IPOH: Polis sudah melengkapkan siasatan berkaitan kes buli di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK), Kuala Kangsar.
Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, kertas siasatan yang sudah dilengkapkan itu diserahkan kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya pada Isnin.
"Siasatan telah pun selesai dan kertas siasatan juga sudah diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan selanjutnya.
"Siasatan kes tersebut dijalankan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan," katanya ketika dihubungi di sini pada Rabu.
Sebelum ini, tular di laman Instagram pada Jumaat yang memaparkan seorang pelajar sekolah dimasukkan ke hospital dipercayai dibuli senior.
Turut tular sepucuk surat rayuan terhadap keputusan hukuman disiplin terhadap pelaku-pelaku yang diminta berkelakuan baik, dirotan dan membuat kerja amal di sekolah.
Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Omar Bakhtiar Yaacob dalam kenyataannya polis sudah membuka kertas siasatan selepas menerima laporan pada 24 September lalu.
Dalam kejadian itu, tiga pelajar lelaki tingkatan empat dikatakan telah dipukul empat pelajar tingkatan lima dan mangsa telah dibawa ke Hospital Kuala Kangsar untuk rawatan lanjut.
Sementara itu, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) MCKK menyelar tindakan ahli keluarga pelajar yang menularkan kejadian buli itu dan dianggap memberi imej buruk kepada sekolah berprestij itu.
Sinar Harian
Wed Nov 08 2023
Mohd Yusri Hassan Basri berkata, kertas siasatan yang sudah dilengkapkan itu diserahkan kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya pada Isnin.- Gambar Sinar Harian
Jual Saham MAHB: Langkah tidak adil, bertentangan kepentingan negara - Hamzah
Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Hamzah Zainudin, hari ini menyatakan bantahan tegas terhadap cadangan penjualan saham Malaysia Airport Holding Berhad (MAHB) kepada pihak luar.
Dua maut motosikal terbabas di lebuh raya
Dua maut motosikal terbabas di lebuh raya
Penganjur mohon maaf, dikompaun RM10,000
Penganjur majlis makan malam sebuah syarikat perlombongan yang didakwa menampilkan persembahan tarian mencolok mata di Tanah Merah, Sabtu lalu, dikenakan kompaun sebanyak RM10,000 oleh Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM).
Kerajaan mulakan kajian semula anti lambakan ke atas import besi
Kerajaan telah memulakan kajian semula pentadbiran terhadap duti anti lambakan yang dikenakan terhadap import besi atau keluli bukan aloi gegelung gulungan sejuk.
Agong, Permaisuri ucap selamat Hari Krismas
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Krismas kepada masyarakat beragama Kristian di Malaysia.
Suri rumah rugi RM147,753 terperdaya kerja dalam talian
Seorang suri rumah kerugian RM147, 753 selepas menjadi mangsa penipuan tawaran kerja sambilan menerusi aplikasi media sosial.
Tsunami 20 tahun: Aceh siap siaga dengan ilmu bencana dan kearifan lokal
Tsunami yang melanda aceh pada 26 Disember 2004 meragut lebih 130 ribu jiwa, menghancurkan rumah-rumah, infrastruktur awam, serta merta mengubah cara hidup masyarakatnya.
Encyclopedia Britannica kini menjadi sebuah syarikat AI
Britannica kini menawarkan perisian pendidikan dan telah memasuki arena AI untuk terus relevan, dengan chatbot AI yang menyokong Bahasa Inggeris.
Kurangkan kemalangan melalui pendidikan berterusan
Profesor Dr Rozmi Ismail, memberitahu, insiden kemalangan jalan raya akibat kenderaan lain boleh dikurangkan melalui pendidikan atau advokasi berterusan dan aktiviti penguatkuasaan.
Contohi Jepun pantau keselamatan pemanduan kenderaan berat
Malaysia seharusnya mencontohi Jepun yang menekankan keselamatan pemanduan kenderaan berat di lebuh raya termasuk pemantuan ketat dalam kalangan pemandu.
ARAS pamer aksi hebat menjelang suku akhir Kejohanan Ragbi MCKK Premier 7s
Juara Kejohanan Ragbi Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) Primer 7s (P7s) 2023, Akademi Ragbi Selangor (ARAS) terus unggul mempamerkan kekuatan dengan menyerlahkan siri persembahan hebat.
Sonny Bill Williams bertemu pelajar MCKK
Beberapa pelajar kemudian mempersembahkan haka di hadapan Williams yang turut sama dilihat teruja dengan persembahan itu.
Kes buli MCKK: Laporan lengkap dari Hospital Kuala Kangsar diterima hari ini
Kertas siasatan kes tersebut akan dihantar semula kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) minggu hadapan.
Kes buli MCKK: Polis sudah lengkapkan siasatan
Polis sudah melengkapkan siasatan berkaitan kes buli di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK), Kuala Kangsar.
Tular isu buli: PIBG MCKK buat laporan polis, mahu ambil tindakan undang-undang
PIBG MCKK membuat laporan polis terhadap tiga pemilik akaun media sosial berhubung kenyataan berunsur fitnah yang dimuat naik di laman sosial.
PIBG MCKK selar tindakan tular kejadian buli
PIBG MCKK kesal ahli keluarga pelajar yang menularkan kejadian buli di sekolah berkenaan kerana dianggap memberi imej buruk kepada MCKK.
Anwar luang masa jumpa rakan lama MCKK, imbas kenakalan bersama
Pertemuan Perdana Menteri dengan Ahmad Fawzi Shafii, 75, itu berlangsung ceria apabila Ahli Parlimen Tambun itu bergurau dan mengusik Ahmad Fawzi sambil mengimbau 'kenakalan' mereka ketika bersekolah.
Empat bekas pelajar MCKK barisi kabinet Anwar
Empat bekas pelajar Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) menganggotai Parlimen Kerajaan Perpaduan.
15 bekas pelajar MCKK bertanding dalam PRU15
Mereka terdiri daripada enam calon daripada PH, empat BN, tiga PN, seorang Pas dan seorang Pejuang.
'Passion' tidak dimiliki si penghina waktu! Mahalnya disiplin kerja Tan Sri Razali Ismail
"Passion" secara tafsiran umum lebih relatif sebagai kata positif mempromosi diri bagi orang yang mahu dilihat "hebat" terhadap minat atau kerjayanya.