KUALA LUMPUR: Tiga tertuduh dalam kes pembunuhan Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund, Nazrin Hassan, iaitu Samirah Muzaffar, 47 tahun, dan dua remaja yang juga merupakan anak tiri Nazrin, dilihat tiba di perkarangan Mahkamah Tinggi Shah Alam kira-kira 9.10 pagi ini.
Samirah bersama dua remaja berkenaan, masing-masing berusia 16 dan 19 tahun, dilihat tiba sambil diiringi barisan peguam serta ahli keluarga.
Terdahulu, berlaku kekecohan apabila peguam cuba menghalang petugas media untuk mengambil gambar anak guamnya, sehingga mengakibatkan pergaduhan mulut dan juga secara fizikal.
Ketika ini, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ab Karim Ab Rahman sedang membacakan hasil dapatan bagi menentukan keputusan terhadap Samirah, dua remaja berkenaan, serta seorang lagi yang masih bebas.
Media sebelum ini melaporkan, sekiranya keputusan mahkamah berpihak kepada pendakwaan, yakni mahkamah mendapati terdapat kes prima facie terhadap Samirah dan dua remaja itu, maka mereka akan dipanggil untuk membela diri.
Jika keputusan adalah sebaliknya, ketiga-tiga tertuduh itu akan dilepas dan dibebaskan, maka bergantung kepada pihak pendakwaan untuk membuat rayuan.
Pada 14 Feb lepas, pihak pendakwaan menutup kes mereka selepas memanggil 57 saksi termasuk abang dan kakak si mati, Dr Abdul Aziz, Dr Malek Reedzwan dan Che Elainee; Pengarah Jabatan Bomba Kuala Lumpur Edwin Galan Anak Teruki; Pegawai Forensik Patologi Hospital Kuala Lumpur Dr Siew Sheue Feng; Dr Prashant Sanberker serta pengawal keselamatan kediaman si mati Raju Kumar Pandit.
Perbicaraan tersebut bermula pada 6 Sept 2019.
Samirah serta dua remaja lelaki masing-masing berusia 19 dan 16 tahun dan seorang warga Indonesia yang masih bebas Eka Wahyu Lestari didakwa membunuh Nazrin, 47 tahun, di sebuah rumah di Mutiara Damansara antara 11.30 malam 13 Jun 2018 dan 4 pagi 14 Jun 2018.
Firdaus Azil
Tue Jun 21 2022
![Kes bunuh CEO Cradle Fund: Samirah, dua remaja tiba di mahkamah 9.10 pagi Kes bunuh CEO Cradle Fund: Samirah, dua remaja tiba di mahkamah 9.10 pagi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/81655777152_SamirahMuzaffar.jpg)
Samirah ketika tiba di Mahkamah Tinggi Shah Alam pagi ini. - Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Malaysia belajar Dasar Bandar Hijau dengan Turkiye - DBKL
Wanita Pertama Turkiye, Emine Erdogan meluangkan masa kira-kira satu jam melawat Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur pada Selasa.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Kematian tahanan: Siasatan masih berjalan - Saifuddin
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan.
10 Berita Pilihan - (11 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 12 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kumpulan aktivis Thailand khuatir Trump kembalikan penyedut minuman plastik
Beberapa aktivis alam sekitar di Thailand kecewa dan bimbang susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangi perintah eksekutif untuk mengembalikan penggunaan straw plastik.
Trump isytihar "perang" terhadap penyedut kertas
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengisytiharkan perang terhadap penyedut kertas dan mahu mengembalikan penggunaan plastik.
Data kanak-kanak British maut mungkin telah dipadamkan Tiktok
Keluarga kanak-kanak berusia antara 12 higga 14 tahun itu telah menfailkan saman terhadap Tiktok dan syarikat induknya, Bytedance dalam usaha memaksa syarikat tersebut mendedahkan data anak-anak mereka.
Kanak-kanak 8 tahun maut ditikam guru di sekolah
Seorang guru menikam murid perempuan berusia lapan tahun hingga maut di sebuah sekolah rendah di Korea Selatan pada Isnin, menurut laporan media tempatan yang memetik pihak berkuasa.
