Seorang pelajar kolej swasta berkata dia telah memberi cadangan kepada Aminulrasyid Amzah, yang mati ditembak anggota polis dalam kejadian hampir lima tahun lepas, supaya memberhentikan kereta berkenaan ketika dikejar peronda polis.
Muhamad Azamuddin Omar, 20, ketika perbicaraan kes saman sivil yang difailkan oleh keluarga Aminulrasyid terhadap Koperal Jenain Subi dan empat yang lain di Mahkamah Tinggi di sini petang ini, berkata sebaliknya rakannya itu terus memandu kereta berkenaan.
Ketika disoal balas peguam Zulkifly Omar yang mewakili Jenain, Muhamad Azamuddin yang ketika kejadian berumur 15 tahun berkata: "Saya beri cadangan supaya dia (Aminulrasyid) berhenti untuk berbincang (dengan polis) tetapi dia diam sahaja dan terus pandu kereta," katanya.
"Kalau kamu yang pandu kereta dan dikejar ketika itu, adakah kamu akan berhenti," soal Zulkifly dan Muhamad Azamuddin menjawab "mungkin".
"Kalau kamu dikejar apa tindakan kamu, adakah kamu akan terus memandu," soal Zulkifly dan saksi keempat pihak plaintif itu menjawab "mungkin".
Bagaimanapun, Muhamad Azamuddin bersetuju dengan cadangan Peguam Kanan Persekutuan Normastura Ayub yang mewakili empat defendan lain bahawa Aminulrasyid sepatutnya memberhentikan kereta apabila diarahkan berbuat demikian dan dalam keadaan kereta peronda polis yang mengejar mereka turut memasang siren.
Saksi itu juga bersetuju dengan cadangan Normastura bahawa insiden tembakan itu berlaku disebabkan kegagalan Aminulrasyid untuk memberhentikan kereta.
Ibu Aminulrasyid, Norsiah Mohammad, 66, dan kakak sulung Aminulrasyid, Nor Azura, 45, selaku plaintif menamakan Jenain, bekas Ketua Polis Selangor Tan Sri Khalid Abu Bakar (kini Ketua Polis Negara), Ketua Polis Daerah Shah Alam, Ketua Polis Negara dan Kerajaan Malaysia selaku defendan.
Saman sivil itu difailkan bagi menuntut gantirugi hampir RM50 juta atas dakwaan kematian Aminulrasyid akibat luka tembakan di kepala berpunca daripada kecuaian Jenain.
Pada November 2013, Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi di sini yang melepas dan membebaskan Jenain daripada tuduhan menyebabkan kematian Aminulrasyid ketika mengejarnya di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11, di sini antara 1.10 pagi dan 2 pagi pada 26 April 2010.
Ketika membebaskan Jenain pada 2012, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa Jenain tidak berniat menyebabkan kematian Aminulrasyid, tetapi menembak kereta yang dipandu remaja berumur 15 tahun itu dengan tujuan menghentikannya.
Kepada soalan oleh peguam N.Surendran yang mewakili keluarga Aminulrasyid, Muhamad Azamuddin berkata dia tidak menyangka bahawa pihak polis bertindak melepaskan tembakan semata-mata kerana rakan baiknya itu memandu kereta dengan laju.
Dia juga juga tidak menyangka bahawa pihak polis telah melepaskan kira-kira 15 das tembakan ke arah kereta Iswara Aeroback yang dinaiki oleh beliau dan Aminulrasyid dalam kejadian awal pagi 26 April 2010 itu.
Muhamad Azamuddin turut tidak menyangka bahawa kereta yang dipandu rakan baiknya itu akan ditembak oleh pihak polis ketika Aminulrasyid sedang cuba sedaya-upaya untuk pulang ke rumahnya di Seksyen 11 di sini.
"Aminulrasyid memandu dengan laju kerana dia dalam ketakutan dan rasa bersalah kepada keluarganya kerana dia telah melakukan kesalahan besar iaitu memandu kereta tanpa kebenaran ibunya," katanya.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim bersambung pada 5 dan 15 Mei ini.
Bernama
Tue Mar 10 2015
Seorang pelajar kolej swasta berkata dia telah memberi cadangan kepada Aminulrasyid Amzah (gambar), yang mati ditembak supaya memberhentikan kereta. - Gambar Fail
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
It's About YOUth: Project EXIT uncovers mental health struggles
Astro Shaw’s Project EXIT shines a stark light on suicide and mental health. Director Zulaikha Zakaria and producer Syakir “Mo” Zakii discuss how the series delves into the realities of mental health, friendship, and the search for hope. #ItsAboutYOUth
AWANI Tonight: PM’s travels funded by govt, not private companies - Minister
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s overseas trips to five countries were funded by the government, while corporate executives covered their own costs.
AWANI Tonight: What are the implications of ICC’s arrest warrant for Israel & Hamas?
Aisya Abdul Rahman from University Malaya discusses the significance of the International Criminal Court’s recent arrest warrant for Israel’s Prime Minister and former Defence Minister, as well as the military commander of Hamas.
Situasi banjir di Terengganu, Perak bertambah buruk, Kelantan kembali dilanda
Situasi banjir di Terengganu dan Perak terus mencatatkan peningkatan, manakala Kelantan menjadi negeri terbaharu di landa banjir setakat 8 malam tadi.
AWANI Tonight: Clear gig worker sector categories needed for stronger protection
ISIS Malaysia's Farah Nabilah Abdul Rahman calls for clearer categorising of gig work sectors to enable better protection and regulations.
AWANI Tonight 22 Nov 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. Govt, not private companies, funded PM's overseas travel, clarifies Fahmi
2. Significant or symbolic? Impact of the ICC's arrest warrant for Netanyahu
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Govt, not private companies, funded PM's overseas travel, clarifies Fahmi
2. Significant or symbolic? Impact of the ICC's arrest warrant for Netanyahu
#AWANIEnglish #AWANINews
Kes Aminulrasyid: Rakan tidak sangka polis lepas 15 tembakan
Seorang pelajar kolej swasta berkata dia telah memberi cadangan kepada Aminulrasyid Amzah, yang mati ditembak anggota polis dalam kejadian hampir lima tahun lepas, supaya memberhentikan kereta.