Malaysia mengekalkan statistik kes baharu COVID-19 pada angka satu digit.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkongsi perkembangan yang positif apabila memberitahu tiada penularan kes COVID-19 dalam kalangan rakyat Malaysia..

Ini lima perkara anda perlu tahu dalam sidang COVID-19 hari ini:

1. Tujuh kes baharu dilaporkan, menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah 8,336 kes.

2. Kes baharu melibatkan enam kes import yang mendapat jangkitan di luar negara dan satu kes penularan dalam negara.

3. Tiada kes penularan dalam negara dicatatkan di kalangan rakyat Malaysia dan satu kes penularan di
dalam negara adalah membabitkan pekerja asing yang dikesan melalui saringan bekerja.

4. Sebanyak 281 kes telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Ini merupakan jumlah discaj tertinggi pernah dicatatkan setakat ini.

5. Tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia kekal 117 kes.