Kerja pembinaan Projek Landasan Berkembar Elektrik Gemas-Johor Bahru (EDTP) yang dijangka menelan kos RM7.13 bilion akan bermula bulan depan.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata kerja pembinaan landasan sejauh 197 kilometer itu, dijangka siap pada penghujung 2020.
"Kita berharap kerja pembinaan landasan itu akan memberi kesan ekonomi yang cukup memberangsangkan di Johor dan negara secara keseluruhannya," kata Liow kepada pemberita di sini hari ini.
Terdahulu, beliau melawat kawasan landasan kereta api dan sekitarnya yang dijangka diambil alih sebagai zon penampan untuk EDTP.
Liow turut melawat zon penampan yang berdekatan dengan tokong Pertubuhan Penganut Dewa Tai Poh Yah dekat sini.
Beliau berkata pada masa sama, kerajaan juga akan melihat semula tanah yang dicadang diambil alih sebagai zon penampan landasan berkembar elektrik itu supaya tidak mengganggu aktiviti masyarakat sekitar.
Ini adalah susulan rayuan beberapa pihak termasuk Pertubuhan Penganut Dewa Tai Poh Yah mengenai pengambilalihan tanah mereka untuk dijadikan zon penampan.
"Apabila projek ini dilaksanakan, dari segi teknologi ia boleh mengurangkan penggunaan tanah untuk zon penampan. Kita akan lihat sama ada boleh kurangkan kawasan pengambilan tanah untuk zon penampan," kata Liow.
Menurut beliau, kerajaan sentiasa prihatin dan berterima kasih kepada semua pihak termasuk masyarakat yang terlibat kerana memberi sokongan kepada pembinaan landasan itu supaya dapat dilaksanakan dengan lancar.
Pembinaan landasan sepanjang 197 kilometer dan melalui beberapa daerah di Johor iaitu Segamat, Kluang, Kulai dan Johor Bahru, bakal menyaksikan kereta api mempunyai kapasiti had laju reka bentuk sehingga 160km/jam manakala had laju operasi 140km/jam.
Sementara itu, mengulas insiden tren kargo tergelincir berdekatan Stesen Batu Gajah semalam, beliau berkata arahan telah diberikan supaya Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) mempercepatkan pengalihan tren kargo dengan sekurang-kurangnya satu landasan boleh digunakan mulai esok.
"Saya telah arahkan KTMB mempercepatkan kembali perkhidmatan ETS dari Kuala Lumpur-Ipoh," kata Liow.
Beliau berkata perkhidmatan ETS dijangka pulih dalam masa 48 jam, dengan sekurang-kurangnya satu landasan dapat digunakan.
"Kerajaan prihatin dengan masalah rakyat yang menggunakan ETS. Buat masa ini, KTMB menggunakan bas dari Batu Gajah ke Ipoh dan dilaksanakan sejak semalam dan hari ini menggunakan 36 bas," kata beliau.
Pada kejadian 3.15 pagi semalam, tren kargo itu dalam perjalanan dari Kuang, Selangor menghala ke Tasek, Perak, untuk mengambil muatan simen, tergelincir di KM200.332 berdekatan Stesen Batu Gajah, Perak. -- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 29 2016
Datuk Seri Liow Tiong Lai bersama beberapa wakil Pertubuhan Penganut Dewa Tai Poh Ya melawat kawasan landasan keretapi dan kawasan sekitar yang dijangka diambil alih sebagai zon penampan untuk EDTP. -- fotoBERNAMA
AZAL umum penangguhan penerbangan ke tujuh bandar di Rusia
Azerbaijan Airlines (AZAL) mengumumkan akan menangguhkan penerbangan ke tujuh bandar di Rusia.
3 maut, 4 parah dalam kemalangan bas di utara Norway
Tiga maut manakala empat lagi cedera parah selepas sebuah bas terbabas dari lebuh raya lalu terjunam ke tasik di utara Norway pada Khamis.
[TERKINI] Hospital terakhir di utara Gaza diserbu, dibakar
Hospital Kamal Adwan merupakan satu-satunya fasiliti kesihatan terakhir tinggal di utara Gaza.
AB Rauf sahkan ada rombakan kabinet negeri
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mengesahkan kerajaan negeri akan melaksanakan rombakan portfolio exco dalam tempoh terdekat.
Penyedia diminta segera mohon lesen operasi di Malaysia
Penyedia platform media sosial diminta segera mendaftar lesen perkhidmatan masing-masing menjelang penguatkuasaan Lesen Kelas Pemberi Perkhidmatan Aplikasi pada 1 Jan 2025.
Beri insentif kepada operator kenderaan berat adaptasi teknologi keselamatan – Penyelidik MIROS
Pegawai Penyelidik, Unit Kenderaan Dagangan (CVU), Pusat Keselamatan Kenderaan dan Biomekanik (VSB), Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Ts. Ahmad Saife Salleh berkata operator kenderaan berat dalam negara wajar diberikan insentif untuk menggalakkan adaptasi teknologi keselamatan bagi mengurangkan risiko kemalangan.
JPJ tingkat penguatkuasaan secara digital, kaji penggunaan AI
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan meningkatkan usaha penguatkuasaan secara digital dan mengkaji penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi mengesan pesalah trafik dengan lebih efektif.
Kes demam denggi meningkat, dua kematian direkodkan
Jumlah kes demam denggi meningkat kepada 1,407 kes pada Minggu Epidemiologi ke-51 (ME51), iaitu bagi tempoh 15 hingga 21 Dis lepas berbanding 1,384 kes yang dilaporkan pada minggu sebelumnya.
Tumpuan Sabtu – 28 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Petra belum dirujuk, tiada keputusan mengenai kenaikan tarif elektrik
Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, ini kerana PETRA belum dirujuk serta dimaklumkan oleh TNB berkaitan perkara tersebut.
Kerja pembinaan landasan berkembar elektrik Gemas-JB mula November
Kerja pembinaan Projek Landasan Berkembar Elektrik Gemas-Johor Bahru (EDTP) yang dijangka menelan kos RM7.13 bilion akan bermula bulan depan.
Projek landasan berkembar Gemas-Johor akan diteruskan - Najib
Projek pembangunan hartanah itu dilancarkan oleh Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar.