KUALA LUMPUR: Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa membentangkan Kertas Putih Kesihatan untuk dibahas dan diluluskan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Kertas putih itu dibentangkan selepas Dr Zaliha membentangkan Rang Undang-Undang Makanan (Pindaan) 2023 untuk bacaan kali pertama.
Beliau berkata kertas putih itu menggariskan status semasa, jurang dan kekangan yang dihadapi oleh sistem kesihatan negara dan cadangan penyelesaian yang bersifat struktural dan sistemik merangkumi reformasi penyampaian perkhidmatan, pembiayaan dan tadbir urus secara berfasa dalam tempoh 15 tahun.
"Kertas Putih Kesihatan ini mengusulkan empat tonggak dan 15 strategi dengan tonggak pertama adalah mentransformasikan penyampaian perkhidmatan kesihatan dan merangkumi penjagaan primer, sekunder dan tertier.
"Tonggak kedua, mempertingkatkan promosi kesihatan dan pencegahan penyakit; tonggak ketiga, memastikan pembiayaan kesihatan yang mampan dan saksama dan keempat, memperkukuhkan landasan dan asas sistem kesihatan dan tadbir urus," katanya.
Dr Zaliha berkata dokumen itu turut memperincikan langkah reformasi sistem kesihatan yang perlu dibuat dengan teliti dan mengambil masa yang merentasi paras pembangunan negara.
Beliau berkata perlaksanaan reformasi secara berfasa bagi tempoh 15 tahun itu, merangkumi fasa jangka pendek iaitu tahun pertama bermula pada 2024, jangka sederhana mulai 2029 dan jangka panjang dari tahun 2034 hingga 2039.
Bagi memastikan reformasi sistem kesihatan dilaksanakan secara berterusan dan telus, serta menepati objektifnya, Dr Zaliha berkata kertas putih itu turut mencadangkan penubuhan sebuah badan pemantau.
"Untuk mengekalkan komitmen semua pihak berkepentingan, badan ini akan melaporkan pencapaian pelaksanaan reformasi sistem kesihatan secara berkala kepada Parlimen dan rakyat.
"Penubuhannya akan mewujudkan mekanisme semak dan imbang agar usaha dan komitmen negara kepada reformasi sistem kesihatan adalah kalis masa dan kalis peredaran ekonomi serta politik sepanjang tempoh 15 tahun akan datang," katanya.
Kertas Putih Kesihatan setebal 57 muka surat itu boleh diakses dan dimuat turun di laman web Parlimen.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 15 2023

Dr Zaliha berkata dokumen itu turut memperincikan langkah reformasi sistem kesihatan yang perlu dibuat dengan teliti dan mengambil masa yang merentasi paras pembangunan negara. - Gambar fail/FB live Anwar Ibrahim

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.

RUU Perkhidmatan Parlimen, Perlembagaan Persekutuan akan dibentang untuk diluluskan - Fahmi
Langkah ini sebagai bukti komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkukuh institusi demokrasi dan melaksanakan agenda reformasi institusi negara.

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Isu TVET, projek tebatan banjir dan perihal kewangan KWSP tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Lee minta Perdana Menteri menyatakan inisiatif kerajaan dalam memperkasakan golongan muda yang berminat dalam pembelajaran berasaskan kemahiran

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dibentangkan Julai ini - Nga
KPKT dijangka membentangkan Rang Undang-undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar pada sesi Parlimen Julai ini.

Pembangunan satelit, industri pemeriksaan motor antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Young Syefura minta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menyatakan status semasa program PSPJN di bawah Agensi Angkasa Malaysia (MYSA).

Pindaan Akta Perkhidmatan Bomba dibentang di Parlimen pada Mac
Rang-Undang-Undang Perkhidmatan Bomba (Pindaan) 2025 di dijangka akan dibentangkan di Parlimen pada minggu akhir Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-15.

Pencapaian IPCC, Kepengerusian ASEAN antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Khoo Poay Tiong minta Menteri Dalam Negeri menyatakan pencapaian IPCC sejak penubuhannya sehingga akhir 2024.

SPRM main peranan aktif dalam pindaan Akta Perlindungan pemberi maklumat
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memainkan peranan aktif dalam usaha meminda Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Akta 711) yang kini di peringkat sesi libat urus.

JS-SEZ: Kementerian Ekonomi garis tiga perancangan jangka panjang elak kesesakan lalu lintas
Antara perancangan tersebut ialah meningkatkan kapasiti pelepasan dan melaksanakan lorong automatik secara berfasa.