KUANTAN: Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini menyeru semua pihak agar bekerjasama dengan komuniti yang tinggal berdekatan dengan habitat Harimau Malaya.
Baginda bertitah komuniti itu bukan sekadar pihak berkepentingan, tetapi juga rakan kongsi penting dalam usaha pemuliharaan, di samping mereka juga "berkongsi" tempat tinggal dengan haiwan liar itu, justeru kerjasama dan sokongan masyarakat itu amat diperlukan.
"Dengan mengiktiraf hubungan mendalam mereka dengan tanah dan hidupan liar, kita perlu memupuk kerjasama lebih kukuh dengan mereka, perkasa mereka untuk menjadi juara kepada kelangsungan hidup Harimau Malaya, juga sebagai penjaga dan rakan dalam usaha pemuliharaan biodiversiti.
"Dengan menyediakan alternatif mata pencarian lestari kepada mereka dan menggalakkan pendidikan dan kesedaran, kita boleh pastikan masa hadapan Harimau Malaya terjalin dengan kesejahteraan komuniti ini," titah baginda pada majlis penutup Sidang Kemuncak Harimau Pahang Pertama di sini hari ini.
Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Datuk Rosli Isa dan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri Datuk Seri Johari Harun.
Tengku Hassanal turut mengundang semua pihak dengan keupayaan dan sumber alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) supaya mengambil bahagian dalam melindungi Harimau Malaya kerana kerjasama itu penting memandangkan tiada satu pun organisasi atau kerajaan yang dapat menjayakan tugas itu seorang diri.
"Kerajaan saya tidak sabar-sabar untuk menerima cadangan ESG dan pemuliharaan dengan tangan terbuka. Pemuliharaan bukan tanggungjawab satu entiti tetapi memerlukan barisan yang bersatu," titah baginda sambil menggesa perkongsian sumber dan kepakaran untuk membangunkan strategi bagi menangani cabaran yang kompleks.
Sementara itu, Tengku Hassanal menggalakkan kerajaan, organisasi antarabangsa dan entiti swasta untuk mengkaji semula pelaburan mereka dalam pemuliharaan harimau serta bersama-sama memanfaatkan mekanisme pembiayaan yang inovatif dan meneroka kerjasama awam-swasta yang menjamin sokongan kewangan yang mampan dan jangka panjang untuk inisiatif pemuliharaan.
Tengku Hassanal turut menekankan usaha penguatkuasaan untuk melindungi hidupan liar dan meneroka potensi kecerdasan buatan, imejan satelit dan teknologi penderiaan jauh bagi meningkatkan keupayaan pemantauan dan penguatkuasaan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 28 2023
![Kerjasama dengan komuniti tinggal berdekatan habitat Harimau Malaya - Tengku Hassanal Kerjasama dengan komuniti tinggal berdekatan habitat Harimau Malaya - Tengku Hassanal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/41690560247_RajaPahang.jpg)
Tengku Hassanal bertitah, komuniti yang tinggal berdekatan dengan habitat Harimau Malaya bukan sekadar pihak berkepentingan, malah menjadi rakan kongsi penting dalam usaha pemuliharaan. - Bernama
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Wanita curi duit semasa kenduri ditahan, ada 10 rekod jenayah
Seorang wanita berusia 61 tahun yang menyamar sebagai tetamu dan mencuri beg tangan berisi wang RM2,500 ketika majlis perkahwinan di Pasir Mas, Kelantan pada 1 Februari lalu berjaya diberkas polis.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 Februari 2025.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Polis rakam keterangan wanita dakwa bakal kahwin Tengku Hassanal Polis rakam keterangan wanita dakwa bakal kahwin Tengku Hassanal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738647073_KetuaPolisPahangD.jpg)
Polis rakam keterangan wanita dakwa bakal kahwin Tengku Hassanal
Polis telah merakam keterangan seorang wanita yang mendakwa akan melangsungkan perkahwinan dengan Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.
![Istana Pahang nafi istiadat perkahwinan babitkan Tengku Hassanal Istana Pahang nafi istiadat perkahwinan babitkan Tengku Hassanal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720767440_TengkuHassanal.jpg)
Istana Pahang nafi istiadat perkahwinan babitkan Tengku Hassanal
Hantaran yang dimuat naik pengguna platform Instagram dengan nama Faridah Daud (faridah.daud_l) itu menyaksikan wanita berkenaan menerangkan majlis perkahwinannya bersama Tengku Hassanal.
