GEORGE TOWN: PLUS Malaysia Bhd (PLUS) hari ini memaklumkan kerosakan kabel di KM138 Jambatan Pulau Pinang yang menghubungkan bahagian pulau dan Seberang Perai telah menyebabkan bekalan elektrik terputus di jambatan dan plaza tol, Jumaat lepas.
Ketua Perhubungan Libat Urus Strategik PLUS Syed Mohammed Idid berkata kabel itu bagaimanapun berjaya dibaiki dan bekalan elektrik pulih sepenuhnya pada 3.19 pagi tadi.
"Keselamatan pelanggan adalah keutamaan nombor satu kami (PLUS) dan kami akan melakukan segala yang perlu bagi memastikan keselesaan di sepanjang perjalanan anda," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata untuk maklumat terkini mengenai keadaan trafik, pelanggan lebuh raya dinasihatkan untuk mengikuti Twitter PLUS Trafik atau melalui aplikasi PLUS.
Semalam, PLUS memaklumkan Jambatan Pulau Pinang mengalami gangguan bekalan elektrik sejak Jumaat dan kerja-kerja membaik pulih sedang dilakukan bagi memulihkan situasi secepat mungkin.
BACA: Gangguan elektrik di Jambatan Pulau Pinang, bekalan TNB dalam keadaan baik
BACA: Jambatan Pulau Pinang mengalami gangguan bekalan elektrik
Gangguan yang berlaku pada 8.23 malam itu turut menjejaskan kawasan sekitar pulau dan Seberang Jaya yang menghubungkan jambatan itu dan PLUS memohon maaf atas kesulitan tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 03 2021
![Kerosakan kabel punca bekalan elektrik di Jambatan Pulau Pinang terputus Kerosakan kabel punca bekalan elektrik di Jambatan Pulau Pinang terputus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/51633194131_PenangBridge.jpg)
Kabel yang rosak itu bagaimanapun berjaya dibaiki dan bekalan elektrik pulih sepenuhnya pada 3.19 pagi tadi. -Gambar fail
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Kerosakan kabel punca bekalan elektrik di Jambatan Pulau Pinang terputus Kerosakan kabel punca bekalan elektrik di Jambatan Pulau Pinang terputus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/51633194131_PenangBridge.jpg)
Kerosakan kabel punca bekalan elektrik di Jambatan Pulau Pinang terputus
Kabel itu bagaimanapun berjaya dibaiki dan bekalan elektrik pulih sepenuhnya pada 3.19 pagi tadi.