PUTRAJAYA: Perkhidmatan kerja sosial akan diangkat sebagai perkhidmatan profesional di bawah Pelan Strategik Kementerian Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) 2021-2025, kata Menterinya Datuk Seri Rina Mohd Harun.
Beliau berkata KPWKM turut menggubal Rang Undang-undang Profesion Kerja Sosial bagi tujuan mempunyai tenaga kerja yang komited dan profesional dan mewujudkan tadbir urus yang baik dalam bidang kerja sosial.
"Profesion kerja sosial menjadi amat signifikan bagi memenuhi keperluan klien yang semakin kompleks dan dinamik lebih-lebih lagi dalam era cabaran baharu yang dibawa oleh kemajuan teknologi khususnya teknologi digital dan juga kesan pandemik COVID-19 yang melanda dunia," katanya.
Rina berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutup Simposium Kebangsaan Kerja Sosial 2021 yang berlangsung secara maya, hari ini. Simposium tiga hari bertemakan 'Memperkukuhkan Solidariti Sosial dan Keterhubungan Global' itu bermula pada 27 Mei lepas.
Rina berkata perancangan KPWKM untuk memprofesionalkan bidang kerja sosial adalah selari dengan usaha sama dan komitmen ASEAN dalam mengukuhkan perkhidmatan kerja sosial melalui Hanoi Declaration on Strengthening Social Work Towards Cohesive and Responsive ASEAN Community yang diperakui oleh para pemimpin ASEAN pada 2020.
Beliau dalam pada itu berkata Institut Sosial Malaysia (ISM), pusat latihan yang menawarkan pelbagai kursus dalam bidang kerja sosial, telah melatih hampir 5,000 warga kerja Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sejak ditubuhkan 2002 sehingga 2020.
"Saya percaya bahawa ilmu dan kemahiran dari bidang kerja sosial ini telah dimanfaatkan sepenuhnya oleh warga kerja JKM dalam merancang, membangun dan melaksanakan perkhidmatan kebajikan sosial bagi pelbagai kumpulan sasar yang memerlukan bantuan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 29 2021
Rina berkata KPWKM turut menggubal Rang Undang-undang Profesion Kerja Sosial bagi tujuan mempunyai tenaga kerja yang komited dan profesional dan mewujudkan tadbir urus yang baik dalam bidang kerja sosial. - Gambar fail/BERNAMA
UniMAP rangka Pelan Strategik 2026-2030, sasar penghasilan 37,500 bakat
Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) sedang merangka Pelan Strategik UniMAP 2026-2030 yang antara lain menyasarkan melahirkan seramai 37,500 bakat menjelang 2030.
UECL: Chelsea belasah Noah tanpa belas kasihan
Chelsea mengekalkan rekod sempurna dalam saingan Liga Persidangan Eropah (UECL) dengan membelasah kelab Armenia, Noah, 8-0.
Setel akan kenakan caj 1% untuk tambah nilai guna kad kredit
Setel mengatakan caj 1% ini tidak tertakluk kepada tambah-nilai automatik ke dompet digital berkenaan.
Pegawai kadet UPNM didakwa cederakan junior guna seterika wap panas
Seorang pegawai kadet UPNM mengaku tidak bersalahatas pertuduhan mencederakan juniornya menggunakan seterika wap panas.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS berikutan penurunan kadar Fed
Ringgit dibuka pada 4.38 berbanding dolar AS pada Jumaat selepas Rizab Persekutuan Amerika Syarikat menurunkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas.
Niaga SPOTLIGHT: GLC, GLIC Investments - Transparency and Accountability
Malaysia’s GLICs hold combined AUM valued at over RM1.8 trillion, roughly the size of Malaysia’s nominal GDP
Following the enactment of the Audit (amendment) Bill, which took effect on 1st November, the Auditor-General now holds the authority to audit the accounts of 1,856 entities, including GLCs.
If audits uncover just RM1 million in savings per company, the total could reach RM2 billion - resources that can be allocated towards transforming Malaysians’ lives for the better.
NIAGA SPOTLIGHT focuses on transparency and accountability for GLCs and GLICs to identify underperforming entities and improve Malaysia's overall economic landscape.
Following the enactment of the Audit (amendment) Bill, which took effect on 1st November, the Auditor-General now holds the authority to audit the accounts of 1,856 entities, including GLCs.
If audits uncover just RM1 million in savings per company, the total could reach RM2 billion - resources that can be allocated towards transforming Malaysians’ lives for the better.
NIAGA SPOTLIGHT focuses on transparency and accountability for GLCs and GLICs to identify underperforming entities and improve Malaysia's overall economic landscape.
14,000 penduduk dipindahkan akibat kebakaran hutan di California
Lebih 25 juta orang kini berada di bawah amaran 'Red Flag' kerana keadaan kebakaran yang "melampau dan mengancam nyawa."
Bursa Malaysia rendah sedikit dalam dagangan awal
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 0.46 mata kepada 1,622.82 daripada 1,623.28 pada Khamis.
Peniaga rugi RM140,000 terima 'cek tendang' urusan jualan jam Rolex
Mangsa lelaki rakyat tempatan mengiklankan jam tangan miliknya di aplikasi Facebook dengan harga RM88,000 pada 27 Okt lepas.
Kerajaan ada rancangan sandaran jika MALBATT terpaksa berundur
Katanya, buat masa ini komitmen negara masih berterusan seperti negara-negara lain yang menghantar anggota tentera mereka ke Lubnan.
Kerja sosial diangkat sebagai perkhidmatan profesional - Rina
Perkhidmatan kerja sosial akan diangkat sebagai perkhidmatan profesional di bawah Pelan Strategik Kementerian Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) 2021-2025.