Kerjasama strategik Proton Holdings Bhd dengan beberapa syarikat pengeluar kereta asing membolehkan syarikat automotif negara itu menghasilkan kereta yang lebih berkualiti selain memperluas pasaran ke peringkat antarabangsa.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Kedua Datuk Seri Ong Ka Chuan berkata langkah itu sekali gus juga mampu memulihkan prestasi syarikat, selain meraih kembali keyakinan pelanggan.
"Kerjasama ini juga akan menyokong pembiayaan penyelidikan dan pembangunan Proton kerana kerjasama dengan syarikat yang mempunyai kedudukan kukuh dan stabil, akan menjadikannya lebih kompetitif.
"Kerjasama itu dijangka terjalin pada pertengahan tahun ini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Tahun Baharu Cina anjuran Tea Gaharu Valley di Gopeng dekat sini hari ini.
Ong berkata Proton kini hanya menumpukan pasaran di peringkat tempatan dan menjual kira-kira 200,000 unit kenderaan, yang merupakan jumlah yang sangat kecil serta tidak memadai.
Beliau berkata keputusan itu bagaimanapun terletak sepenuhnya kepada Proton yang kini merupakan syarikat milik persendirian dan bukan lagi milik kerajaan.
"Kerajaan tidak berhasrat untuk mencampuri urus niaganya kerana kita tidak mempunyai sebarang kepentingan... mereka bebas untuk membuat keputusan, namun kita akan terus memberi pandangan kepada Proton," katanya.
Dalam pada itu, Ong berkata Proton akan memindahkan kilang pemasarannya dari Shah Alam, Selangor, ke Bandar Proton City di Tanjung Malim, tahun depan.
Perpindahan ke Tanjung Malim itu bertujuan untuk meningkatkan lagi kapasiti pengeluaran selain memusatkan pengoperasian kumpulan serta memberi peluang pekerjaan kira-kira 10,000 kepada masyarakat setempat, katanya. -- Bernama
Bernama
Sat Feb 11 2017

Proton kini hanya menumpukan pasaran di peringkat tempatan dan menjual kira-kira 200,000 unit kenderaan, yang merupakan jumlah yang sangat kecil serta tidak memadai.
10 Berita Pilihan - (4 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia desak pelaksanaan penuh Semua fasa perjanjian di Gaza
Malaysia mendesak pelaksanaan penuh dan segera bagi semua fasa perjanjian gencatan senjata, termasuk pertukaran tebusan dan tahanan seperti yang dipersetujui semua pihak.
Hamas tolak syarat Israel minta 'lucutkan senjata'
Hamas pada Selasa menolak gesaan Israel dan Amerika Syarikat agar kumpulan itu 'melucutkan senjata' atau menarik kumpulan pejuang mereka dari Gaza, sebelum meneruskan fasa kedua gencatan senjata.
Ribuan penduduk diarah berpindah ekoran kebakaran hutan
Penduduk bandar Ofunato, Jepun hilang tempat tinggal susulan kebakaran hutan melanda bahagian timur laut negara itu.
KPK bongkar skandal kredit, negara rugi 11.7 trilion rupiah
Menurut KPK, siasatan dimulakan sejak Mac 2024, dengan fokus terhadap 11 peminjam yang mendapat pinjaman daripada LPEI.
Iran tak akan berbincang dengan AS di bawah tekanan
Iran pada 25 Februari lalu berkata pihaknya tidak akan tunduk kepada tekanan susulan pusingan sekatan baharu yang dikenakan oleh Amerika Syarikat, yang menyasarkan industri minyak Iran, sumber pendapatan utama Republik Islam tersebut.
Dua individu ditahan, dadah bernilai RM6.3 juta dirampas
Dua suspek jerat diri sendiri apabila kantoi menyorokkan dadah di Waffel Braker untuk diterbangkan ke Sarawak menerusi Kuala Lumpur Imternational Airport (KLIA)
116 aduan diterima, Perak catat kes tertinggi
Sebanyak 116 aduan diterima sepanjang Ops Pantau dijalankan, Perak mencatat jumlah kes tertinggi iaitu 10 kes, diikuti oleh Selangor dengan empat kes
Malaysia bekerjasama sama rapat dengan AS, Singapura
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan, kementerian itu juga akan terus bekerjasama rapat dengan AS dan Singapura untuk mencari cara yang berkesan bagi menangani isu tersebut.
Polis terima 6 laporan, siasat tiga pengacara Radio Era FM
Polis membuka kertas siasatan terhadap petugas radio Era FM milik Astro selepas tular video yang menyaksikan perbuatan tiga pengacara stesen berkenaan yang didakwa mempersendakan upacara keagamaan Hindu

Sumbangan politik: Nama Shahril Sufian, bekas pemimpin MCA dicatat dalam lejar UKSB
Saksi berkata kod nama yang digunakan di dalam buku lejar tersebut adalah 'S Pat' untuk Shahril Sufian, Chan ('Prof') dan Ong ('OKC').

MCA tubuh dua jawatankuasa untuk transformasi
Dua jawatankuasa itu ialah Jawatankuasa Pemandu Pemilihan Parti dan Jawatankuasa Pembaharuan.

PDM Kampung Balun terus beroperasi bantu kemenangan calon BN
Sebenarnya, tidak timbul soal protes yang dikatakan pernah ditimbulkan timbalannya, Shukor Ahmad, yang kononnya kecewa dengan keputusan kepimpinan parti menggantikan Ong Ka Chuan dengan calon lain.

Kaji secara terperinci laporan Kanvas Belia TN50 - Pemuda MCA
Mereka perlu segera menyuarakan jika ada sebarang komen atau jika ada apa-apa yang mereka mahu menokok-tambah pada laporan itu.

PKS perlu berusaha tembusi pasaran bernilai tinggi
Usaha menerusi penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan pelaksanaan teknologi juga membolehkan PKS untuk turut menyumbang kepada transformasi Malaysia menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi.

Warga Malaysia rangkul anugerah aktor terbaik di ACFF 2017
Filem China 'Wolf Warrior 2' memenangi anugerah filem Rencana Terbaik sementara aktres Filipina, Laila Ulao diumumkan Aktres Terbaik menerusi filem 'Women of the Weeping River'.

TPPA: Malaysia akan ikut konsensus
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II Datuk Seri Ong Ka Chuan berkata, TPPA masih boleh direalisasikan tanpa penglibatan Amerika Syarikat (AS).

Proton Tg Malim perintis kilang automotif induk negara laksana industri 4.0
Kilang Proton Holdings Sdn Bhd yang terletak di Proton City, Tanjung Malim, Perak akan menjadi perintis kilang automotif induk di Malaysia.

SUV Proton dijangka dijual di bawah harga RM100,000 - laporan
Kenderaan utiliti sukan (SUV) pertama Proton berasaskan platform Geely Boyue dijangka akan dijual di bawah harga RM100,000.

Tiada negara Arab tekan Malaysia putuskan hubungan dengan Qatar
Ong Ka Chuan berkata, keadaan itu mungkin disebabkan tindakan Malaysia yang mengamalkan dasar tidak mencampuri urusan negara lain.