ihsan Perdana hanya untuk program CSR - Saksi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-05/71557910213_TBShamsulAnwarSulai.jpg)
Kes SRC: Geran RM40 juta kepada Ihsan Perdana hanya untuk program CSR - Saksi
Saksi Datuk Dr Shamsul Anwar Sulaiman memberitahu mahkamah bahawa sejak Ihsan Perdana ditubuhkan pada 25 Julai 2011, geran perbelanjaan tersebut adalah bagi pelaksanaan program CSR sahaja.
![Dana ke akaun PM: Pasukan siasatan khas dibentuk, tiga syarikat diserbu Dana ke akaun PM: Pasukan siasatan khas dibentuk, tiga syarikat diserbu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-07/81436002631_AbdulGaniPatail.jpg)
Dana ke akaun PM: Pasukan siasatan khas dibentuk, tiga syarikat diserbu
Pihak berkuasa menyiasat pejabat tiga buah syarikat yang dikaitkan dengan dakwaan pemindahan sejumlah dana yang besar ke akaun Perdana Menteri.