ISKANDAR PUTERI: Dua beradik yang terbabit dalam insiden menyayat hati di Kampung Ulu Pulai di sini mempunyai hubungan yang cukup baik selain amat menghormati ibu bapa dan bijak dalam pelajaran.
Ahli keluarga mangsa yang enggan didedahkan namanya berkata, seluruh ahli keluarga masih lagi terkejut dengan kejadian yang berlaku pada tengah hari Rabu.
Katanya, kakak mangsa dan adiknya masing-masing berusia 18 dan 16 tahun merupakan anak sulung dan anak kedua daripada lima beradik.
"Kedua-duanya anak yang baik dan sangat bijak kerana sering mencatatkan keputusan cemerlang dalam peperiksaan, selain menjadi harapan keluarga.
"Mereka juga diberikan didikan agama cukup baik dan menjaga solat lima waktu. Mangsa berusia 16 tahun pernah belajar di Maahad Pontian sebelum berpindah ke sebuah sekolah menengah di Iskandar Puteri.
"Sementara kakaknya pula merupakan pelajar di Tingkatan Enam. Mereka berdua serta tiga lagi adik, adalah anak yang sangat baik dan dididik untuk saling berkasih sayang," katanya ketika ditemui pada Khamis.
BACA: Remaja perempuan baling pisau pada adik sehingga maut, direman 6 hari
BACA: Berebut tempat duduk, remaja 16 tahun maut ditikam kakak
Jelasnya, ibu bapa mangsa masih trauma dan amat tertekan dengan insiden yang berlaku itu.
"Mereka amat sedih, apatah lagi insiden tragis itu tular sejak malam Rabu," katanya.
Tinjauan dilakukan di rumah keluarga mangsa di Kampung Ulu Pulai mendapati, sanak saudara dan penduduk kampung berada di situ bagi menziarahi keluarga itu.
Bagaimanapun, anggota keluarga rapat enggan ditemu bual dan memohon media memberi ruang untuk keluarga berkenaan bertenang.
Sebelum itu pada malam Rabu, media melaporkan seorang remaja lelaki maut dipercayai tertusuk pisau dibaling kakaknya dalam kejadian di Ulu Pulai.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada jam 2.15 petang.
Hasil siasatan mendapati, kejadian berpunca daripada pergaduhan adik-beradik dan ibu mangsa mendakwa mangsa bergaduh dengan kakaknya berikutan berebut tempat duduk dalam kereta ketika pulang dari sekolah.
Kakak mangsa dilaporkan, mengaku membaling pisau ke arah mangsa selepas dipersenda ketika sedang masuk ke dalam rumah.
Sementara itu Mahkamah Majistret Johor Bahru, suspek direman enam hari mulai Khamis hingga 25 Oktober depan bagi membantu siasatan kes membaling pisau dan mengenai adik lelakinya sehingga maut di Kampung Ulu Pulai pada Rabu. -- Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Oct 20 2022

Gambar tular lokasi kejadian remaja lelaki maut tertusuk pisau dibaling kakaknya dalam kejadian di Ulu Pulai. - Sinar Harian
Penyelesaian perang, masa depan perlu libatkan Ukraine - PM Starmer
Sebarang Usaha menamatkan peperangan sekali gus perbincangan mengenai masa depan di Ukraine tidak bermakna tanpa penglibatan negara itu.
Polis Thailand dan Kemboja berjaya selamatkan 215 mangsa sindiket tipu
Menurut Pegawai Kanan Thailand, Jirayu Houngsub, mangsa yang diselamatkan termasuk 109 warga Thailand, 50 warga Pakistan, 48 warga India, 5 Taiwan dan 3 Indonesia.
Tiga kanak-kanak antara maut akibat banjir di Gaborone
Menurut Presiden Botswana, Duma Boko, daripada jumlah kematian yang direkodkan tiga daripadanya adalah kanak-kanak.
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.
Thaksin Shinawatra lawat tiga wilayah selatan Thailand
Thaksin berkata, lawatan itu susulan perbincangan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

Turkiye di kedudukan ke-11 dunia dalam eksport industri pertahanan - Erdogan
Erdogan berkata negara itu berada di ambang transformasi besar dan kejayaan ekonomi yang memberangsangkan.

Insiden baling pisau: Kakak dituduh sebabkan kematian adik tanpa niat
Seorang remaja perempuan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kanak-Kanak di sini atas tuduhan tanpa niat menyebabkan kematian adiknya, minggu lalu.

Kecederaan leher punca kematian remaja dibaling pisau
Polis mengesahkan kematian remaja lelaki berusia 16 tahun di Kampung Ulu Pulu Pulai, Ulu Choh pada Rabu, berpunca akibat kecederaan di leher.

Kes baling pisau hingga maut: Adik-beradik harapan keluarga, taat agama
Dua beradik yang terbabit dalam insiden menyayat hati di Kampung Ulu Pulai mempunyai hubungan yang cukup baik selain amat menghormati ibu bapa.

Remaja perempuan baling pisau pada adik sehingga maut, direman 6 hari
Seorang remaja perempuan yang dipercayai membaling pisau pada adik lelakinya sehingga menyebabkan maut di Ulu Pulai, Ulu Choh dekat Iskandar Puteri semalam, direman enam hari bermula hari ini.