Pihak pendakwaan pada Selasa memfailkan notis rayuan terhadap pembebasan seorang jurujual daripada pertuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja berbasikal lajak, empat tahun lalu.
Rayuan berkenaan difailkan Penolong Pegawai Undang-undang Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Johor, Nurrul Azrina Arza dan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Syafiq Mohd Ghazali, di kaunter Mahkamah Majistret/Sesyen Kompleks Mahkamah Johor Bahru pada jam 9.15 pagi.
Muhammad Syafiq memberitahu, rayuan berkenaan difailkan susulan arahan Jabatan Peguam Negara (AGC) dan Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun pada Isnin.
"Selepas ini, proses penyemakan rekod rayuan dan keterangan tertuduh pada peringkat pembelaan akan dibuat sebelum kita memfailkan petisyen rayuan.
"Mahkamah Tinggi kemudian akan menetapkan tarikh perbicaraan rayuan yang dibuat," katanya ketika ditemui selepas memfailkan notis rayuan berkenaan pada Isnin.
Hadir sama memfailkan notis rayuan berkenaan ialah Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Qaiyyum Ramlan dan Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS), Asisten Superintendan Mohd Yusof Mohd Ali.
Pada Isnin, media melaporkan Jabatan Peguam Negara (AGC) akan memfailkan rayuan berhubung pembebasan seorang jurujual daripada pertuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja berbasikal lajak empat tahun lepas.
Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun dilaporkan berkata, AGC akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Majistret Johor Bahru kepada Mahkamah Tinggi sama ada Isnin atau Selasa.
Sebelum itu pada Ahad, Mahkamah Majistret Johor Bahru dilaporkan membebas dan melepaskan Sam Ke Ting, 26, daripada pertuduhan memandu secara melulu atau berbahaya sehingga menyebabkan kematian lapan remaja di Jalan Lingkaran Dalam pada 3.20 pagi, 18 Februari 2017.
BACA: Keputusan bebas jurujual dalam kes basikal lajak kekal
Majistret Siti Hajar Ali membuat keputusan itu selepas mendapati pendakwaan gagal membuktikan kes melampaui keraguan yang munasabah terhadap Ke Ting sekali gus memerintahkan tertuduh dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan itu dengan lesen memandunya yang digantung, diperintahkan dipulangkan serta merta.
Dalam penghakimannya, Siti Hajar berkata, mahkamah berpendapat keterangan tertuduh bahawa dia tidak mengetahui terdapat aktiviti basikal lajak di kawasan itu adalah munasabah.
Siti Hajar berkata, keterangan Ke Ting bahawa dia berada di lorong paling kiri lokasi kejadian di Jalan Lingkaran Dalam juga bertepatan dengan hasil kajian Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), yang mendapati kenderaan tertuduh sama ada dipandu pada kelajuan 44.5 kilometer atau 75.8 kilometer sejam.
Pada 18 Februari lalu, Mahkamah Tinggi mengarahkan tertuduh membela diri selepas pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadapnya serta mengetepikan perintah Mahkamah Majistret pada 28 Oktober 2019, yang membebas dan melepaskannya daripada pertuduhan itu di akhir kes pendakwaan.
Ke Ting yang ketika kejadian berusia 22 tahun, didakwa memandu kereta secara melulu atau berbahaya di Jalan Lingkaran Dalam di Johor Bahru sehingga menyebabkan kematian lapan penunggang basikal lajak pada 3.20 pagi 18 Februari 2017.
Remaja yang maut ialah Mohamad Azrie Danish Zulkefli, 14; Muhamad Shahrul Izzwan Azzuraimie, 14; Muhammad Firdauz Danish Mohd Azhar, 16; Fauzan Halmijan, 13; Mohamad Azhar Amir, 16; Muhammad Harith Iskandar Abdullah, 14; Muhammad Shahrul Nizam Marudin, 14 dan Haizad Kasrin, 16.
