Kertas Putih Pertahanan (KPP) akan terus menjadi panduan utama Kementerian Pertahanan dalam membuat perancangan serta pelaksanaan jangka pendek, jangka sederhana dan jangka panjang, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata kerajaan akan kekal komited dalam memastikan pertahanan negara terus diperkukuh untuk tempoh 10 tahun akan datang seperti digariskan KPP.
"Ini adalah bukti bahawa kerajaan yang baru terbentuk ini adalah matang dan sentiasa mengamalkan demokrasi.
"Pertahanan negara adalah satu agenda negara yang tidak boleh dikompromi dan setiap dasar yang telah dipersetujui di Parlimen akan dilaksanakan sebaik mungkin oleh kerajaan," katanya.
Beliau yang juga Menteri Kanan berkata demikian dalam satu kenyataan yang dikeluarkan sempena Majlis Sambutan dan Mula Tugas Menteri Pertahanan di sini, hari ini.
Pada 2 Dis tahun lepas, KPP dibentang dan diluluskan di Dewan Rakyat dan kertas putih itu menetapkan hala tuju strategik pertahanan negara untuk tempoh 10 tahun bagi melindungi kepentingan Malaysia dan mempertahankan kedaulatan serta keutuhan wilayah.
BACA: Kertas Putih Pertahanan dibentang pada sesi Parlimen kali ini
BACA: Tidak perlu dedah secara umum aset pertahanan negara - Mohamad Sabu
KPP yang melibatkan lapan mesej utama itu dibentangkan bagi memperbaharui Dasar Pertahanan Negara (DPN), agar strategi dan keupayaannya seiring dan relevan dengan perubahan persekitaran keselamatan global.
Selain itu, Ismail Sabri berkata pihaknya akan memberi tumpuan kepada pembangunan keupayaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan pengukuhan pertahanan secara komprehensif.
"Ia melalui pendekatan seluruh kerajaan dan seluruh masyarakat serta perkongsian yang berwibawa dengan negara jiran serta negara luar dalam memastikan keselamatan negara, kestabilan serantau dan keamanan sejagat," katanya.
Selain itu, beliau berkata pihaknya akan terus memberi perhatian kepada kebajikan anggota dan veteran ATM serta orang awam yang bertugas di Kementerian Pertahanan.
"Kebajikan merupakan salah satu elemen penting dalam tahap kesiagaan yang tidak boleh diambil remeh dan perlu diberi keutamaan sewajarnya oleh kerajaan," katanya.
BACA: Hishamuddin kecewa dengan pembentangan Kertas Putih Pertahanan
BACA: Malaysia di tangga ke-16 negara paling aman di dunia
Ismail Sabri berharap warga Kementerian Pertahanan akan memberi kerjasama penuh dan sokongan padu kepada beliau serta Timbalannya Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz dalam menguruskan pertahanan negara.
"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kepimpinan Kementerian Pertahanan terdahulu yang telah membawa agenda pertahanan negara ke peringkat ini," katanya.
Terdahulu, ketibaan Ismail Sabri dan Ikmal Hisham di Wisma Pertahanan hari ini bagi memulakan tugas rasmi disambut Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Datuk Muez Abd Aziz dan Panglima ATM Tan Sri Affendi Buang dan panglima-panglima perkhidmatan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 12 2020

Ismail Sabri berharap warga Kementerian Pertahanan akan memberi kerjasama penuh dan sokongan padu kepada beliau serta timbalannya dalam menguruskan pertahanan negara. - Gambar fail
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Tiada perbincangan wujudkan kerajaan perpaduan, hanya perjumpaan biasa - Tun Mahathir
Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan pertemuannya dengan beberapa pemimpin beberapa hari lalu hanyalah sebagai perjumpaan biasa.

SPRM anjur mesyuarat ACTWG APEC secara maya
Mesyuarat itu bermula pada 19 Oktober 2020 sehingga 23 Oktober nanti.

COVID-19: SKM peruntuk insentif pemulihan RM1 juta
Sehingga September, SKM meluluskan bayaran insentif PULIH berjumlah RM525,500 kepada 65 koperasi di negara ini.

PRN Sabah: Isu ekonomi, MA63 dan pembangunan jadi tumpuan
Madeline berkata, negeri-negeri yang kurang membangun juga perlu diberikan perhatian yang lebih.

Pemimpin Arab jadi sasaran alat Israel, AS - MAPIM
MAPIM mengutuk keras sikap pengecut dan bacul pemimpin Bahrain yang sanggup menjual diri kepada Israel dan Amerika dengan mengumumkan perjanjian damai bersama rejim itu.

Majlis Kemakmuran Bumiputera platform tertinggi perkukuh sosioekonomi Bumiputera - Perdana Menteri
Kerajaan mewujudkan Majlis Kemakmuran Bumiputera (MKB) sebagai platform tertinggi untuk memperbaharui dan memperkukuh pembangunan sosioekonomi Bumiputera.

Hadi Awang serah laporan mengenai Timur Tengah kepada Perdana Menteri
Duta Khas Perdana Menteri Ke Timur Tengah Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menyerahkan Laporan Eksekutif kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Rasuah: Selangor tidak bercadang pindahkan penjawat awam negeri
Kerajaan Selangor tidak bercadang untuk merombak atau memindahkan penjawat awam termasuk penguat kuasa negeri, sebagai langkah penyelesaian bagi membendung gejala rasuah dalam sektor berkenaan.

Muhyiddin mahu tindakan segera bantu tingkatkan taraf kehidupan penduduk PPR
Lawatan itu, ujar Perdana Menteri, banyak memberi maklumat kepada dirinya mengenai kehidupan warga kota atau golongan miskin bandar.

#RealLifeHeroes mengangkat semangat Hari Kemanusiaan Sedunia 2020
19 Ogos 2020 merupakan tahun kesebelas kita sama-sama menyambut Hari Kemanusiaan Sedunia.