KUALA LUMPUR: Malaysia menunjukkan kemajuan ketara dalam pembangunan teknologi maklumat dan komunikasi sejak beberapa tahun kebelakangan ini apabila kerajaan dan pihak swasta giat bekerjasama serta melabur dalam teknologi serta infrastruktur digital.
Lantaran itu, Malaysia kini berada pada kedudukan ke-15 dunia dan ketiga di rantau ASEAN bagi Indeks Pembangunan Teknologi Maklumat dan Komunikasi 2023 (IDI 2023) terbitan Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU).
Penganalisis teknologi maklumat (IT) Mohd Fazli Azran Abd Malek berkata hal itu ialah bukti komitmen berterusan kerajaan menerajui perubahan progresif dalam inovasi teknologi dan transformasi digital, terutama kesalinghubungan Internet berkelajuan tinggi dan kemajuan lain dalam teknologi telekomunikasi.
Pencapaian tersebut turut disumbangkan menerusi penubuhan Digital Nasional Bhd (DNB) yang menawarkan servis rangkaian perkhidmatan 5G di Malaysia selaras dengan Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (MyDIGITAL).
"Ini meletakkan Malaysia menerajui ekonomi digital menjelang 2030 dan menyediakan hala tuju negara kekal berdaya saing dalam era digitalisasi.
"Saya percaya dengan sokongan padu kerajaan dan kerjasama pelbagai pihak, faktor-faktor ini juga menjadi penyumbang kepada rating naik Malaysia pada tahun lepas," katanya kepada Bernama di sini pada Khamis.
Menurut laman web Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC), Malaysia dilaporkan berada pada kedudukan kelapan di Rantau Asia Pasifik Dalam Indeks Pembangunan ICT 2015 manakala di peringkat global, Malaysia di kedudukan ke-64 daripada 167 negara.
Ketua Inovasi Digital Yayasan Digital Malaysia Mohd Fazli Azran berkata perkembangan itu membolehkan kerajaan melaksanakan perancangan infrastruktur komunikasi bagi memupuk pertumbuhan ekonomi digital, selain membantu Malaysia melahirkan lebih ramai peneraju dalam teknologi tanpa bergantung kepada kepakaran luar.
Turut senada pensyarah Pusat Perdana Fakulti Teknologi dan Informatik Razak, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Prof Madya Dr Mazlan Ali, yang menyifatkan kedudukan terbaharu itu mempunyai kaitan dengan penambahbaikan infrastruktur digital yang semakin meningkat.
Malaysia kini katanya dalam kedudukan yang baik untuk meneruskan matlamat menuju ekonomi digital dan kerajaan menerusi agensi terlibat perlu terus komited dalam memastikan industri komunikasi dan multimedia kekal berdaya tahan.
"Meskipun politik di Malaysia ada kalanya turun naik, tapi pendemokrasian adalah baik. Malah, negara kita tidak banyak sekatan digital sebagaimana yang dilakukan di beberapa negara jiran.
"Jadi saya percaya jika pelaburan berterusan dalam infrastruktur dan dasar, Malaysia berpotensi muncul sebagai peneraju utama landskap digital di rantau ini," katanya.
Semalam, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil mengumumkan Malaysia meraih skor sebanyak 94.5 dalam IDI 2023 daripada 100 mata, melepasi skor purata global iaitu 72.8 mata, sekali gus menunjukkan pencapaian cemerlang ke arah mencapai sasaran Kesalinghubungan Sejagat dan Bermakna.
Indeks tersebut merangkumi 10 penunjuk antaranya Malaysia hampir mencapai liputan sejagat bagi rangkaian mudah alih 4G/LTE, langganan jalur lebar mudah alih yang tinggi serta harga yang lebih rendah untuk perkhidmatan jalur lebar tetap dan mudah alih, selain turut merekodkan kadar penggunaan Internet, pemilikan telefon bimbit dan trafik Internet yang tinggi.
