PUTRAJAYA: Kertas Kabinet berhubung Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIISe) akan dibentangkan pada April ini, menurut Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Beliau berkata, pada ketika ini kementeriannya sedang dalam dalam proses penyediaan kertas Kabinet tersebut.
"Sebagai menteri saya perlu mendapatkan gambaran tepat mengenai apa yang berlaku terhadap sistem yang menelan perbelanjaan RM1.2 bilion tersebut," katanya pada Sesi Dialog Menteri Bersama Media di sini pada Rabu.
Mengulas lanjut Saifuddin Nasution berkata, keputusan Kabinet kelak sama ada untuk meneruskan atau membatalkan projek tersebut dianggap sebagai yang terbaik.
Beliau juga memberi jaminan akan bertindak telus dengan melaporkan apa yang berlaku tanpa berselidung.
Sebelum ini, media melaporkan Kabinet telah memutuskan untuk membatalkan projek NIISe yang diberikan kepada IRIS Information Technology Systems Sdn Bhd, yang dikaitkan dengan menantu bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Laporan berkenaan yang memetik sumber menyatakan bahawa projek itu mengalami kelewatan dan hanya 10 peratus daripada projek itu siap walaupun telah ditawarkan pada 2020.
Projek NIISe telah berjalan hampir dua tahun dan sepatutnya siap Ogos 2025.
Umavathi Ramayah
Wed Mar 29 2023
Saifuddin berkata, pada ketika ini kementeriannya sedang dalam dalam proses penyediaan kertas Kabinet tersebut. - Fail/Astro AWANI
Usaha babitkan perjuangan Palestin tidak wajar dipersoal - ABIM
Usaha itu turut digembleng bersama sumbangan peribadi rakyat Malaysia yang prihatin serta memperlihatkan solidariti nasional.
Pembekal buntu buah kelapa kurang menjelang Thaipusam
Seorang pembekal utama buah kelapa di Pulau Pinang mendakwa mengalami kerugian puluhan ribu ringgit menjelang perayaan Thaipusam susulan masalah pengeluaran hasil komoditi berkenaan.
Pembukaan NADI pupuk komuniti lebih berinovatif, interaktif
Kemudahan NADI membantu pelajar dan penduduk mempelajari ilmu baharu yang relevan dengan perkembangan semasa.
Perpaduan dan nilai kekeluargaan teras kemajuan Wilayah Persekutuan - Zaliha
Di sebalik pembangunan dan kemodenan Wilayah Persekutuan yang merangkumi Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, tersemat semangat perpaduan dan nilai kekeluargaan di setiap sudutnya.
Polis Filipina sahkan pemergiaan Malabed satu kehilangan
Polis Filipina pada Jumaat mengesahkan seorang pegawainya Kolonel Polis Pergentino Malabed berada dalam pesawat American Airlines yang terhempas ke Sungai Potomac selepas bertembung dengan helikopter Black Hawk Tentera pada Rabu.
Junta tentera lanjutkan darurat
Junta Tentera melanjutkan darurat selama enam bulan lagi, sehari sebelum ulang tahun keempat rampasan kuasa.
Hamas umum nama tiga tebusan bakal dilepaskan
Hamas pada Jumaat mengumumkan nama tiga tebusan yang bakal dilepaskan pada Sabtu.
Tiga individu itu ialah Ofer Calderon, Keith Siegel dan Yarden Bibas.
Tiga individu itu ialah Ofer Calderon, Keith Siegel dan Yarden Bibas.
Pemimpin pembangkang India ditahan atas dakwaan rogol, serangan
Seorang pemimpin parti pembangkang Kongres India ditangkap pada Khamis atas tuduhan rogol dan serangan.
FDA lulus ubat baharu berpotensi jadi alternatif opioid
Pil itu dinamakan Journavx, yang digunakan untuk merawat sakit akut jangka pendek yang sering berlaku selepas pembedahan atau kecederaan.
Malaysia bantu permudah Timor-Leste sertai perjanjian ekonomi ASEAN
ASEAN menantikan kesediaan daripada Timor-Leste untuk menyertai perjanjian-perjanjian dan bersedia memberikan sokongan pembinaan kapasiti.
Dekriminalisasi bunuh diri: Kertas cadangan di peringkat akhir, akan dibentang ke Kabinet
Khairy berkata, cubaan membunuh diri tidak wajar diletakkan di bawah kategori jenayah, tetapi wajar ditangani dengan intervensi klinikal
KPDNHEP adakan pertemuan dengan pemegang taruh kongsi maklumat subsidi minyak bersasar
Antara pemegang taruh ialah persatuan pengguna, pengusaha stesen minyak, syarikat minyak dan agensi lain seperti Bank Negara Malaysia, Jabatan Perangkaan Malaysia dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
Tiada lagi kilang kimia di Pasir Gudang pada masa hadapan
Perancangan itu telah dibincang bersama kerajaan negeri bagi memastikan Pasir Gudang membangun dengan lebih lestari pada masa depan.
Jabatan Peguam Negara digesa tidak dakwa adik Lokman
Datuk Liew Vui Keong berkata kes itu tidak sepatutnya diteruskan kerana Dr Mahathir sendiri tidak kisah dengan apa jua kenyataan yang dibuat tentang beliau.