KUALA LUMPUR: Kementerian Perpaduan Negara akan sentiasa memberi sokongan terhadap inisiatif berterusan dan mengiktiraf program intelektual yang berpotensi menjadi platform bagi memupuk perpaduan masyarakat, mengukuhkan kesepakatan serta memelihara tradisi budaya.
Menterinya Datuk Seri Aaron Ago Dagang berkata pemahaman yang lebih mendalam terhadap tradisi budaya dan sosial menyumbang kepada persefahaman dan memainkan peranan penting dalam mengekalkan keamanan serta kestabilan di rantau yang lebih luas.
Sehubungan itu, beliau berharap Arkib Negara Malaysia dapat menjalin kerjasama dengan Republik Korea bagi menyebarluaskan peranannya dalam mengukuhkan sumber sejarah dan budaya negara menerusi program dokumentasi dan advokasi.
"Usaha ini selaras dengan konsep pembangunan Malaysia MADANI, yang juga menggunakan pendekatan menyeluruh kerajaan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran Pameran 40 Tahun Dasar Pandang Ke Timur Malaysia-Republik Korea di sini pada Selasa, turut hadir Duta Republik Korea ke Malaysia Yeo Seung-Bae.
Aaron berkata pameran itu berfungsi sebagai pengenalan komprehensif untuk mendekati dan meneroka sejarah, perjalanan dan pencapaian Korea Selatan dalam usahanya menjadi kuasa ekonomi utama dunia.
Menurutnya Malaysia mempunyai hubungan yang kukuh dan stabil dengan Korea dengan Dasar Pandang ke Timur antara kedua-dua negara kekal relevan dan bukan sahaja menyumbang kepada perluasan kerjasama dua hala, tetapi juga penting dalam meningkatkan kerjasama serantau.
"Saya berharap untuk menyaksikan lebih banyak perkongsian ekonomi yang berjaya dan berkekalan antara Malaysia dan Korea Selatan. Menerusi komitmen kedua-dua pihak, saya yakin Malaysia-Korea mampu meningkat ke tahap lebih tinggi," katanya.
Korea merupakan rakan perdagangan kelapan terbesar Malaysia dan pelabur asing ketujuh terbesar, manakala Malaysia merupakan rakan perdagangan ketiga terbesar Korea dan destinasi pelaburan keempat terbesar dalam kalangan negara ASEAN.
Pameran 40 Tahun Dasar Pandang Ke Timur Malaysia-Republik Korea menonjolkan keunikan koleksi bahan Dasar Pandang ke Timur yang terdapat dalam simpanan Arkib Negara dan dapat menggambarkan perjalanan pelaksanaan dasar berkenaan bersama Republik Korea.
Bahan-bahan pameran ini diperoleh daripada pelbagai jenis rekod beberapa agensi kerajaan lain seperti koleksi fail, akhbar, surat persendirian dan gambar foto yang memaparkan pelbagai maklumat eksklusif dan unik, yang diharap dapat mengetengahkan maklumat penting berkaitan Dasar Pandang ke Timur dan digunakan sebagai bahan rujukan, kajian serta penyelidikan oleh orang ramai.
Pameran itu adalah program kerjasama antara Arkib Negara dengan Kedutaan Republik Korea, yang berlangsung tiga hari bermula hari ini di Memorial Tun Hussein Onn hingga 26 Okt, dan seterusnya selama sebulan di Arkib Negara.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 24 2023
Datuk Aaron Ago Dagang bersama Duta Besar Republik Korea ke Malaysia Yeo Seung-Bae (dua, kiri) pada majlis pelancaran Pameran 40 Tahun Dasar Pandang Ke Timur : Malaysia dan Republik Korea di Dewan Memorial Tun Hussein Onn. - Foto BERNAMA
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
Pesawat kargo DHL terhempas di Vilnius
Polis Lithuania tidak menangkis serangan pengganas boleh menjadi punca kepada nahas pesawat kargo DHL terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius pada pagi Isnin. Nahas itu seperti yang disahkan oleh Ketua Polis telah mengorbankan seorang individu dan mencederakan tiga yang lain, yang kini masih ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan.
Datuk Seri Vida lantik peguam selesai isu sitaan & hutang
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Kahar: Kapla High Council bakal cetus fenomena baharu?
Wartawan Ridauddin Daud menemubual beberapa pelakon Kahar: Kapla High Council ketika tayangan perdana pada Isnin.
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
Kerjasama Malaysia-Korea main peranan dalam mengekalkan kestabilan - Aaron
Kementerian Perpaduan Negara akan sentiasa memberi sokongan terhadap inisiatif berterusan dan mengiktiraf program intelektual.