PETALING JAYA: National Scam Response Center (NSRC) merekodkan kerugian sejumlah RM52.4 juta akibat sindiket penipuan dalam talian di Malaysia.
Pengarah Bahagian Operasi Bersepadu Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC), Md Zainizam Mat Jenu berkata, rekod yang dicatatkan itu adalah berdasarkan keseluruhan laporan yang diterima semenjak Oktober 2022 hingga Januari lalu.
Ujar beliau, sepanjang tempoh itu pihak NSRC telah menerima 16,752 panggilan yang mana 6,277 daripadanya merupakan aduan berhubung kes penipuan dalam talian.
"Hasil laporan itu turut mendapati sebanyak 12,877 akaun bank disyaki sebagai keldai akaun.
"Saya ingin ingatkan kepada mereka yang sengaja menjual atau menyewakan akaun mereka kepada pihak-pihak sindiket ini, sekiranya berlaku apa-apa, anda boleh didakwa di mahkamah," katanya semasa Jelajah Anti Scam Kebangsaan 2023 di Menara Digi Celcom di sini pada Sabtu.
Hadir sama Pengerusi Persatuan Pengguna Siber Malaysia (MCCA), Datuk Ahmad Noordin Ismail dan Ketua Bahagian (Memangku) Perkhidmatan Responsif Keselamatan Siber CyberSecurity Malaysia (CSM), Mohd Zabri Adil Talib.
Md Zainizam menambah, kewujudan keldai akaun tersebut memberi sedikit kerumitan kepada pihak berkuasa dalam menjejaki sindiket berkenaan kerana ia berupaya menghilangkan jejak jenayah mereka.
Dalam perkembangan lain, beliau menyatakan yang kerajaan kini sedang berusaha mewujudkan satu akta bagi pengurusan harta sindiket yang berjaya dibekukan.
"Sekiranya ia berjaya diluluskan, aset-aset itu akan digunakan kerajaan bagi kebajikan negara," jelasnya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Feb 19 2023

NSRC merekodkan kerugian sejumlah RM52.4 juta akibat sindiket penipuan dalam talian di Malaysia. -Gambar hiasan

UK tuan rumah kepada delegasi ASEAN untuk bengkel serantau biologi kejuruteraan
Bengkel itu menyediakan platform penting untuk menyelaraskan peraturan, piawaian teknikal dan inovasi antara UK dan ASEAN.
Bazar perayaan lain di KL guna konsep bazar Ramadan, Aidilfitri
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa mengesahkan konsep pengurusan Bazar Ramadan dan Aidilfitri kepada bazar perayaan lain di Kuala Lumpur, termasuk Bazar Deepavali dan Bazar Tahun Baharu Cina akan datang.
Peniaga petai dapat ganti rugi & lesen sementara
Peniaga petai yang tular didakwa tidak dibenarkan berniaga oleh penguat kuasa, telah menerima ganti rugi.
Polis kesan pemandu Ford Ranger langgar lari di Ampang
Polis sedang menyiasat satu insiden kemalangan yang tular di media sosial melibatkan sebuah kenderaan jenis Ford Ranger kelabu yang didakwa terlibat dalam kejadian langgar lari di Jalan Pandan 1 menghala ke MRR2.
Polis mohon bantuan kesan Nur Aidil Fitri
Polis mohon bantuan kesan seorang remaja lelaki, Nur Aidil Fitri Arasy Helmi, berusia 17 tahun, dilaporkan hilang di Bandar Sri Damansara Khamis lalu.

Pentadbiran Trump panik selepas dokumen pembunuhan JFK dedah data peribadi
Daripada 64,000 halaman yang didedahkan oleh Arkib Negara, ratusan daripadanya mengandungi maklumat peribadi tanpa disunting.
Jumlah mangsa di Johor dan Sarawak bertambah, Sabah semakin baik
Portal InfoBencanaJKM memaklumkan jumlah mangsa banjir di Johor meningkat pagi ini
Lapangan terbang Heathrow kembali operasi selepas kebakaran
Lapangan Terbang Heathrow sambung semula operasi pada Jumaat.
Hamas kaji gencatan senjata dicadang A.S
Hamas sedang kaji cadangan gencatan senjata yang dikemukakan oleh Amerika Syarikat, pada Jumaat.
A.S salahkan Hamas peperangan kembali meletus di Gaza
Amerika Syarikat menyalahkan Hamas atas kematian terkini di Gaza susulan kegagalan mencapai persetujuan gencatan senjata yang dikemukakan Washington kepada Majlis Keselamatan PBB.

Malaysia perkukuh kerjasama ASEAN-India di bawah Kepengerusian 2025
Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia menggesa kerjasama lebih erat antara ASEAN dan India dengan keutamaan kepengerusiannya yang berteraskan "Keterangkuman dan Kemampanan."

MADANI Digital Trade: Anjakan perubahan bantu PKS manfaatkan teknologi - Tengku Zafrul
Inisiatif MDT mampu menjadi pencetus perubahan yang membolehkan PKS meraih manfaat daripada teknologi seperti analisis dan data raya, pengkomputeran awan dan AI.

ASEAN tingkat usaha perteguh keselamatan siber, depani peningkatan ancaman
Ancaman siber adalah antara cabaran utama, meliputi jenayah seperti penipuan dalam talian dan serangan penggodam ke atas infrastruktur kerajaan.

Mampukah tenaga kerja Malaysia bertahan dalam revolusi AI?
Kecerdasan Buatan (AI) bukan lagi sekadar konsep masa depan, ia kini mengubah landskap industri, pasaran pekerjaan, dan kemahiran yang diperlukan untuk masa depan.

Serangan kecurian data bank meningkat 196% pada 2024 - Kaspersky
Penjenayah siber kini lebih agresif menyebarkan perisian hasad untuk mencuri maklumat perbankan.

MCMC giat perluas pendidikan, kempen kesedaran keselamatan dalam talian
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan memperluas modul latihan keselamatan dalam talian ke seluruh negara dalam usaha meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai perkara berkenaan.

AIFA terima 57,782 pertanyaan sejak dilancarkan - MCMC
AIFA merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan untuk meningkatkan kesedaran keselamatan dalam talian serta membanteras ancaman siber.

Manfaatkan AI untuk memerangi maklumat palsu - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menggesa agensi berita untuk memanfaatkan AI bagi menangani maklumat palsu.

Tindakan segera diperlukan di Indonesia, pastikan ruang digital selamat untuk kanak-kanak
Kandungan yang merangkumi keganasan fizikal dan lisan, unsur seksual, maklumat yang mengelirukan dan ucapan kebencian adalah berbahaya.

Muafakat antara Indonesia dan Malaysia perlu melangkaui kerjasama ekonomi
Indonesia dan Malaysia juga perlu memperkukuh keselamatan siber yang dipertingkatkan, usaha memerangi keganasan dan keselamatan maritim di rantau Indo-Pasifik.