KUALA LUMPUR: Kertas siasatan kes kebocoran dokumen penghakiman membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, telah dikembalikan semula kepada polis bagi mendapatkan beberapa penjelasan.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, kali pertama kertas siasatan itu dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya pada 30 Ogos lepas dan kemudian kertas siasatan kes Najib dirujuk sekali lagi pada 5 Sept, namun dikembalikan semula bagi melengkapkan beberapa butiran yang diperlukan.
"Kami sedaya upaya cuba melengkapkan kertas siasatan itu dengan segera, setelah mendapat nasihat daripada Timbalan Pendakwa Raya dan fokus kami ke arah itu.
"Kami akan merujuk semula kertas siasatan berkenaan kepada Timbalan Pendakwa Raya sebaik selesai mendapatkan beberapa butiran yang diperlukan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, di sini, hari ini.
Beliau berkata, seramai 27 individu telah dipanggil dan direkodkan keterangan melibatkan 17 individu, bagi kes kebocoran dokumen penghakiman Najib manakala 10 lagi bagi kes Rosmah.
Pada 27 Ogos lepas, Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia membuat laporan polis berhubung laporan sebuah portal berita berkaitan dokumen berkenaan.
Dalam perkembangan berasingan, Azmi berkata, kertas siasatan kes Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli yang didakwa memfitnah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Datuk Dr Abd Latiff Ahmad berhubung projek kapal tempur pesisir (LCS), sedang dalam siasatan dan dijangka akan dirujuk kepada TImbalan Pendakwa Raya minggu ini.
Rafizi didakwa menyiarkan empat kenyataan dan tohmahan pada tarikh 22, 25, 26 dan 29 Ogos lepas, di sebuah blog dan menyiarkan semula di Facebook, Twitter dan TikTok. - BERNAMA
Bernama
Tue Sep 06 2022
Menurut Azmi, kali pertama kertas siasatan itu dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya pada 30 Ogos lepas dan kemudian kertas siasatan kes Najib dirujuk sekali lagi pada 5 September. - Gambar fail BERNAMA
Pengerusi ASEAN: Malaysia berpeluang tingkat kerjasama sektor takaful, takaful semula
Malaysia, yang akan menjadi Pengerusi ASEAN tahun depan berpeluang memajukan kerjasama serantau dalam sektor kritikal termasuk dalam takaful dan takaful semula.
FGV sifatkan penangguhan EUDR sebagai peluang giatkan usaha kelestarian
FGV Holdings Bhd menyifatkan penangguhan penguatkuasaan EUDR sebagai peluang untuk pihaknya lebih giat melakukan perkara yang perlu dengan kalangan pekebun kecil.
NADMA bina lapan lagi pusat pemindahan kekal seluruh negara
Kerajaan merancang membina lapan lagi pusat pemindahan kekal (PPK) yang lengkap dengan kemudahan asas selesa di seluruh negara untuk kegunaan mangsa banjir.
EV pemacu peralihan hijau, atasi kebergantungan petrol - Liew
Penggunaan kenderaan elektrik (EV) perlu dilihat sebagai langkah penting dalam usaha peralihan hijau Malaysia selain mengurangkan kebergantungan negara terhadap bahan api petrol.
Kuasa belia dilihat sebagai kunci masa depan ASEAN-China
Golongan muda berfungsi sebagai penghubung penting dalam memupuk hubungan ASEAN-China yang lebih erat.
170,000 Rumah Mampu Milik dibina di Pulau Pinang setakat ini - Sudarajoo
Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menyediakan 170,000 Rumah Mampu Milik (RMM) bagi membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana di negeri itu memiliki rumah.
10 Berita Pilihan - (8 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jerman raikan ulang tahun peringatan ke-35 Tembok Berlin
Gambar dan lukisan hasil ciptaan penduduk tempatan dipamerkan sepanjang empat kilometer di kawasan yang dahulunya menjadi lokasi tembok tersebut.
Amaran ribut salji November dikeluarkan di New Mexico
Ribut salji ini dijangka akan menjejaskan bahagian utara New Mexico serta selatan Colorado.
Lapangan terbang antara yang musnah akibat Taufan Yinxing
Menurut pegawai wilayah,lebih 40,000 penduduk di Wilayah Cagayan terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara dan tiada kematian dilaporkan.
Kertas siasatan kebocoran dokumen penghakiman Najib, Rosmah dikembalikan semula kepada polis
Seramai 17 individu dipanggil dan direkod keterangan bagi kes dokumen penghakiman Najib dan 10 orang lagi bagi kes Rosmah.