![Insiden kerabat Pahang didakwa pukul lelaki: 'Jika ada bukti, bawa ke mahkamah' - Tengku Hassanal Insiden kerabat Pahang didakwa pukul lelaki: 'Jika ada bukti, bawa ke mahkamah' - Tengku Hassanal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51725535157_TBHassanal.jpg)
Insiden kerabat Pahang didakwa pukul lelaki: 'Jika ada bukti, bawa ke mahkamah' - Tengku Hassanal
Tegas Tengku Hassanal lagi, baginda sesekali tidak akan melindungi mana-mana pihak termasuk kerabat yang terlibat dengan sebarang jenayah dan kesalahan undang-undang.
![Tak ada kahwin... jangan kacau saya - Tengku Hassanal Tak ada kahwin... jangan kacau saya - Tengku Hassanal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720757192_TengkuHassanal.jpg)
"Tak ada kahwin... jangan kacau saya" - Tengku Hassanal
Tengku Hassanal menafikan khabar angin baginda akan mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.
![Tengku Hassanal bakal santuni rakyat menerusi Ekspedisi Mahkota Mudik Sungai Pahang Tengku Hassanal bakal santuni rakyat menerusi Ekspedisi Mahkota Mudik Sungai Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51709068417_EkspedisiMahkotaMu.jpg)
Tengku Hassanal bakal santuni rakyat menerusi Ekspedisi Mahkota Mudik Sungai Pahang
Tengku Hassanal berkenan menyertai ekspedisi bermula dari Pekan Riverfront hingga Tanjung Gahai itu, melibatkan jarak kira-kira 400km.
![Tengku Hassanal berangkat pulang ke ibu negara Tengku Hassanal berangkat pulang ke ibu negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61705663548_TengkuHassanal.jpg)
Tengku Hassanal berangkat pulang ke ibu negara
Tengku Mahkota Tengku Hassanal berangkat pulang ke ibu negara hari ini.
![Lebih banyak usaha diperlukan untuk beralih dari sumber hasil balak, lombong - Pemangku Raja Pahang Lebih banyak usaha diperlukan untuk beralih dari sumber hasil balak, lombong - Pemangku Raja Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51701513724_TengkuHassanalIbra.jpg)
Lebih banyak usaha diperlukan untuk beralih dari sumber hasil balak, lombong - Pemangku Raja Pahang
Lebih banyak usaha melalui pendidikan dan tekad politik diperlukan untuk beralih dari sumber hasil negeri berasaskan pembalakan dan perlombongan kepada sumber alternatif yang lebih mampan.
![Cabaran besar Pemangku Raja Pahang apabila bawa isu perubahan iklim Cabaran besar Pemangku Raja Pahang apabila bawa isu perubahan iklim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/51682566448_Hakisanpantai.jpg)
Cabaran besar Pemangku Raja Pahang apabila bawa isu perubahan iklim
Menggembleng tekad politik dalam kalangan wakil rakyat untuk beri keutamaan kepada isu perubahan iklim merupakan cabaran paling besar.
![Pahang ada potensi, aset percepat peralihan hijau - Tengku Hassanal Pahang ada potensi, aset percepat peralihan hijau - Tengku Hassanal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/51698463649_HutanSimpananKekal.jpg)
Pahang ada potensi, aset percepat peralihan hijau - Tengku Hassanal
Pahang mempunyai kelebihan dari segi kawasan tanah yang luas dan aset dilapangan untuk gerakkan usaha peralihan hijau.
![Tiada siapa kebal daripada tindakan undang-undang - Tengku Hassanal Tiada siapa kebal daripada tindakan undang-undang - Tengku Hassanal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61691147070_TengkuHassanal.jpg)
Tiada siapa kebal daripada tindakan undang-undang - Tengku Hassanal
Agensi penguatkuasaan di Pahang perlu bersikap tegas dan tidak terlibat dalam amalan rasuah semasa melaksanakan tugas, titah Tengku Hassanal.