TAWAU: Seorang pegawai polis hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa sepasang kasut kanak-kanak berwarna merah jambu antara barang ditemukan dalam sebuah kereta Perodua Myvi berwarna putih yang diperiksanya, pada 17 Jan tahun lepas.
Insp Saizul Farhan Mahali, 38, yang bertugas sebagai Pegawai Siasatan Tempat Kejadian, Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah berkata selain kasut itu yang ditemukan di bawah tempat duduk penumpang belakang sebelah kiri kenderaan, turut djumpai dalam kereta berkenaan ialah cermin mata hitam dan sehelai tuala berwarna kelabu.
Menurut saksi pendakwaan ke-21 itu, beliau menjalankan pemeriksaan pada kenderaan terbabit selepas dimaklumkan oleh Pegawai Penyiasat ASP Yusman Shahri Marinsah berkaitan penemuan satu mayat lelaki di Jalan Anjur Juara Batu 5, Jalan Apas, Tawau.
Pada prosiding sebelum ini, Ketua Polis Daerah Tawau ACP Jasmin Hussin memberitahu mahkamah bahawa beliau melihat keadaan mayat (Nurman) dalam kedudukan terlentang di sebelah kiri kereta Myvi berwarna putih.
Menurut Jasmin yang merupakan saksi pendakwaan kelapan, beliau ke lokasi kejadian (ladang kelapa sawit) pada 16 Jan 2023.
Sementara itu, Saizul Farhan berkata beliau dan pasukan bertolak ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau pada 17 Jan 2023, 7 pagi dan tiba pada 4 petang dan telah pergi ke tempat letak kereta IPD Tawau dan mendapati sebuah kenderaan telah dipasang pita rintangan polis.
"Kenderaan itu adalah Myvi berwarna putih nombor pendaftaran SAA7841W.
Saya dimaklumkan oleh ASP Yusman bahawa kereta itu telah ditarik dari tempat kejadian hingga ke IPD Tawau manakala mayat telah dibawa ke Hospital Tawau untuk tindakan lanjut," katanya pada hari ketujuh perbicaraan kes bunuh pemandu e-hailing Nurman Bakaratu membabitkan lapan tertuduh iaitu bekas Ketua Staf Perisikan Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) Datuk Mat Zaki Md Zain, enam anggota polis dan seorang awam.
Rosdi Rastam, 45, Denis Anit, 45, Fabian Rungam, 44, Khairul Azman Bakar, 47, Mohd Azlan Sakaran, 40, John Kennedy Sanggah, 44, dan Vivien Fabian, 34, didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah ladang kelapa sawit berdekatan Jalan Anjur Juara, Jalan Apas Batu 5 di sini, antara 7.30 hingga 11.30 malam pada 13 Januari tahun lepas.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.
Mat Zaki, 59, pula berdepan dua pertuduhan iaitu bersubahat membunuh Nurman, 61, mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 302 kanun sama.
Ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Lina Hanini Ismail, Saizul Farhan berkata pada hari berkenaan (17 Jan), beliau turut membuat swab darah pada pemegang pintu sebelah dalam bahagian pemandu kereta Myvi itu dan tempat duduk penumpang hadapan sebelah pemandu.
Katanya beliau juga membuat swab asid deoksiribonukleik (DNA) pada bahagian stereng kereta, kepala gear, pemegang brek tangan serta pembuka dan pemegang pintu kiri bahagian depan sebelah pemandu.
Menurut Saizul Farhan, pada 25 Jan 2023, beliau diarahkan sekali lagi untuk memeriksa kereta berkenaan dan mengambil selipar berwarna hitam sebelah kanan di bawah tempat duduk pemandu, satu botol air mineral, topi dalam poket tempat duduk penumpang belakang sebelah kiri, kesan cap jari pada permukaan cermin pintu sebelah dalam tempat duduk penumpang hadapan dan kesan cap jari pada bahagian bingkai pintu kereta selain merakam gambar keseluruhan bahagian kenderaan itu.
