GOMBAK : Polis menahan lima lagi individu termasuk dipercayai dalang utama yang disyaki terlibat dalam kes pembunuhan seorang lelaki yang mayatnya ditemukan ditanam dalam belukar belakang sebuah kawasan kediaman dekat Sungai Choh di Rawang, Sabtu lalu.
Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Noor Ariffin Mohd Nasir berkata, dengan penahanan itu ia menjadikan kesemuanya lapan suspek yang ditahan setakat ini berhubung kes itu.
Beliau memberitahu, dalam serbuan pertama, polis menahan tiga inidvidu termasuk dua perempuan di Apartment Desa Aman Puri, Kepong kira-kira pukul 4.40 petang, pada Ahad.
"Susulan daripada penahanan itu, polis menahan dua lagi lelaki masing-masing di Pusat Perdagangan Alam Jaya, Bandar Puncak Alam dan Sungai Choh antara pukul 6.15 petang dan 11 malam, pada hari sama," katanya dalam kenyataan di sini, pada Isnin.
Noor Ariffin menambah kesemua lima suspek yang berusia 19 hingga 45 tahun itu ditahan reman tujuh hari bagi membolehkan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dijalankan.
Beliau turut menegaskan siasatan awal mendapati, teman wanita mangsa tidak terlibat dalam kejadian itu.
Justeru katanya, penahanan itu tidak melibatkan wanita itu.
Menurutnya, mangsa adalah rakan kepada salah seorang suspek wanita yang ditahan di Apartment Desa Aman Puri, Kepong.
Mengulas lanjut Noor Ariffin memberitahu, hasil bedah siasat yang dijalankan mendapati terdapat kesan kecederaan dan lebam di kepala dan badan mangsa.
"Namun kita masih lagi menunggu ujian makmal untuk mengesahkan punca kematian," jelasnya.
Media sebelum ini melaporkan, seorang wanita ketika berada di rumahnya mendakwa terdengar bunyi pergaduhan di rumah yang dipercayai mangsa dibunuh kira-kira pukul 11 pagi, Sabtu.
Kira-kira pukul 5 petang hari sama, wanita tersebut terdengar perbualan antara suami dan abang iparnya yang meminta bantuan untuk menanam satu mayat.
Dia kemudian melaporkan perkara itu kepada polis yang membawa kepada penahanan tiga individu termasuk suami pengadu.
Umavathi Ramayah
Mon Dec 25 2023
![Kes bunuh dan tanam: Lima lagi termasuk dalang utama ditahan Kes bunuh dan tanam: Lima lagi termasuk dalang utama ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51703492022_IPDGombak.jpg)
Noor Ariffin Mohd Nasir menegaskan siasatan awal mendapati, teman wanita mangsa tidak terlibat dalam kejadian itu. - Gambar fail/IPD Gombak
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Wanita curi duit semasa kenduri ditahan, ada 10 rekod jenayah
Seorang wanita berusia 61 tahun yang menyamar sebagai tetamu dan mencuri beg tangan berisi wang RM2,500 ketika majlis perkahwinan di Pasir Mas, Kelantan pada 1 Februari lalu berjaya diberkas polis.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 Februari 2025.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Akibat lewat bayar gaji, penyelia kedai runcit maut ditetak pekerja Akibat lewat bayar gaji, penyelia kedai runcit maut ditetak pekerja](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739626080_TetakMautShahAl.jpg)
Akibat lewat bayar gaji, penyelia kedai runcit maut ditetak pekerja
Disebabkan pertengkaran akibat kelewatan pembayaran gaji, seorang penyelia kedai runcit ditetak berkali-kali menggunakan pisau pemotong daging oleh pekerjanya di hadapan deretan kedai di Shah Alam.
![Lelaki dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan membunuh ibu mentua Lelaki dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan membunuh ibu mentua](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739340326_TBBUNUHEMAK.jpg)
Lelaki dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan membunuh ibu mentua
Seorang lelaki dituduh membunuh ibu mentuanya yang juga seorang warga emas di sebuah rumah di Taman Sri Skudai pada awal bulan ini.
