BANDAR PERMAISURI: Polis Diraja Malaysia (PDRM) meminta semua pihak bertenang dan memberi ruang kepada polis untuk menjalankan siasatan terperinci berhubung kes bunuh kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin.
Ketua Polis Negara Tan Sri Razaruddin Husain berkata polis masih menjalankan siasatan lanjut terhadap ibu bapa kanak-kanak itu, yang ditahan di sekitar Puncak Alam Jumaat lepas.
Beliau berkata selain ibu bapa kanak-kanak berumur enam tahun itu, tiada tangkapan lain dilakukan dan polis masih mencari petunjuk lain bagi membantu siasatan.
"(Ibu bapa mangsa) masih direman tujuh hari, bagi (masa) polis Selangor untuk siasat. Buat masa ini itu sahaja dan kita akan terus siasat," katanya ketika ditemui Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah Kejohanan Kuda Lasak (Terbuka) Piala Ketua Polis Negara 2024 di Terengganu International Endurance Park Lembah Bidong, hari ini.
Mayat Zayn Rayyan ditemui di kawasan anak sungai berhampiran kawasan kediamannya di Damansara Damai pada pukul 10 malam 6 Dis lepas, sehari selepas dilaporkan hilang, dan berdasarkan bedah siasat, kanaka-kanak itu dipercayai dibunuh.
Sementara itu pelumba dari kelab Royal Kelantan Endurance, Mohd Aminuddin Ali muncul juara kategori utama Piala Ketua Polis Negara 2024, dan membawa pulang piala, sijil kemenangan serta wang tunai RM3,000.
Tempat kedua juga dimenangi pelumba dari Royal Kelantan Endurance Muhamad Faisal Mohd Ashari manakala di tempat ketiga, pelumba Royal Terengganu Endurance Stable Mohd Bukhari Rozali.
Muhammad Faisal membawa pulang sijil penyertaan dan wang tunai RM2,500 manakala Mohd Bukhari menerima sijil penyertaan dan wang tunai berjumlah RM1,500.Hadiah-hadiah disampaikan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar. Turut hadir Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Khairi Khairudin.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 02 2024
![Kes bunuh Zayn Rayyan: Beri ruang polis siasat - KPN Kes bunuh Zayn Rayyan: Beri ruang polis siasat - KPN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51717303469_TanSriRazaruddin.jpg)
Razaruddin berkata polis masih menjalankan siasatan lanjut terhadap ibu bapa kanak-kanak itu, yang ditahan di sekitar Puncak Alam Jumaat lepas. - Foto Bernama
Grab dan GoTo percepat perbincangan penggabungan bagi atasi kerugian
Grab Holdings Ltd dan GoTo Group mempercepatkan perbincangan penggabungan dan mensasarkan untuk memeterai perjanjian tahun ini juga, bagi mengatasi kerugian yang berlarutan dalam pasaran Internet yang sangat sengit di Asia Tenggara.
![Agong jalani rawatan di luar negara - Istana Negara Agong jalani rawatan di luar negara - Istana Negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738891696_SultanIbrahimSulta.jpg)
Agong jalani rawatan di luar negara - Istana Negara
Istana Negara memaklumkan perkara itu telah disembah maklum kepada Majlis Raja-Raja dan Kerajaan Persekutuan.
Malaysia Berpotensi Jadi Hab Semikonduktor Global
Menurut Pengarah & Penganalisis, Research Institute for Indonesia, Thailand and Singapore (ITS) Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Md Shukri Shuib.. ini kerana industri semikonduktor di negara ini berjaya menunjukkan kemajuan yang pesat sehingga mampu mengatasi negara Taiwan.
![Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41735562009_ringgitduit.jpg)
Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS
Pada 8 pagi, ringgit mengukuh kepada 4.4230/4375 berbanding dolar AS daripada 4.4320/4385 semasa ditutup pada Khamis.
