PUTRAJAYA: Kertas siasatan berhubung kes kemalangan maut membabitkan seorang kanak-kanak perempuan yang dilanggar bas sekolah di Taman Anggerik, Bandar Baru Salak Tinggi di Sepang dekat sini baru-baru ini, akan dirujuk ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya (DPP) dalam masa terdekat.
Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang Supt Md Noor Aehwan Mohamad ketika dihubungi hari ini berkata pihaknya perlu melengkapkan beberapa perkara terlebih dahulu sebelum menyerahkan kertas siasatan itu kepada DPP.
Menurutnya, polis ketika ini sedang menunggu laporan bedah siasat mangsa dan laporan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom), serta akan merakam percakapan kakak serta waris secepat mungkin memandangkan keluarga mangsa kini dalam tempoh kuarantin COVID-19.
"Apabila semua proses ini selesai, kita rujuk kepada DPP secepat mungkin," katanya.
Pada 26 Mei lepas, seorang kanak-kanak perempuan berusia satu tahun empat bulan maut selepas dilanggar sebuah bas sekolah di hadapan rumahnya di Taman Anggerik, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang.
BACA: Kanak-kanak perempuan maut dilanggar bas sekolah di Sepang
BACA: Ibu reda pemergian anak, tidak berdendam dengan pemandu bas
Ketua Polis Daerah Sepang ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata mangsa dipercayai dilanggar ketika mengekori kakaknya yang keluar dari rumah untuk menaiki bas itu dalam kejadian kira-kira 12.15 tengah hari.
Pemandu bas lelaki berumur 50 tahun kemudiannya ditahan bagi membantu siasatan dan beliau telah dibebaskan dengan jaminan polis pada hari sama selepas memberi keterangan, kata Wan Kamarul Azran.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 01 2022
Pada 26 Mei lepas, seorang kanak-kanak perempuan berusia satu tahun empat bulan maut selepas dilanggar sebuah bas sekolah di hadapan rumahnya di Taman Anggerik, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang. - Gambar fail/polis
[TERKINI] Perkembangan terkini kemalangan tiga kenderaan
Lintas langsung di lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan hingga dipercayai mengakibatkan sekurang-kurangnya enam terkorban berhampiran RnR Ayer Keroh.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
Kertas siasatan kanak-kanak dilanggar bas sekolah dirujuk ke DPP masa terdekat
Kertas siasatan berhubung kes kemalangan maut membabitkan seorang kanak-kanak perempuan yang dilanggar bas sekolah akan dirujuk ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya (DPP) dalam masa terdekat.