![Siasatan kematian tahanan Penjara Taiping masih berjalan - Saifuddin Nasution Siasatan kematian tahanan Penjara Taiping masih berjalan - Saifuddin Nasution](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739272819_SaifuddinNasutionI.jpg)
Siasatan kematian tahanan Penjara Taiping masih berjalan - Saifuddin Nasution
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
![Lelaki, teman wanita didakwa bunuh ibu kandung Lelaki, teman wanita didakwa bunuh ibu kandung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739170755_bunuhibutemanwan.jpg)
Lelaki, teman wanita didakwa bunuh ibu kandung
Seorang lelaki dan teman wanitanya dihadapkan dituduh membunuh ibu kandungnya, dua minggu lepas.
![Tahanan mati di Penjara Taiping: Polis rakam keterangan pegawai penjara, banduan Tahanan mati di Penjara Taiping: Polis rakam keterangan pegawai penjara, banduan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737971463_tbDCPZulkafliSaria.jpg)
Tahanan mati di Penjara Taiping: Polis rakam keterangan pegawai penjara, banduan
Polis setakat ini telah merakam keterangan dua pegawai Penjara Taiping serta 80 banduan berkaitan kes seorang banduan meninggal dunia dipercayai dipukul oleh warden penjara berkenaan.
![Ibu dan teman lelaki disyaki dera kanak-kanak berusia tujuh tahun hingga mati ditahan Ibu dan teman lelaki disyaki dera kanak-kanak berusia tujuh tahun hingga mati ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/51696154036_MohdAzamIsmailKe.jpg)
Ibu dan teman lelaki disyaki dera kanak-kanak berusia tujuh tahun hingga mati ditahan
Seorang wanita dan teman lelakinya ditahan kerana disyaki mendera seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun sehingga meninggal dunia di sebuah rumah di Taman Bukit Ampang dekat sini semalam.
![Tiada rakaman kejadian, kamera papan pemuka Ativa ada kesan pernah diakses - Saksi Tiada rakaman kejadian, kamera papan pemuka Ativa ada kesan pernah diakses - Saksi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41733326400_TBMohdNazri.jpg)
Tiada rakaman kejadian, kamera papan pemuka Ativa ada kesan pernah diakses - Saksi
ASP S. Dasarathan, 46, yang merupakan saksi pendakwaan ke-33 berkata ia berdasarkan laporan analisis forensik oleh ASP Nur Fairuz Idris terhadap barang kes bertanda AC5.
![Mayat ditemui di Rawang dipercayai warga asing Mayat ditemui di Rawang dipercayai warga asing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51735894225_PolisLogo.jpg)
Mayat ditemui di Rawang dipercayai warga asing
Mayat yang ditemui tanpa dokumen pengenalan diri di tepi jalan kawasan hutan, Jalan Perkuburan, Bandar Country Homes, Rawang pada Khamis lalu dipercayai milik seorang wanita warga asing.
![PDRM diarah lengkapkan semula kertas siasatan pembunuhan Yap Xin Yuan PDRM diarah lengkapkan semula kertas siasatan pembunuhan Yap Xin Yuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61735804499_YapXinYuanhilang.jpg)
PDRM diarah lengkapkan semula kertas siasatan pembunuhan Yap Xin Yuan
Polis mendapat arahan daripada Pejabat Pendakwa Raya untuk melengkapkan semula kertas siasatan berhubung kes pembunuhan seorang remaja berusia 15 tahun, Yap Xin Yuan.
![Kes bunuh pelajar vokasional: Mangsa dipaksa mengaku mencuri - Pegawai polis Kes bunuh pelajar vokasional: Mangsa dipaksa mengaku mencuri - Pegawai polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81733392385_kesbunuhpelajarv.jpg)
Kes bunuh pelajar vokasional: Mangsa dipaksa mengaku mencuri - Pegawai polis
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan, yang ditemukan mati pada Mac lepas, dipaksa mengaku mencuri selepas dipukul.