Polis akan mencadangkan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk mewujudkan sebuah pasukan kajian semula bagi meneliti keterangan saksi termasuk dua pakar perunding kanan patalogi berhubung kes kematian arwah Muhammad Adib Mohd Kassim, dua tahun lalu.
Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, ia adalah berikutan keterangan saksi yang diambil selepas Mahkamah Koroner memutuskan punca kematian arwah adalah akibat perbuatan jenayah.
"Namun selepas pihak polis mengambil keterangan termasuk dua anggota bomba yang berada paling dekat dengan arwah, mereka konsisten mengatakan tidak nampak arwah ditarik keluar atau dipukul.
"Sementara itu dua pakar perunding patalogi juga memberikan dua teori yang berbeza," katanya pada sidang akhbar mengenai perkembangan terkini isu keselamatan negara di sini, pada Jumaat.
Ekoran itu, Abdul Hamid memberitahu, polis telah memanggil seorang pakar dari Institut Jantung Negara (IJN) yang sebelum ini mendedahkan arwah ada memberi deklarasi kematian.
Sedangkan katanya, IJN sebelum ini telah mengeluarkan kenyataan rasmi yang arwah tidak dapat berkomunikasi secara efektif sepanjang menerima rawatan di situ.
"Kami masih mencari seorang saksi yang boleh menyakinkan bahawa dia nampak arwah ditarik dan pukul oleh orang ramai. Seorang pun tak ada.
"Di mana saya nak cari? Ada rakaman tapi kabur. Cuma ada satu rakaman yang mengambarkan keadaan kelam-kabut dan kelihatan sebuah kenderaan berundur melanggar sebuah van," ujarnya.
Dalam kejadian awal pagi 27 November 2018, Muhammad Adib yang juga anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya, parah dipercayai dipukul sekumpulan perusuh di hadapan kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya.
Dia dimasukkan ke unit jagaan rapi di Pusat Perubatan Ramsay Sime Darby, Subang Jaya, kira-kira 1 pagi, sebelum dipindahkan ke IJN, Kuala Lumpur, pada keesokan malamnya.
Umavathi Ramayah
Fri Jul 10 2020
Polis akan mencadangkan kepada KDN untuk mewujudkan sebuah pasukan kajian semula bagi meneliti keterangan saksi berhubung kes Muhammad Adib. - Gambar fail
IOC tolak khabar angin pembatalan Sukan Olimpik Paris
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menolak "khabar angin" mengenai pembatalan atau penangguhan Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan situasi politik di Perancis. IOC menyatakan ia adalah sebahagian daripada kempen maklumat palsu.
Warga London berharap tapi tidak optimis
Penduduk di London mempunyai pandangan dan jangkaan yang bercampur baur dengan sebilangan berasa optimistik dengan keputusan yang bakal diterima manakala yang lain mengatakan mereka tidak akan mengundi.
Parti Buruh diramalkan tewaskan Konservatif pimpinan Sunak
Tinjauan pendapat meletakkan parti Starmer di landasan untuk mendapatkan kemenangan besar tetapi juga mencadangkan ramai pengundi hanya mahukan perubahan selepas tempoh perbalahan dan pergolakan di bawah Konservatif
Enam ditahan kes rempuhan di utara India
Insiden itu berlaku pada Selasa (2 Julai) di kampung Phulrai Mughal Garhi, di daerah Hathras, di mana kira-kira 250,000 orang berkumpul untuk mendengar ceramah seorang pendakwah terkenal.
Levi majikan hanya digunakan untuk latihan kemahiran - PSMB
PSMB menegaskan bahawa levi majikan sememangnya hanya digunakan untuk tujuan latihan pekerja mereka sahaja selama ini.
Enakmen Lembah Klang Raya dibentang tahun hadapan - Amirudin
Enakmen Lembah Klang Raya Selangor dijangka dibentang dan dibahaskan di Dewan Undangan Negeri Selangor pada tahun hadapan, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Noh Omar sah sertai Bersatu berkuat kuasa serta-merta
Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar sah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuat kuasa serta-merta.
Lelaki ditahan didakwa laku gangguan seksual ketika kempen
Suspek direman selama dua hari untuk siasatan lanjut dan polis memberi jaminan akan menjalankan siasatan secara terperinci.
Muhyiddin dapatkan khidmat Peguam Diraja
Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapatkan khidmat Peguam Diraja (King’s Counsel) untuk menyertai barisan pembelaannya dalam usaha beliau membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan empat pertuduhan salah guna kuasa terhadapnya.
Dua polis parah, seorang suspek maut
Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata melalui siasatan awal, pihaknya mendapati dua anggota polis berkenaan sedang dalam tugasan rondaan dan cuba menahan kereta dinaiki suspek, untuk tujuan pemeriksaan.
Rasuah ahli patologi: Siasatan sudah dimulakan - Ketua Polis Johor
Polis Johor telah membuka kertas siasatan tatatertib terhadap sebahagian daripada 33 pegawai dan anggotanya yang terlibat dalam kes rasuah membabitkan ahli patologi di sebuah hospital.
Kes Adib: Polis cadang tubuh pasukan kajian semula, cari seorang saksi yang meyakinkan
Polis akan mencadangkan kepada KDN untuk mewujudkan sebuah pasukan kajian semula bagi meneliti keterangan saksi termasuk dua pakar perunding kanan patalogi berhubung kes kematian arwah Muhammad Adib.