GEORGE TOWN: Kes curi kereta di Pulau Pinang mencatatkan peningkatan yang tinggi iaitu 57.6 peratus sejak awal Januari hingga semalam berbanding tempoh sama tahun lepas.
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata 104 kes curi kereta dicatatkan dari awal tahun hingga semalam berbanding 65 kes untuk tempoh sama pada tahun lepas.
"Bagi tempoh sama, kes kecurian motosikal meningkat 1.2 peratus iaitu 515 kes pada tahun ini berbanding 509 kes pada tahun lepas. Kes kecurian van, lori dan jentera berat pula meningkat sehingga 140 peratus daripada 10 kes pada 2021 kepada 24 kes pada tahun ini.
"Jumlah keseluruhan kes kecurian kenderaan bagi tahun ini naik 9.9 peratus iaitu 643 kes pada tahun ini berbanding 585 kes tahun lepas," katanya pada sidang akhbar di Ibupejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang di sini hari ini.
Menurutnya setakat ini, polis tidak mempunyai maklumat sama ada motosikal yang dicuri itu dijual semula atau hanya diambil komponen tertentu untuk dijual terutama bagi tujuan pengubahsuaian.
Mohd Shuhaily berkata selain kes kecurian motosikal, kes curi kenderaan lama juga meningkat di Pulau Pinang iaitu membabitkan kereta bukan jenis mewah sebaliknya model yang sudah lama malah edisi yang tiada lagi dalam pasaran.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 09 2022
![Kes curi kenderaan di P.Pinang meningkat 57.6 peratus - Polis Kes curi kenderaan di P.Pinang meningkat 57.6 peratus - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/71661595627_TBSHUHAILYSIDANGMEDI.jpg)
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata 104 kes curi kereta dicatatkan dari awal tahun hingga semalam berbanding 65 kes untuk tempoh sama pada tahun lepas. - Gambar fail/BERNAMA
Urus tadbir perlu bersifat telus, ambil kira cabaran rakyat
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg mahu urus tadbir wilayah itu sentiasa mengambil kira cabaran yang dihadapi oleh manusia sejagat.
Pendekatan agresif noktahkan miskin tegar di Sabah
Kerajaan Negeri Sabah terus mengambil pendekatan bersifat agresif bagi menoktahkan isu miskin tegar di Sabah.
Graduan Iban pertama Universiti Al-Azhar penerima Anugerah Ma’al Hijrah Sarawak 1446H
Graduan Iban pertama yang melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar di Kaherah, Mesir antara 14 penerima yang menerima Anugerah Ma’al Hijrah Sarawak pada Majlis Perhimpunan Ma’al Hijrah Peringkat Sarawak Tahun 1446H/2024M di Hikmah Exchange Event Centre, Kuching hari ini.
![Remaja Asia: Khai Xing-Aaron gagal akhiri kemarau tujuh tahun Malaysia Remaja Asia: Khai Xing-Aaron gagal akhiri kemarau tujuh tahun Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720347946_Badminton.jpg)
Remaja Asia: Khai Xing-Aaron gagal akhiri kemarau tujuh tahun Malaysia
Beregu lelaki negara Kang Khai Xing-Aaron Tai gagal mengakhiri kemarau kejuaraan selama tujuh tahun Malaysia di Kejohanan Badminton Remaja Asia.
Sabah tidak perlu parti luar, perkukuh blok Borneo - Shafie
Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal memberitahu parti berasal dari Sarawak tidak perlu memasuki Sabah untuk mengukuhkan kerjasama blok borneo.
Dua rumah musnah dalam kebakaran di Kundasang
Dua buah rumah jenis separuh kekal musnah dalam kebakaran di Kampung Lembai Permai, Kundasang pada Ahad.
KKM peruntukkan RM21.5 juta naik taraf 58 klinik daif Sabah
KKM memperuntukkan RM21.5 juta untuk menaik taraf 58 klinik kesihatan daif di seluruh negeri Sabah.
![Tuntutan Filipina: Nota diplomatik kepada PBB tegaskan kedaulatan Malaysia - Mohamad Tuntutan Filipina: Nota diplomatik kepada PBB tegaskan kedaulatan Malaysia - Mohamad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720338475_TokMatseremban.jpg)
Tuntutan Filipina: Nota diplomatik kepada PBB tegaskan kedaulatan Malaysia - Mohamad
Menteri Luar mengesahkan Malaysia telah menyerahkan nota diplomatik kepada PBB bagi menegaskan kedaulatan negara ini, susulan tuntutan Filipina terhadap Sabah.
![LKAN: Jabatan kerajaan perlu beri keutamaan aspek tatakelola, kebertanggungjawaban LKAN: Jabatan kerajaan perlu beri keutamaan aspek tatakelola, kebertanggungjawaban](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/51669556500_Leelamthye.jpg)
LKAN: Jabatan kerajaan perlu beri keutamaan aspek tatakelola, kebertanggungjawaban
Kementerian, jabatan kerajaan Persekutuan serta badan berkanun yang menerima teguran LKAN perlu memberi keutamaan terhadap aspek tatakelola dan kebertanggungjawaban.
![Pusingan penentu pilihan raya Perancis bermula Pusingan penentu pilihan raya Perancis bermula](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720343260_TBFranceElection.jpg)
Pusingan penentu pilihan raya Perancis bermula
Perancis kembali ke pusat pengundian pada Ahad bagi pusingan penentu pilihan raya Parlimen.
![Kes curi kenderaan di P.Pinang meningkat 57.6 peratus - Polis Kes curi kenderaan di P.Pinang meningkat 57.6 peratus - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/71661595627_TBSHUHAILYSIDANGMEDI.jpg)
Kes curi kenderaan di P.Pinang meningkat 57.6 peratus - Polis
Kes curi kereta di Pulau Pinang mencatatkan peningkatan yang tinggi iaitu 57.6 peratus sejak awal Januari hingga semalam berbanding tempoh sama tahun lepas.
![Khalid nafi insiden Balai Polis Air Itam dikepung SPRM Khalid nafi insiden Balai Polis Air Itam dikepung SPRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-02/81455074701_KhalidAbuBakar.jpg)
Khalid nafi insiden Balai Polis Air Itam dikepung SPRM
Pihaknya tidak akan melindungi dan berkompromi dengan mana mana anggota polis yang terbabit dalam kes rasuah maupun kes yang menyalahi undang undang negara.