KUALA LUMPUR: Kertas siasatan melibatkan pendakwah popular, Ebit Lew berhubung kes gangguan seksual telah lengkap dan dihantar ke Pejabat Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, pihaknya kini sedang menunggu maklum balas dari Pejabat Peguam Negara untuk arahan selanjutnya.
"Bagaimanapun kita meminta mereka yang mempunyai maklumat tambahan supaya dapat tampil membantu siasatan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.
Pada Julai lalu, siasatan terhadap pendakwah terkenal, Ebit Lew, 37, dilakukan selepas polis menerima laporan daripada beberapa individu mendakwa pendakwah itu melakukan gangguan seksual.
Susulan laporan itu, polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 serta Seksyen 23 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Ebit telah dirakam percakapan bagi membantu siasatan pada Ogos dan Oktober lalu, beliau berkata, dakwaan itu berunsur fitnah kejam ke atas dirinya.
Artikel asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Dec 30 2021
Abd Jalil berkata, pihaknya kini sedang menunggu maklum balas dari Pejabat Peguam Negara untuk arahan selanjutnya. - Foto BERNAMA
AWANI Pagi: Pendayaupayaan Pembangunan Sosio Ekonomi Bagi Memacu Wilayah Persekutuan
Ikuti temu bual bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa di #AWANIPagi jam 7.30 pagi di saluran 501 Astro AWANI.
Pentagon, Jabatan Negara AS beri amaran jenayah perang Israel
Pegawai-pegawai tersebut telah memberi amaran peningkatan jumlah kematian di Gaza mungkin melanggar undang-undang antarabangsa.
200,000 pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula pada 23 Sept.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Kementerian Komunikasi akan memberikan keutamaan dengan meneruskan usaha untuk meningkatkan dan memantapkan lagi prasarana kesalinghubungan melibatkan isu Internet, dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Okt ini.
Setahun solidariti, sokongan global untuk Palestin di tengah-tengah genosid berterusan Israel
Ribuan manusia di seluruh dunia turun ke jalanan untuk menyuarakan sokongan kepada Palestin dan menuntut keadilan.
Indonesia kecewakan China, raih kejuaraan badminton berpasukan campuran remaja dunia
Indonesia menewaskan China untuk muncul Juara Badminton Berpasukan Campuran Remaja Dunia dengan kemenangan 110-103 (mata terkumpul).
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Ketiga-tiga mangsa lelaki itu masing-masing berusia 24, 26 dan 32 tahun terkandas dengan anggaran ketinggian dua tingkat.
Hulu Perak daerah terbaharu dilanda banjir kilat
Banjir kilat berlaku disebabkan hujan lebat berterusan selama dua jam di sekitar Gerik.
Kejayaan pembangunan Sabah jadi kayu ukur pada PRN, PRU16 - Rafizi
Rafizi berkata kerjasama antara parti adalah perkara yang terus dibincangkan dalam kerangka semangat Kerajaan Perpaduan.
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
Tiada kaitan dengan pelantikan CEO MDEC, Anuar Fariz bukan adik saya - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyangkal dakwaan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Anuar Fariz Fadzil merupakan adiknya.
Pegawai bank mengaku tidak bersalah dua tuduhan gangguan seksual
Rosman Jamaluddin, 52 tahun, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret S Punitha.
Mangsa gangguan seksual perlu berani buat laporan - Nancy
Individu yang menjadi mangsa gangguan seksual perlu berani tampil membuat laporan menerusi platform undang-undang yang disediakan oleh kerajaan agar tindakan boleh diambil terhadap pelaku.
Perlu ada peruntukan halang tindakan balas oleh organisasi terhadap pengadu gangguan seksual
Akta Antigangguan Seksual 2022 (Akta 840) perlu dipinda dengan memasukkan peruntukan yang menghalang organisasi daripada mengenakan tindakan balas terhadap pengadu.
Perkenalkan mekanisme aduan gangguan seksual secara 'e-filing' - Presiden AWL
Kaedah digitalisasi ini akan membuka akses lebih luas kepada individu di luar bandar untuk melaporkan insiden gangguan seksual.
KPWKM cadang Akta Antigangguan Seksual 2022 dipinda untuk ditambah baik
KPWKM mencadangkan agar Akta Antigangguan Seksual 2022 (Akta 840), dipinda untuk ditambah baik dalam menangani isu gangguan seksual di tempat kerja.
Ebit Lew minta saksi padam mesej melalui WhatsApp
Menurut saksi itu, Lew turut memberitahunya menerusi mesej WhatsApp pada 30 Julai 2021 bahawa telefon bimbit milik pendakwah berkenaan akan dirampas oleh pihak polis.
Gangguan seksual terhadap kerani bank: Siasatan polis di peringkat akhir
Siasatan kes seorang pegawai operasi sebuah bank di Bercham, berhubung dakwaan gangguan seksual terhadap seorang wanita rakan sekerjanya berada di peringkat akhir.
Saksi tidak serah telefon bimbit rakam panggilan video Ebit Lew kepada polis
Seorang wanita hari ini memberitahu Mahkamah Majistret di sini bahawa beliau tidak menyerahkan sebuah telefon bimbit yang digunakan untuk merakam panggilan video dengan Ebit Lew, kepada polis.
Mesej teks Ebit Lew berkaitan seks - Saksi
Pengadu dalam kes Ebit Lew bersetuju dengan cadangan peguam bela bahawa teks mesejnya pada 7 Mei 2021 dengan pendakwah tersebut adalah perbualan berkaitan dengan seks.