PUTRAJAYA: Seorang wanita warga Kenya terlepas hukuman gantung sampai mati selepas Mahkamah Rayuan di sini hari ini mengetepikan sabitan dan hukuman terhadapnya bagi kesalahan mengedar 903.5 gram metamfetamina.
Bagaimanapun, Pamela Faith Aoko Omollo, 39, dijatuhi hukuman penjara 12 tahun selepas mahkamah meminda pertuduhan terhadapnya kepada memiliki dadah itu.
Peguam K.Simon Murali memaklumkan panel tiga hakim yang diketuai Datuk Seri Kamaludin Md Said bahawa Jabatan Peguam Negara telah menerima representasi anak guamnya bagi meminda pertuduhan daripada mengedar kepada memiliki.
Timbalan Pendakwa Raya Zaki Asyraf Zubir kemudian mengesahkan perkara itu.
Kamaludin, yang bersidang bersama-sama Datuk Azman Abdullah dan Datuk Azmi Ariffin, mengarahkan Omollo menjalani hukuman itu dari tarikh dia ditangkap iaitu pada 25 Nov 2016.
Sebelum ini, Omollo dijatuhi hukuman mati selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 16 Mac 2021 kerana mengedar dadah di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang, Selangor pada 7.45 malam 25 Nov 2016.
Ibu kepada empat anak itu kemudian telah merayu kepada Mahkamah Rayuan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 20 2023
Pamela Faith Aoko Omollo, 39, dijatuhi hukuman penjara 12 tahun selepas mahkamah meminda pertuduhan terhadapnya kepada memiliki dadah itu. -Gambar hiasan
Program larian disertai pelancong berpakaian tidak sopan bukan anjuran kerajaan Johor
Program larian yang didakwa disertai pelancong asing berpakaian kurang sopan dan mempromosi budaya songsang lesbian, gay, biseksual serta transgender (LGBT) bukan anjuran kerajaan negeri.
Imigresen serbu pusat karaoke, 49 GRO dan pelanggan ditahan
JIM Perak menyerbu empat premis pusat hiburan karaoke yang menawarkan GRO warga Myanmar dengan bayaran antara RM450 hingga RM600 di sekitar bandar raya ini, malam tadi.
AWANI Ringkas: Pendatang asing tanpa izin | Kekecohan di Wisma Transit
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tumpuan Ahad – 06 Oktober 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Polis siasat dakwaan buli di sekolah berasrama penuh di KL
Polis sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan berlaku kejadian buli membabitkan anak seorang penyanyi dan beberapa individu lain di sebuah sekolah berasrama penuh di ibu negara.
Peruntukan tebatan banjir Sungai Damansara diluluskan, kurangkan risiko di Sungai Buloh
Peruntukan berjumlah RM481 juta bagi Projek Tebatan Banjir Sungai Damansara telah diluluskan sebagai usaha mengurangkan risiko banjir di kawasan Parlimen Sungai Buloh.
AWANI 7:45 [05/10/2024] – Tunggu perkenan Majlis Raja-Raja | Inflasi dan gaji jadi tumpuan | Kes terpencil | Zionis terus angkuh
- Tiga negeri fatwakan GISB sesat, siasatan libat 10 peruntukan
- Belanjawan 2025 tumpu isu inflasi dan naik gaji
- Kekecohan libat warga Palestin mungkin sebab stress, ATM tangani dengan profesional
- Gaza hancur lebur, Beirut hampiri kemusnahan
- Belanjawan 2025 tumpu isu inflasi dan naik gaji
- Kekecohan libat warga Palestin mungkin sebab stress, ATM tangani dengan profesional
- Gaza hancur lebur, Beirut hampiri kemusnahan
Pekebun boleh kemuka tuntutan akibat serangan haiwan liar
Pekebun yang mengalami kerugian hasil tanaman akibat ancaman haiwan liar boleh mengemukakan tuntutan pampasan terhadap kerosakan yang berlaku.
AWANI Ringkas: GISB Holdings | Kes tembakan di Song | PR1MA
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lelaki rugi RM224,000 terperdaya skim pelaburan tidak wujud
Seorang lelaki warga tempatan berputih mata apabila kerugian RM224,000 setelah terperdaya dengan skim pelaburan tidak wujud yang diiklankan menerusi aplikasi WhastApp.
Kes dadah: Wanita Kenya terlepas hukuman gantung
Seorang wanita warga Kenya terlepas hukuman gantung sampai mati selepas Mahkamah Rayuan di sini hari ini mengetepikan sabitan dan hukuman terhadapnya bagi kesalahan mengedar 903.5 gram metamfetamina.