![Permohonan UPU sesi 2025/2026 dibuka 10 Feb - KPT Permohonan UPU sesi 2025/2026 dibuka 10 Feb - KPT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/51695453945_PelajarUniversiti.jpg)
Permohonan UPU sesi 2025/2026 dibuka 10 Feb - KPT
Permohonan kemasukan pelajar bagi Sesi Akademik 2025/2026 melalui UPUOnline dibuka mulai 10 Februari hingga 14 Mac 2025 untuk Fasa Pertama.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [7 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Jurutera dipercayai maut dalam nahas helikopter di Jalan Lama KL - Bentong
- KPM sasar lima tahun laksana sekolah satu sesi seluruh negara - Fadhlina
- Polis Indonesia sahkan pempengaruh Malaysia buat cerita palsu
- Jurutera dipercayai maut dalam nahas helikopter di Jalan Lama KL - Bentong
- KPM sasar lima tahun laksana sekolah satu sesi seluruh negara - Fadhlina
- Polis Indonesia sahkan pempengaruh Malaysia buat cerita palsu
![NCAA larang wanita transgender sertai acara sukan sehari selepas perintah eksekutif Trump NCAA larang wanita transgender sertai acara sukan sehari selepas perintah eksekutif Trump](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738889455_TBNCAA.jpg)
NCAA larang wanita transgender sertai acara sukan sehari selepas perintah eksekutif Trump
"Seorang atlet pelajar yang ditetapkan sebagai lelaki semasa lahir tidak dibenarkan bertanding dalam pasukan wanita."
![Piala EFL: Pesona Salah bawa Liverpool ke final Piala EFL: Pesona Salah bawa Liverpool ke final](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738888349_CarabaoCup.jpg)
Piala EFL: Pesona Salah bawa Liverpool ke final
Pasukan bimbingan Ange Postecoglou tidak dapat mengekang The Reds untuk ke final dengan kelebihan agregat 4-1.
![[KOLUMNIS] Perjuangan tanpa henti Malaysia bela nasib Palestin, bangunkan semula Gaza [KOLUMNIS] Perjuangan tanpa henti Malaysia bela nasib Palestin, bangunkan semula Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738854256_AnwarIbrahimPales.jpg)
[KOLUMNIS] Perjuangan tanpa henti Malaysia bela nasib Palestin, bangunkan semula Gaza
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memainkan peranan penting dalam memperjuangkan Palestin di peringkat global.
!['Gaza bukan milik Israel, Gaza milik Palestin' - Bekas PM Israel 'Gaza bukan milik Israel, Gaza milik Palestin' - Bekas PM Israel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738886338_TBEhudOlmert.jpg)
'Gaza bukan milik Israel, Gaza milik Palestin' - Bekas PM Israel
Ehud Olmert tolak cadangan Donald Trump untuk "mengambil alih" Gaza.
![MCMC mohon TikTok, Telegram turun kandungan didakwa kertas siasatan kes Zayn Rayyan MCMC mohon TikTok, Telegram turun kandungan didakwa kertas siasatan kes Zayn Rayyan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61711688080_MCMC.jpg)
MCMC mohon TikTok, Telegram turun kandungan didakwa kertas siasatan kes Zayn Rayyan
MCMC telah mengenal pasti beberapa laman media sosial yang memaparkan maklumat siasatan didakwa berkaitan kes pembunuhan kanak-kanak austistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin.
![Kes bunuh Zayn Rayyan: Tiada perkembangan baharu - Ayob Khan Kes bunuh Zayn Rayyan: Tiada perkembangan baharu - Ayob Khan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703827108_AyobKhanMydinPitc.jpg)
Kes bunuh Zayn Rayyan: Tiada perkembangan baharu - Ayob Khan
Ayob Khan menegaskan pihaknya tidak pernah menghentikan siasatan ke atas kes berkenaan.
![Kes bunuh Zayn Rayyan: Masih menjejak suspek, beri polis ruang untuk siasat - Ketua Polis Negara Kes bunuh Zayn Rayyan: Masih menjejak suspek, beri polis ruang untuk siasat - Ketua Polis Negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41701428445_RazarudinHusain.jpg)
Kes bunuh Zayn Rayyan: Masih menjejak suspek, beri polis ruang untuk siasat - Ketua Polis Negara
Razarudin berkata setakat ini polis melakukan pemeriksaan rumah ke rumah melibatkan 280 buah.
![Pembunuhan Zayn Rayyan: Taman permainan di Apartment Idaman lengang Pembunuhan Zayn Rayyan: Taman permainan di Apartment Idaman lengang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702204651_TBZAYNPENDUDUK.jpg)
Pembunuhan Zayn Rayyan: Taman permainan di Apartment Idaman lengang
Susulan pembunuhan Zayn Rayyan, kanak-kanak tidak lagi berani untuk turun bermain di taman permainan yang terletak berhampiran Blok R.