KUALA LUMPUR: Kes baharu COVID-19 di negara ini menurun 2.5 peratus kepada 18,606 kes pada Minggu Epidemiologi ke-47 (ME 47/2022) iaitu dari 20 hingga 26 Nov, berbanding 19,083 kes pada ME sebelumnya.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan hari ini berkata bilangan kes tempatan menurun 2.6 peratus daripada 19,068 kes (ME 46/2022) kepada 18,581 kes manakala kes import meningkat 66.7 peratus (15 kes kepada 25 kes).
Katanya bagi kes sembuh pada minggu sama, angkanya menurun 19 peratus (23,089 kes kepada 18,699 kes) manakala kes kematian meningkat sebanyak 17 peratus daripada 47 kes kepada 55 kes.
"Purata kes aktif setiap hari bagi ME 47/2022 menurun 2.8 peratus (27,806 kes kepada 27,020 kes) berbanding ME 46/2022," katanya.
Menurutnya secara kumulatif, 4,984,272 kes baharu COVID-19 dicatatkan sejak ME 4/2020 iaitu 25 Jan 2020 hingga ME 47/2022 (16 Nov 2022), sementara kes sembuh yang direkodkan bagi tempoh sama adalah sebanyak 4,920,983 kes serta 36,648 kematian direkodkan.
Mengenai kemasukan pesakit ke hospital dan Pusat Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) awam bagi setiap 100,000 penduduk, Dr Noor Hisham berkata secara keseluruhannya meningkat 5.1 peratus.
Beliau berkata jumlah kemasukan ke hospital awam bagi kategori satu (tidak bergejala) dan dua (bergejala) meningkat 3.4 peratus, manakala bagi kategori tiga (mempunyai radang paru-paru), empat (perlu bantuan oksigen) dan lima (perlu alat bantuan pernafasan) pula meningkat 4.1 peratus.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 28 2022
![Kes baharu mingguan COVID-19 turun - KP Kesihatan Kes baharu mingguan COVID-19 turun - KP Kesihatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/71647054545_DatukDrNoorHisham.jpg)
Dr Noor Hisham berkata, bilangan kes tempatan menurun 2.6 peratus daripada 19,068 kes (ME 46/2022) kepada 18,581 kes manakala kes import meningkat 66.7 peratus (15 kes kepada 25 kes). - Gambar fail/BERNAMA
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![COVID-19: 11,889 jangkitan baharu, 15,891 kes sembuh COVID-19: 11,889 jangkitan baharu, 15,891 kes sembuh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/61621853936_NoorHishamAbdullah.jpg)
COVID-19: 11,889 jangkitan baharu, 15,891 kes sembuh
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata ia menjadikan kumulatif kes COVID-19 di negara setakat ini adalah 2,257,584 kes.
![COVID-19: Hanya 1.6 peratus kes baharu kategori 3, 4, dan 5 - Dr Noor Hisham COVID-19: Hanya 1.6 peratus kes baharu kategori 3, 4, dan 5 - Dr Noor Hisham](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/81630999337_TBSABAH.jpg)
COVID-19: Hanya 1.6 peratus kes baharu kategori 3, 4, dan 5 - Dr Noor Hisham
Jumlah kes sembuh harian sebanyak 23,469 meningkatkan peratusan kes kumulatif sembuh kepada 88.9 peratus.
![COVID-19: 19,268 kes baharu, lima negeri catat lebih 2,000 kes COVID-19: 19,268 kes baharu, lima negeri catat lebih 2,000 kes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/71625765304_DrNoorHisham.jpg)
COVID-19: 19,268 kes baharu, lima negeri catat lebih 2,000 kes
Angka terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini sebanyak 1,725,357.
![COVID-19: 12,541 kes baharu, 0.8 peratus libatkan kategori 4, 5 COVID-19: 12,541 kes baharu, 0.8 peratus libatkan kategori 4, 5](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/41626421580_TanSriDrNoorHish.jpg)
COVID-19: 12,541 kes baharu, 0.8 peratus libatkan kategori 4, 5
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan sebanyak 12,541 kes baharu positif COVID-19 direkodkan pada Jumaat.
![249 kes baharu COVID-19 dilaporkan di Singapura 249 kes baharu COVID-19 dilaporkan di Singapura](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-06/71591028777_SingapuraCovid.jpg)
249 kes baharu COVID-19 dilaporkan di Singapura
Kementerian tersebut turut memaklumkan akan memberikan lebih banyak perincian kes baharu pada Rabu malam.