"Kesemua barang kes yang diambil diserahkan kepada pegawai penyiasat," katanya.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Duncan Sikodol bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 24 2024
![Kes bunuh Nurman: Kasut merah jambu ditemukan dalam kereta Myvi putih Kes bunuh Nurman: Kasut merah jambu ditemukan dalam kereta Myvi putih](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51706106750_MahkamahTinggi.jpg)
Enam anggota polis tiba di Mahkamah Tinggi Tawau bagi perbicaraan kes bunuh pemandu e-hailing Nurman Bakaratu membabitkan lapan tertuduh termasuk bekas Ketua Staf Perisikan ESSCOM Datuk Mat Zaki Md Zain. - Gambar fail/BERNAMA
![Annuar Musa balas sindiran Ahmad Jazlan Annuar Musa balas sindiran Ahmad Jazlan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720253591_AhmadJazlanYaakub.jpg)
Annuar Musa balas sindiran Ahmad Jazlan
Annuar membalas sindiran dilakukan Pengerusi UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub yang mendakwa dirinya umpama kemuncup di seluar dalam.
![Anwar beri sumbangan bantu kos pembedahan, rawatan pesakit asma dan resdung kronik Anwar beri sumbangan bantu kos pembedahan, rawatan pesakit asma dan resdung kronik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720254877_AnwarIbrahim.jpg)
Anwar beri sumbangan bantu kos pembedahan, rawatan pesakit asma dan resdung kronik
Perdana Menteri menyampaikan sumbangan kepada reformis Henry Albert, untuk membantu meringankan beban kos pembedahan segera anaknya.
AWANI Ringkas: Mara Inc terlampau melabur
AWANI Ringkas
![Cip Apple M5 akan digunakan pada pelayan AI Cip Apple M5 akan digunakan pada pelayan AI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720237392_CipAppleM.jpg)
Cip Apple M5 akan digunakan pada pelayan AI
Apple M5 adalah cip yang akan dihasilkan oleh TSMC dengan teknologi SoIC iaitu System on Integrated Chip yang menggunakan rekaan 3D untuk aliran elektrik yang lebih baik berbanding rekaan 2D. Cip baha
Masoud Pezeshkian tewaskan Saeed Jalili dalam Pilihan Raya Presiden Iran
Calon Reformis tunggal, Masoud Pezeshkian dilaporkan memenangi Pilihan Raya Presiden Iran selepas berjaya mengatasi Saeed Jalili. Menerusi proses pengundian pusingan kedua atau penentuan itu, Pezeshkian berjaya memperoleh 16.3 juta undi berbanding Jalili yang memungut sekitar 13.5 juta undi.
Pelaburan melampau punca kerugian RM286.3 juta
Pelaburan melampau antara yang menyebabkan Mara Incorporated kerugian RM286.3 juta.
Malaysia sasar kekal kedudukan 10 teratas - Saifuddin
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata pihaknya difahamkan bahawa penyelesaian telah dicapai antara DOJ dan ahli perniagaan dalam buruan itu, dan ia menjadi urusan kedua-dua pihak terbabit.
Calon PH punyai kelebihan ekoran gelombang hijau mereda
Perwatakan, dan pembawaaan kedua-dua calon Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) bagi PRK DUN Sungai Bakap mempunyai kekuatan tersendiri.
![PRK Sungai Bakap: 57.77 peratus sudah mengundi setakat 4 petang PRK Sungai Bakap: 57.77 peratus sudah mengundi setakat 4 petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720235260_PRKSungaiBakap.jpg)
PRK Sungai Bakap: 57.77 peratus sudah mengundi setakat 4 petang
Sebanyak 57.77 peratus pengundi bagi PRK Sungai Bakap telah menunaikan tanggungjawab mereka setakat 4 petang ini.
Golongan asnaf Wilayah Persekutuan terima RM500 juta
Sejumlah RM500 juta telah disalurkan kepada sekitar 27,000 golongan asnaf dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar, sumbangan itu sekaligus mencerminkan komitmen kerajaan melalui Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) untuk membasmi kemiskinan dalam kalangan umat Islam negara ini.
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar, sumbangan itu sekaligus mencerminkan komitmen kerajaan melalui Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) untuk membasmi kemiskinan dalam kalangan umat Islam negara ini.
![Kes bunuh Nurman: Kasut merah jambu ditemukan dalam kereta Myvi putih Kes bunuh Nurman: Kasut merah jambu ditemukan dalam kereta Myvi putih](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51706106750_MahkamahTinggi.jpg)
Kes bunuh Nurman: Kasut merah jambu ditemukan dalam kereta Myvi putih
Seorang pegawai polis hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa sepasang kasut kanak-kanak berwarna merah jambu antara barang ditemukan dalam sebuah kereta Perodua Myvi berwarna putih yang d