KUALA LUMPUR:Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini memaklumkan satu kes COVID-19 varian UK B.1.1.7 telah dikesan di Malaysia.
Perkara itu disahkan Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah menerusi kenyataan di laman Facebooknya sebentar tadi.
Menurutnya, kes tersebut dikesan menerusi seorang pengembara yang mempunyai sejarah perjalanan ke United Kingdom pada bulan Disember 2020.
"Pengembara tersebut didapati positif pada 28 Disember 2020 dan telah diasingkan untuk rawatan lanjut.
"Sejak Oktober 2020, KKM telah melakukan pemantauan terhadap kesemua pengembara dari negara-negara yang telah melaporkan kes mutasi varian UK B.1.1.7 ini termasuk United Kingdom, Belanda, Singapura, Turki, Filipina dan India.
"Sebanyak 968 sampel telah diuji sejak Oktober 2020 dan telah melakukan genome sequencing bagi mengesan jenis mutasi UK B.1.1.7 ini kepada 24 sampel," jelas Dr Noor Hisham.
Katanya, setakat 11 Januari 2021, tiada penularan dalam negara telah dikesan berkaitan virus mutasi UK B.1.1.7 tersebut.
"KKM melalui Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) dan CPRC Kebangsaan akan sentiasa memantau perkembangan mutasi UK B.1.1.7 ini dan akan memaklumkan dari semasa ke semasa.
"Walaupun mutasi UK B.1.1.7 ini tidak didapati menyebabkan simptom yang teruk, namun, ia boleh menular dengan mudah dan cepat.
"Orang ramai dinasihati agar sentiasa mengamalkan kebersihan kendiri dengan kerap membasuh tangan, memakai pelitup muka di tempat awam, dan menjaga penjarakan fizikal setiap masa," katanya lagi.
Astro Awani
Mon Jan 11 2021
![Kes COVID-19 varian UK dikesan di Malaysia - Dr Noor Hisham Kes COVID-19 varian UK dikesan di Malaysia - Dr Noor Hisham](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/51610185737_COVID.jpg)
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini memaklumkan satu kes COVID-19 varian UK B.1.1.7 telah dikesan di Malaysia.
![Paris 2024: Mesir juara kumpulan C tumbangkan Sepanyol Paris 2024: Mesir juara kumpulan C tumbangkan Sepanyol](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722376441_EgyptsIbrahimAdel.jpg)
Paris 2024: Mesir juara kumpulan C tumbangkan Sepanyol
Turun selaku antara pasukan pilihan untuk memenangi pingat emas, Sepanyol, bagaimanapun, jelas tidak dapat menandingi Mesir dalam aksi kali ini.
![Olimpik Paris: Ombak besar jejaskan pertandingan luncur air Olimpik Paris: Ombak besar jejaskan pertandingan luncur air](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71722376210_GabrielMedinaofB.jpg)
Olimpik Paris: Ombak besar jejaskan pertandingan luncur air
Ombak setinggi tiga meter menyaksikan beberapa persembahan terbaik dalam pertandingan setakat ini.
![MOF gariskan tiga keutamaan jangka pendek dalam Belanjawan 2025 MOF gariskan tiga keutamaan jangka pendek dalam Belanjawan 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720874282_AmirHamzahAzizan.jpg)
MOF gariskan tiga keutamaan jangka pendek dalam Belanjawan 2025
Kementerian Kewangan (MOF) menggariskan tiga keutamaan jangka pendek di bawah Belanjawan 2025 bagi merealisasikan kerangka Ekonomi MADANI.
![Akhyar Rashid muncul wira, pastikan TFC kutip tiga mata Akhyar Rashid muncul wira, pastikan TFC kutip tiga mata](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722375980_PemainTerengganuFC.jpg)
Akhyar Rashid muncul wira, pastikan TFC kutip tiga mata
Tuan rumah terdahulu dikejutkan dengan gol pertama pelawat menerusi pemain import dari Sepanyol, Mika Junco.
![Dasar tangani buli siber di tempat kerja perlu diperkukuhkan - MEF Dasar tangani buli siber di tempat kerja perlu diperkukuhkan - MEF](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720426569_SyedHussain.jpg)
Dasar tangani buli siber di tempat kerja perlu diperkukuhkan - MEF
Katanya, kegiatan buli kini semakin parah apabila cara lama membuli kini diperluaskan kepada bentuk baharu, iaitu buli di alam siber.