Kenyataan Trump sangat 'berbahaya dan gila'- Penduduk Palestin
Kebimbangan penduduk rakyat Palestin di Tebing Barat disuarakan terhadap kenyataan terbaru Presiden Amerika Syarikat.
Tebusan dibebaskan jika hormati gencatan senjata - Hamas
Tebusan Israel hanya akan dibebaskan dari Gaza jika perjanjian gencatan senjata antara Hamas-Israel dihormati.
![Polis sahkan terima laporan pergaduhan di lobi mahkamah Polis sahkan terima laporan pergaduhan di lobi mahkamah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/81655823853_peguamsamirahdihen.jpg)
Polis sahkan terima laporan pergaduhan di lobi mahkamah
Menurut ACP Mohd Iqbal Ibrahim, laporan polis itu dibuat oleh kedua-dua pihak dan kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan.
![Kronologi kes pembunuhan CEO Cradle Fund, Nazrin Hassan Kronologi kes pembunuhan CEO Cradle Fund, Nazrin Hassan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/41655804810_SamirahMuzaffarke.jpg)
Kronologi kes pembunuhan CEO Cradle Fund, Nazrin Hassan
Samirah Muzaffar dan dua remaja hari ini dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan membunuh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund Nazrin Hassan, empat tahun lepas.
![Cradle Fund: Saksi pendakwaan tukar keterangan mengenai petrol - Peguam Cradle Fund: Saksi pendakwaan tukar keterangan mengenai petrol - Peguam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/41649862257_CradleFund.jpg)
Cradle Fund: Saksi pendakwaan tukar keterangan mengenai petrol - Peguam
Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata Aznor Sheda Shamsuddin, saksi ke-14 pendakwaan (PW14) menukar keterangannya selepas dipanggil semula pada tahun ini buat kali kedua.
![Cradle Fund: Samirah kemuka bantahan kepada KWSP berhubung penama Nazrin - Saksi Cradle Fund: Samirah kemuka bantahan kepada KWSP berhubung penama Nazrin - Saksi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/81615995600_TBCRADLE.jpg)
Cradle Fund: Samirah kemuka bantahan kepada KWSP berhubung penama Nazrin - Saksi
Berdasarkan rekod KWSP, penamaan bagi caruman kredit ahli KWSP bernama Nazrin Hassan dinamakan atas nama Eza Shafina Dzulkarnain, 47, yang dibuatnya pada 13 Januari 2011.
![Cradle Fund: Tiga serpihan anak panah dijumpai Cradle Fund: Tiga serpihan anak panah dijumpai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/61614698597_CradleFund.jpg)
Cradle Fund: Tiga serpihan anak panah dijumpai
Tiga serpihan batang anak panah dijumpai di halaman rumah didiami Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund itu.
![Cradle Fund: Balu Nazrin tidak bagi kerjasama pada awal penyiasatan ST Cradle Fund: Balu Nazrin tidak bagi kerjasama pada awal penyiasatan ST](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/51608553903_CradleFund.jpg)
Cradle Fund: Balu Nazrin tidak bagi kerjasama pada awal penyiasatan ST
Peguam bela Rahmat Hazlan berkata, tertuduh pertama kes pembunuhan Nazrin itu, Samirah Muzaffar dimaklumkan sedemikian oleh pegawai JBPM Selangor, Hafisham Mohd Noor.
![Mayat CEO Cradle Fund ditemui di penjuru katil dan berdarah - Saksi Mayat CEO Cradle Fund ditemui di penjuru katil dan berdarah - Saksi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-06/81529038641_CradleFund.jpg)
Mayat CEO Cradle Fund ditemui di penjuru katil dan berdarah - Saksi
Nazrin yang merupakan jurugambar di IPD Petaling Jaya berkata beliau turut melihat darah di bawah dan sekeliling mayat tersebut.
![Adik ipar Nazrin, suami dilepaskan daripada reman Adik ipar Nazrin, suami dilepaskan daripada reman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-08/71534231411_RumahNazrin.jpg)
Adik ipar Nazrin, suami dilepaskan daripada reman
Suspek yang ditahan reman itu merupakan adik ipar Nazrin dan suaminya.