KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa terdapat percanggahan keterangan antara dua pakar perubatan mengenai punca kematian Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Zulfarhan Osman Zulkarnain, empat tahun lalu.
Peguam Amer Hamzah berkata keterangan pendakwaan berhubung punca kematian hanya berdasarkan keterangan saksi pendakwaan keenam (SP6), ahli pathologi dan pakar forensik Dr Salmah Arshad dari Hospital Serdang.
"Dalam keterangannya dan laporan bedah siasat. SP6 membuat kesimpulan bahawa punca kematian disebabkan kecederaan melecur teruk. Kesimpulan itu dipertikai oleh saksi pembelaan (SD19) Dr Rohayu Shahar, ketua Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh," katanya.
Beliau berkata demikian dalam penghujahan di akhir kes pembelaan melibatkan perbicaraan kes bunuh, bersubahat membunuh dan mencederakaan Zulfarhan.
Amer Hamzah berhujah Dr Rohayu menyatakan bahawa tiada kesinambungan atau hubung kait antara kecederaan melecur yang dialami oleh Zulfarhan dengan punca kematian yang ditimbulkan oleh Dr Salmah.
Peguam, yang mewakili tertuduh pertama dan kedua itu, masing-masing Muhammad Akmal Zuhairi Azmal dan Muhammad Azamuddin Mad Sofi, berkata Dr Rohayu menyatakan terdapat tanda-tanda jangkitan pada paru-paru si mati yang memerlukan siasatan lanjut oleh ahli patologi.
Sementara itu, Datuk Seri M. Ramachelvam, yang mewakili tertuduh keempat, Muhammad Afif Najmudin Azahat berhujah tiada keterangan bahawa terdapat 'pre-planning' (praperancangan) atau 'preconcert arrangement' (prasusunan) antara tertuduh lain dengan anak guamnya untuk mencederakan Zulfarhan.
"Maka, isu sama ada perbuatan tertuduh keempat merupakan niat bersama atau niat berbeza adalah isu utama yang harus diteliti dalam menentukan sama ada wujud niat bersama," katanya.
Pada 31 Julai, 2019, Mahkamah Tinggi memerintahkan 18 penuntut UPNM untuk membela diri atas tuduhan, bersuhabat membunuh dan mencederakan Zulfarhan.
Lima tertuduh - Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mod Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat dan Mohamad Shobirin Sabri didakwa membunuh Zulfarhan manakala Abdoul Hakeem Mohd Ali dituduh bersuhabat membunuh.
Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di bilik 04-10, blok penginapan asrama Jebat, UPNM antara jam 4.45 pagi hingga jam 5.45 pagi pada 22 Mei 2017.
Pertuduhan terhadap mereka dibuat mengikut Seksyen 302 dan 109 Kanun Keseksaan, sabit kesalahan boleh dihukum mati mandatori.
Mereka bersama 12 tertuduh lagi turut didakwa menyebabkan cedera terhadap mangsa bagi maksud hendak memerasnya bagi mendapatkan pengakuan mencuri komputer riba di bilik 03-05, blok penginapan asrama Jebat, UPNM antara jam 2.30 pagi dan 5.30 pagi, pada 21 Mei 2017.
Mereka ialah Mohd Hafiz Fauzan Ismail, Mohamad Lukhmanul Hakim Mohd Zain, Ahmad Shafwan Berdal, Muhammad Amirul Asraff Mala, Luqman Hakim Shamsuri, Muhammad Sufi Mohd Mustapha, Noriznan Izzairi Noor Azhar, Muhamad Ashraf Abdullah, Muhammad Danial Firdaus Azmir, Muhammad Hasif, Muhammad Adib Iman dan Mohamad Syazwan.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang sama, jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimun tujuh tahun dan denda.
Penghujahan di hadapan hakim Datuk Azman Abdullah disambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 29 2021

Amer Hamzah berhujah Dr Rohayu menyatakan bahawa tiada kesinambungan atau hubung kait antara kecederaan melecur yang dialami oleh Zulfarhan dengan punca kematian yang ditimbulkan oleh Dr Salmah. - Gambar fail
PM Anwar perkenal Taklimat Harian PMO untuk salur maklumat tepat kepada rakyat
Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah memberitahu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju memperkenalkan Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri.
Tujuan utaman taklimat ini adalah untuk memastikan rakyat menerima maklumat yang tepat dan sahih secara terus melalui sumber rasmi daripada Pejabat Perdana Menteri.
Melalui taklimat ini PMO akan menjelaskan isu semasa, dasar-dasar penting serta perkembangan terkini yang perlu diketahui oleh rakyat.
Tujuan utaman taklimat ini adalah untuk memastikan rakyat menerima maklumat yang tepat dan sahih secara terus melalui sumber rasmi daripada Pejabat Perdana Menteri.
Melalui taklimat ini PMO akan menjelaskan isu semasa, dasar-dasar penting serta perkembangan terkini yang perlu diketahui oleh rakyat.
Menteri letak jawatan kerana peruntukan bantuan dikurangkan
Menteri Pembangunan Antarabangsa Britain Anneliese Dodds meletak jawatan berikutan pengumuman kerajaan untuk memotong peruntukan bantuan bagi membiayai peningkatan perbelanjaan bidang pertahanan
Hanya Indonesia berpuasa hari ini
Umat Islam di Indonesia akan mula berpuasa pada Sabtu (1 Mac) manakala Singapura, Thailand dan Kemboja akan mula berpuasa pada Ahad (2 Mac).
Pemotongan bantuan AS jejas keselamatan global
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB), António Guterres, menzahirkan kebimbangan mendalam terhadap pemotongan besar dalam bantuan asing Amerika Syarikat, menyatakan bahawa langkah ini memberi kesan buruk kepada golongan paling terdedah di seluruh dunia.
Guterres menegaskan bahawa pemotongan ini menjadikan dunia kurang sihat, kurang selamat, dan kurang makmur.
Guterres menegaskan bahawa pemotongan ini menjadikan dunia kurang sihat, kurang selamat, dan kurang makmur.
Wanita Jepun maut jatuh kondominium di Subang Jaya
Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Wan Azlan Wan Mamat berkata mangsa berusia 50-an ditemui meninggal dunia dalam keadaan meniarap di atas tanah oleh anggota polis peronda yang ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan MERS 999.
Dividen KWSP dijangka lebih 6 peratus - Penganalisis
Penganalisis dan pakar ekonomi menjangkakan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan mengumumkan kadar dividen bagi 2024 dalam julat 6.0 hingga 6.2 peratus, didorong oleh keadaan ekonomi global serta domestik yang memberangsangkan.
Dataran Merdeka hingga carcosa seri negara jadi tapak warisan Kuala Lumpur - Anwar
Kawasan Dataran Merdeka sehingga Carcosa Seri Negara akan dijadikan Tapak Warisan Kuala Lumpur.

SPRM tahan seorang wartawan bagi membantu siasatan kes rasuah
Azam berkata penahanan wartawan itu dibuat berhubung dakwaan kes rasuah, bukannya mengenai sebarang laporan berita yang ditulisnya.
AWANI Ringkas: PM hargai Kerajaan Perpaduan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

80 rumah setinggan terbakar, 669 penduduk tinggal sehelai sepinggang
Jumlah awal mangsa yang terjejas adalah seramai 669 orang terdiri daripada 139 keluarga.

Diarah bela diri adakah bermaksud bersalah? Ini penjelasan peguam
Bagi mengelakkan orang ramai daripada sebarang salah faham, peguam Mohd Redzuan Mohamed Yusoff tampil memberikan penjelasan berhubung perkara ini.