![Media sosial cabaran terbesar perangi hadis daif, palsu Media sosial cabaran terbesar perangi hadis daif, palsu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/41690789637_RahmadMariman.jpg)
Media sosial cabaran terbesar perangi hadis daif, palsu
Kecanggihan teknologi maklumat dan multimedia khususnya menerusi media sosial antara cabaran besar dalam memerangi penyebaran hadis daif dan palsu secara sengaja atau sebaliknya.
![Bursa Malaysia tingkat sasaran keuntungan 2024 kepada RM361 juta hingga RM379 juta Bursa Malaysia tingkat sasaran keuntungan 2024 kepada RM361 juta hingga RM379 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41717000513_TBWAHIDOMAR.jpg)
Bursa Malaysia tingkat sasaran keuntungan 2024 kepada RM361 juta hingga RM379 juta
Bursa Malaysia mengemas kini sasaran keuntungan sebelum cukai (PBT) untuk tahun kewangan 2024 (TK2024) daripada RM293 juta hingga RM323 juta kepada RM361 juta hingga RM379 juta.
![KPT lihat keperluan tambah tenaga pengajar politeknik, kolej komuniti KPT lihat keperluan tambah tenaga pengajar politeknik, kolej komuniti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719390587_DrZambryAbdulKadi.jpg)
KPT lihat keperluan tambah tenaga pengajar politeknik, kolej komuniti
Langkah itu bagi mengatasi masalah kekurangan tenaga pengajar selain mengambil kira beberapa bidang baharu yang bakal diperkenalkan.
![Para SUKMA: Jadikan kekurangan sebagai pemangkin raih kejayaan Para SUKMA: Jadikan kekurangan sebagai pemangkin raih kejayaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715152285_DatukSeriFatimahA.jpg)
Para SUKMA: Jadikan kekurangan sebagai pemangkin raih kejayaan
Setiap atlet perlu diberikan dorongan serta semangat agar dapat memberikan persembahan terbaik.
![KPKM mahu generasi muda ceburi sektor perikanan sebagai nelayan moden KPKM mahu generasi muda ceburi sektor perikanan sebagai nelayan moden](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51722375665_DatukArthurJoseph.jpg)
KPKM mahu generasi muda ceburi sektor perikanan sebagai nelayan moden
Penglibatan belia sangat penting kepada sektor perikanan negara bagi memastikan kelestarian sekuriti makanan negara.
![COVID-19: Dua dos vaksin berkesan melawan varian India - Kesihatan Awam UK COVID-19: Dua dos vaksin berkesan melawan varian India - Kesihatan Awam UK](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/51621818672_MattHancockDownin.jpg)
COVID-19: Dua dos vaksin berkesan melawan varian India - Kesihatan Awam UK
Data tersebut merupakan satu kejayaan yang diharap mendorong kerajaan untuk memansuhkan lebih banyak sekatan COVID-19 bulan depan.
![Varian COVID-19 UK lebih berbahaya - Kajian Varian COVID-19 UK lebih berbahaya - Kajian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/81615373821_COVID.jpg)
Varian COVID-19 UK lebih berbahaya - Kajian
Varian dikenali sebagai B.1.1.7 atau VOC-202012/01 itu sangat mudah merebak, malah mungkin lebih berbahaya.
![COVID-19: Auckland jalani perintah berkurung kedua bulan ini COVID-19: Auckland jalani perintah berkurung kedua bulan ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/81614479267_NewZealand.jpg)
COVID-19: Auckland jalani perintah berkurung kedua bulan ini
Langkah berkenaan diambil susulan satu kes baharu dikesan yang didapati telah dijangkiti selama seminggu namun tidak menjalani kuarantin.
![Satu lagi kes varian B.117 dikesan libatkan rakyat Malaysia - KP Kesihatan Satu lagi kes varian B.117 dikesan libatkan rakyat Malaysia - KP Kesihatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/51610186491_NoorHishamAbdullah.jpg)
Satu lagi kes varian B.117 dikesan libatkan rakyat Malaysia - KP Kesihatan
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata varian dikesan selepas kes pertama yang dilaporkan pada 9 Januari lalu.
![Kes COVID-19 varian UK dikesan di Malaysia - Dr Noor Hisham Kes COVID-19 varian UK dikesan di Malaysia - Dr Noor Hisham](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/51610185737_COVID.jpg)
Kes COVID-19 varian UK dikesan di Malaysia - Dr Noor Hisham
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini memaklumkan satu kes COVID-19 varian UK B.1.1.7 telah dikesan di Malaysia.