SRI PETALING: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan, beliau tidak pernah campur tangan dalam kes mahkamah melibatkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
Malah Anwar juga menegaskan beliau tidak memberi arahan kepada bekas Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun, berkaitan permohonan menghentikan prosiding yang mendorong kepada keputusan mahkamah melepas tanpa membebaskan (DNAA) terhadap Ahmad Zahid daripada 47 pertuduhan.
"Saya nak jelaskan, tidak ada arahan (kepada) peguam negara masa itu, Tan Sri Idrus. Dia terlibat dalam meneruskan pendakwaan, kemudian dia baca (teliti) dokumen bocor yang ditulis oleh Jabatan Peguam Negara yang menyatakan tak bersetuju dengan pendakwaan.
"Dia juga lihat beberapa fakta baharu (representasi Ahmad Zahid) 200 halaman yang dikemukakan. Dia juga lihat percanggahan.
"Tentunya saya sebagai perdana menteri tahu kesan dan tuduhan yang dilemparkan (susulan pihak pendakwaan dan mahkamah berkaitan kes Ahmad Zahid). Saya terpaksa tanya panjang kepada Peguam Negara kenapa keputusannya begitu, mengapa sekarang.
"Jadi kalau tanya saya... kalau saya ada kuasa... saya nak tangguh. Sebab apa? Saya nak lepaskan semua pilihan raya ini (untuk elak tuduhan kepada kerajaan)... kemudian Peguam Negara jalankanlah (mohon henti prosiding) tetapi Peguam Negara tak bersetuju.
"Peguam Negara kata tarikh awal mahkamah ialah 4 dan 5 September... hari akhir beliau (tamat kontrak).
"Jadi beliau jalankan tanggungjawab. Dia tak mahu lepaskan tanggungjawab yang dia uruskan kepada yang lain. Saya tak boleh halang dan saya baca kenyataan... sebahagiannya benar, sebahagiannya (saya) lahirkan rasa kesangsian dan minta penjelasan lanjut," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas solat Jumaat di Masjid Jamek Sri Petaling.
Anwar menjelaskan, adalah tidak adil untuk mana-mana pihak yang mempunyai kuasa menjatuhkan hukuman semata-mata kerana tidak suka kepada seseorang ahli politik.
Ujar beliau, banyak kes sebelum ini yang terlepas daripada hukuman sama ada sebelum perbicaraan atau selepas perbicaraan.
Anwar juga menjelaskan, walaupun Badan Kehakiman tertakluk kepada kertas pendakwaan, namun hakim masih ada budi bicara.
"Seperti mana yang saya sebutkan berulang kali, boleh semak Peguam Negara yang dulu dan sekarang, boleh semak Ketua Hakim Negara... dalam kes apa yang saya campur? Tapi bila kena tokoh yang tertentu, ia jadi isu.
"Jadi saya nak nasihatkan, rakyat umumnya berhak bertanya, berhak ambil tahu dan jawapannya... perlu membaca kenyataan sepenuhnya. Tetapi janganlah fitnah. Janganlah kata ini arahan perdana menteri dan sebagainya," katanya.
Irwan Muhammad Zain
Fri Sep 08 2023

Menurut Anwar, jika mempunyai kuasa untuk menangguhkan keputusan mahkamah terbabit, beliau pastinya akan mengarahkan pembebasan itu hanya dibuat selepas selesai semua pilihan raya. - Gambar fail
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

PM Anwar pengerusikan mesyuarat kabinet usai lawatan rasmi ke Bahrain
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar turut memaklumkan hasil lawatan beliau ke Bahrain dan Brunei pada mesyuarat itu.
![[KOLUMNIS] Bukan omong kosong, ini bukti kerajaan sedaya upaya selesaikan MA63 [KOLUMNIS] Bukan omong kosong, ini bukti kerajaan sedaya upaya selesaikan MA63](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71729517791_tbMASabahSaraw.jpg)
[KOLUMNIS] Bukan omong kosong, ini bukti kerajaan sedaya upaya selesaikan MA63
Anwar sebelum ini pernah berjanji untuk mempercepatkan proses penyelesaian tuntutan yang berkaitan dengan MA63.

Lelaki perlu implan tempurung kepala terima sumbangan Perdana Menteri
Muhammad Sufi Abdul Aziz, 36, menerima sumbangan itu daripada wakil Perdana Menteri, Pengarah Pejabat ICU Kedah Zaiton Yahya.

Rancangan kembalikan penerbangan terus Malaysia-Bahrain sedang dibincang - PM Anwar
Perkara itu antara dibangkitkan pada kunjungan hormat ke atas Putera Mahkota dan PM Bahrain Salman bin Hamad Al Khalifa di Istana Gudaibiya.

Diaspora perlu main peranan bersama, jaga imej negara di mata dunia - PM Anwar
Selain usaha pejabat kedutaan, penampilan dan pembawakan diri rakyat Malaysia di luar negara penting bagi mengekalkan nama baik sedia ada negara.

Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahrain pada Rabu.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Lawatan Anwar ke Bahrain perkukuh hubungan dua hala, jemput ke Sidang Kemuncak ASEAN
Jumlah eksport Malaysia ke Bahrain meningkat 17.4 peratus kepada RM251.2 juta (US$54.8 juta) daripada RM214.0 juta (US$46.9 juta) pada 2023.

Lawatan PM ke Bahrain bakal buka lembaran baharu hubungan diplomatik 50 tahun
Anwar juga dijadual menghadap Raja Bahrain Raja Hamad Isa Al Khalifa yang merupakan satu penghormatan tinggi kepada Malaysia.

Premier Sarawak ucap terima kasih kepada Anwar kerana iktiraf Petros
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menzahirkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mengiktiraf Petros.