Kesemua pencapaian berkenaan jelas menunjukkan akses yang mampan kepada perkhidmatan digital serta penglibatan digital secara meluas di Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 08 2024
Malaysia menunjukkan kemajuan ketara dalam pembangunan teknologi maklumat dan komunikasi sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Gambar hiasan
Peruntukan tebatan banjir Sungai Damansara diluluskan, kurangkan risiko di Sungai Buloh
Peruntukan berjumlah RM481 juta bagi Projek Tebatan Banjir Sungai Damansara telah diluluskan sebagai usaha mengurangkan risiko banjir di kawasan Parlimen Sungai Buloh.
AWANI 7:45 [05/10/2024] – Tunggu perkenan Majlis Raja-Raja | Inflasi dan gaji jadi tumpuan | Kes terpencil | Zionis terus angkuh
- Tiga negeri fatwakan GISB sesat, siasatan libat 10 peruntukan
- Belanjawan 2025 tumpu isu inflasi dan naik gaji
- Kekecohan libat warga Palestin mungkin sebab stress, ATM tangani dengan profesional
- Gaza hancur lebur, Beirut hampiri kemusnahan
- Belanjawan 2025 tumpu isu inflasi dan naik gaji
- Kekecohan libat warga Palestin mungkin sebab stress, ATM tangani dengan profesional
- Gaza hancur lebur, Beirut hampiri kemusnahan
Pekebun boleh kemuka tuntutan akibat serangan haiwan liar
Pekebun yang mengalami kerugian hasil tanaman akibat ancaman haiwan liar boleh mengemukakan tuntutan pampasan terhadap kerosakan yang berlaku.
AWANI Ringkas: GISB Holdings | Kes tembakan di Song | PR1MA
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lelaki rugi RM224,000 terperdaya skim pelaburan tidak wujud
Seorang lelaki warga tempatan berputih mata apabila kerugian RM224,000 setelah terperdaya dengan skim pelaburan tidak wujud yang diiklankan menerusi aplikasi WhastApp.
#AWANIRingkas 5 Oktober 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 5 Oktober 2024
1️⃣ Siasatan membabitkan 10 peruntukan undang-undang
2️⃣ KDN sahkan seorang anggota polis terlibat
3️⃣ Projek sakit dijangka siap menjelang hujung 2024
#awaniringkas
1️⃣ Siasatan membabitkan 10 peruntukan undang-undang
2️⃣ KDN sahkan seorang anggota polis terlibat
3️⃣ Projek sakit dijangka siap menjelang hujung 2024
#awaniringkas
Serangan gajah: Perhilitan terus pantau Kampung Basung
Perhilitan Terengganu akan meneruskan pemantauan di Kampung Basung di Kuala Berang bagi mengesan gajah liar yang menyebabkan kematian warga emas hari ini.
Ekonomi penjagaan berpotensi hasil pendapatan baharu untuk negeri - Saarani
Kerajaan Perak melihat potensi ekonomi penjagaan sebagai satu daripada pendapatan baharu yang berdaya maju untuk negeri itu, kata Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad.
Polis tahan pegawai tentera kerana cabul kakitangan bawahan
Seorang pegawai tentera ditahan kerana disyaki mencabul kakitangan bawahannya sebanyak beberapa kali di sebuah premis kerajaan di Kok Lanas, Kota Bharu.
ATM lakukan siasatan penuh insiden di Wisma Transit
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melakukan siasatan penuh berkenaan insiden kekecohan yang berlaku di Wisma Transit, Kuala Lumpur membabitkan warga Palestin baru-baru ini.
Kerjasama kerajaan, swasta bukti komitmen majukan pembangunan ICT - Pakar IT
Malaysia menunjukkan kemajuan ketara dalam pembangunan teknologi maklumat dan komunikasi sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Pembangunan digital ASEAN perlukan cybersecurity sebagai keutamaan yang tinggi - Gobind
Para pemimpinnya, yang bertanggungjawab untuk pembangunan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dan cybersecurity, perlu mempunyai perubahan set minda.