KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia dan empat pihak lain telah merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi di sini yang memberikan ganti rugi berjumlah RM3.1 juta kepada seorang pemuda yang terpotong kepala alat sulitnya ketika berkhatan 12 tahun lepas.
Selain kerajaan, empat pihak tersebut ialah pegawai perubatan dan pengarah Hospital Kuala Lipis di Pahang serta doktor pakar dan pengarah Hospital Selayang di Selangor.
Peguam Persekutuan Saravanan Kuppusamy ketika dihubungi hari ini berkata Jabatan Peguam Negara (AGC) telah memfailkan rayuan berhubung keputusan itu di Mahkamah Rayuan pada 27 April lepas.
"Kes ditetapkan untuk pengurusan kes secara e-Review di hadapan timbalan pendaftar Mahkamah Rayuan pada 27 Julai ini," katanya.
Pada 7 April lepas, Hakim Datuk Akhtar Tahir memberikan ganti rugi berjumlah RM3.1 juta kepada pemuda berusia 22 tahun itu selepas membenarkan samannya terhadap kelima-lima defendan berkenaan.
Hakim Akhtar ketika membuat keputusan itu memutuskan bahawa kesemua defendan telah melakukan kecuaian terhadap keadaan yang dialami oleh pemuda itu selaku plaintif.
Dalam penghakiman bertulis yang dikeluarkan pada 27 Mei lepas, hakim itu berkata kelewatan kakitangan perubatan merawat kecederaan lelaki itu telah melenyapkan harapan untuk menyelamatkan alat sulitnya.
Lelaki itu, yang memfailkan saman pada 19 Julai 2018 melalui ibunya, mendakwa proses bersunat pada 13 Dis 2010 ke atasnya tidak dilakukan mengikut prosedur ditetapkan sehingga menyebabkan seluruh kepala zakar terpotong.
Akibat kecacatan kekal itu, ibu mangsa mendakwa anaknya yang ketika kejadian berusia 10 tahun telah berubah sikap menjadi amat pendiam dan tidak suka berkawan dengan rakan sebaya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 13 2022

Pada 7 April lepas, Hakim Datuk Akhtar Tahir memberikan ganti rugi berjumlah RM3.1 juta kepada pemuda berusia 22 tahun itu selepas membenarkan samannya terhadap kelima-lima defendan berkenaan.- Gambar fail
Indonesia dijangka alami kemarau biasa sepanjang 2025 - BMKG
Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika (BMKG) bagaimanapun turut memberi penekanan kepada risiko kebakaran hutan dan kemarau di beberapa kawasan.
Indeks keyakinan pengguna Thailand jatuh 1.2 peratus
Indeks keyakinan pengguna Thailand jatuh kepada 57.8 peratus bulan lalu berbanding dengan paras tertinggi dalam tempoh lapan bulan iaitu 59 peratus pada Januari.
AWANI Ringkas: Akta Padi dan Beras diperhalusi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Guru besar didakwa guna kedudukan bantu adik dapatkan projek pembinaan di sekolah
Seorang guru besar didakwa atas pertuduhan membantu syarikat adiknya mendapatkan kerja-kerja pembinaan di sebuah sekolah bernilai RM48,050.

SPRM kembali jadi tumpuan, Ismail Sabri sambung beri keterangan petang ini
Ibu Pejabat SPRM kembali menjadi tumpuan media petang ini bagi perkembangan kes rasuah dan penggubahan wang haram melibatkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Empat ejen haram warga asing ditahan
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan empat ejen haram warga asing dalam satu operasi khas di tujuh lokasi berasingan sekitar ibu negara pada Rabu dan Khamis lalu.

Empat filem seniwati Sarimah berjaya dikembalikan - Teo
Kementerian Komunikasi dan Finas berjaya membantu seniwati legenda Datuk Sarimah Ahmad mendapatkan semula empat filem beliau.
Konflik di Gaza: Israel lakukan genosid, serangan seksual di Gaza - Pakar PBB
Israel telah melakukan "tindakan genosid" terhadap rakyat Palestin dengan sengaja memusnahkan kemudahan kesihatan wanita di Gaza dan menggunakan keganasan seksual sebagai strategi perang.

Malas nak bising-bising - TMJ
Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim, memuat naik gambar telah menjalani pertemuan empat mata bahawa pemain warisan terbaharu negara, Hector Hevel lebih awal lagi.
Portugal adakan pilihan raya awal pada 18 mei
Portugal akan mengadakan pilihan raya awal pada 18 Mei selepas kerajaan minoriti pimpinan Luis Montenegro tumbang susulan usul undi tidak percaya.

Kes cuai khatan: Kerajaan dan empat lagi fail rayuan
Kerajaan dan empat pihak lain telah merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang memberikan ganti rugi berjumlah RM3.1 juta kepada seorang pemuda yang terpotong kepala alat sulitnya.