Jurujual itu didakwa mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntuk hukuman penjara maksimum 10 tahun serta denda, selain lesen memandu digantung, sekiranya disabit kesalahan.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Oct 12 2021
Muhammad Syafiq (dua dari kanan) ditemui selepas memfailkan notis rayuan terhadap pembebasan seorang jurujual berkaitan kes basikal lajak empat tahun lalu di kaunter Mahkamah Majistret/Sesyen Johor Bahru pada Selasa. -Sinar Harian
Bekas gabenor New York, anak tiri diserang empat individu
Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan di bahagian muka serta badan dan dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.
Tentera AS lancar serangan di bandar Yaman
AS menyerang 15 sasaran Houthi di kawasan yang dikawal oleh kumpulan yang disokong Iran itu.
Korea Selatan pindahkan 97 rakyatnya dari Lubnan
Kementerian Luar Korea Selatan maklumkan, kesemua mereka tiba di Korea Selatan pada petang Sabtu.
Pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula 23 September lalu.
[LAPOR LANGSUNG] Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Laporan Al Jazeera menyebut, jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
AWANI Pagi: Pendayaupayaan Pembangunan Sosio Ekonomi Bagi Memacu Wilayah Persekutuan
Ikuti temu bual bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa di #AWANIPagi jam 7.30 pagi di saluran 501 Astro AWANI.
Pentagon, Jabatan Negara AS beri amaran jenayah perang Israel
Pegawai-pegawai tersebut telah memberi amaran peningkatan jumlah kematian di Gaza mungkin melanggar undang-undang antarabangsa.
200,000 pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula pada 23 Sept.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Kementerian Komunikasi akan memberikan keutamaan dengan meneruskan usaha untuk meningkatkan dan memantapkan lagi prasarana kesalinghubungan melibatkan isu Internet, dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Okt ini.
Polis siasat video tular sekumpulan remaja tunggang basikal lajak secara berbahaya
Menurutnya setakat ini pihak polis tidak menerima sebarang aduan daripada mana-mana pihak berkenaan kejadian tersebut.
Tragedi basikal lajak: 'Setiap detik dihantui insiden itu, saya mohon maaf' - Sam Ke Ting
Ke Ting berkata peristiwa tersebut sentiasa bermain di fikirannya malah sering tertanya-tanya mengenai kehidupan serta masa depan keluarga remaja yang terkorban akibat kemalangan itu.
Sam Ke Ting bebas tuduhan sebabkan kematian 8 remaja basikal lajak
Pada 13 April tahun lalu, Mahkamah Tinggi Johor Bahru memerintahkan kerani itu dikenakan hukuman berkenaan atas kesalahan dilakukannya pada 2017.
Hisyam Teh ketuai pasukan peguam Sam Ke Ting dalam rayuan kes 'basikal lajak'
Hisyam Teh akan mengetuai pasukan peguam dalam rayuan Sam terhadap sabitan dan hukuman bagi kesalahan memandu melulu sehingga menyebabkab kematian remaja menunggang basikal lajak.
Budak 9 tahun antara 52 penunggang basikal lajak ditahan
Ibu bapa diingatkan agar sentiasa mengawasi anak-anak mereka supaya tidak terlibat dalam aktiviti menyalahi undang-undang.
Kes basikal lajak: Rayuan kerani akan didengar 31 Mac tahun depan
Mahkamah Rayuan menetapkan 31 Mac tahun depan bagi mendengar rayuan Sam Ke Ting terhadap sabitan kesalahan kerana memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja.
Kes basikal lajak: Pengurusan kes bagi rayuan kerani ditetapkan 13 Okt
Tarikh baharu itu ditetapkan selepas pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan Norkamilah Aziz hari ini.
Basikal lajak: Pengurusan kes selanjutnya rayuan kerani pada 28 Jun
Mahkamah Rayuan menetapkan 28 Jun bagi pengurusan kes selanjutnya dalam rayuan Sam Ke Ting terhadap sabitan dan hukuman penjaranya.
Kes basikal lajak: Sri Ram ketuai rayuan kerani
Pengurusan kes bagi rayuan Sam ditetapkan di hadapan Timbalan Pendaftar Mohd Khairi Haron pada 11 Mei.
Kes basikal lajak: Sam Ke Ting percaya kebebasan perlu dibayar dengan harga mahal
Kerani wanita, Sam Ke Ting memohon agar orang ramai tidak mempertikaikan sistem undang-undang dan kehakiman negara.