PUTRAJAYA: Kerja pembersihan buangan kimia yang ditemukan di sebuah tapak pelupusan sampah haram di Dengkil dekat sini baru-baru ini telah selesai dijalankan, kata Ketua Pengarah Alam Sekitar Wan Abdul Latiff Wan Jaffar.
Beliau berkata kerja pembersihan yang bermula pada 9 Julai sehingga 22 Julai itu melibatkan pemindahan sebanyak 15 tong dram berkapasiti 200 liter, tujuh bekas Intermediate Bulk Container (IBC) dan dua beg jumbo mengandungi tanah, plastik dan kain buruk tercemar.
Kerja pembersihan itu mendapat kerjasama daripada kontraktor yang dilesenkan Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan bantuan logistik serta tanah daripada Pejabat Daerah dan Tanah Sepang bagi kerja-kerja menimbus dan meratakan tanah.
"Tatacara pembersihan dan pelupusan adalah mengikut Prosedur Tetap Operasi (PTO) Pelupusan Haram Buangan Terjadual dan kesemua buangan kimia tersebut telah dilupuskan di fasiliti yang dilesenkan oleh JAS," katanya.
Pada 5 Julai lepas, media melaporkan pencemaran bau seakan bau kencing kucing atau tikus sehingga boleh dihidu dalam radius 4.7 kilometer termasuk di Putrajaya, membawa kepada penemuan tapak pelupusan haram dipenuhi sisa kimia bercampur dengan sampah domestik di Kampung Semarang di Dengkil.
Sehubungan itu, JAS bertindak menggerakkan siasatan bermula 30 Jun lepas meliputi pelbagai punca berpotensi seperti kilang dan saluran paip gas bagi mengesan aktiviti mencurigakan, sebelum berjaya mengesan lokasi pencemaran itu semalam yang terletak kira-kira 700 meter dari jajaran Sungai Langat.
Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man turut dilaporkan berkata dianggarkan terdapat 100 tong besi berkapasiti 200 liter mengandungi sisa kimia disyaki buangan terjadual berbentuk cecair, separa cecair dan pepejal berwarna di tapak pencemaran itu.
Mengenai insiden itu, Wan Abdul Latif berkata sejumlah 96 aduan diterima oleh JAS kerana membangkitkan keresahan akibat diganggu bau buangan kimia terutama pada waktu malam dan awal pagi.
"JAS sentiasa mengambil tindakan tegas dan tiada kompromi terhadap penjenayah alam sekitar," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 29 2022
Kerja pembersihan itu mendapat kerjasama daripada kontraktor yang dilesenkan JAS dan bantuan logistik serta tanah daripada Pejabat Daerah dan Tanah Sepang. - Facebook Jabatan Alam Sekitar
[LAPOR LANGSUNG] Letupan baharu menggegarkan Beirut
Rakaman video menunjukkan letupan itu menerangi pinggir bandar selatan yang padat penduduk.
Letupan baharu menggegarkan Beirut
Letupan kuat itu bermula hampir tengah malam dan berterusan hingga Ahad.
#AWANIRingkas 6 Oktober 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 6 Oktober 2024
1️⃣ Keperluan tenaga boleh baharu
2️⃣ Menjelang Belanjawan 2025
3️⃣ Banjir di Perak dan Selangor
#awaniringkas
1️⃣ Keperluan tenaga boleh baharu
2️⃣ Menjelang Belanjawan 2025
3️⃣ Banjir di Perak dan Selangor
#awaniringkas
KPT akan pastikan capaian internet di IPTA berada di tahap tertinggi - Zambry
KPT sedang berusaha memastikan capaian Internet di semua IPTA berada pada tahap tertinggi.
AWANI Ringkas: Keperluan tenaga boleh baharu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Enam rakyat Malaysia selamat tiba dari Lubnan, jumlah keseluruhan kini 17 orang dievakuasi
Wisma Putra dalam kenyataan segera memaklumkan, seramai enam orang lagi turut dijadualkan tiba di Malaysia malam ini.
Bekas gabenor New York, anak tiri diserang empat individu
Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan di bahagian muka serta badan dan dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.
Tentera AS lancar serangan di bandar Yaman
AS menyerang 15 sasaran Houthi di kawasan yang dikawal oleh kumpulan yang disokong Iran itu.
Korea Selatan pindahkan 97 rakyatnya dari Lubnan
Kementerian Luar Korea Selatan maklumkan, kesemua mereka tiba di Korea Selatan pada petang Sabtu.
Pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula 23 September lalu.
PDF: Tiada permohonan rasmi spesifik dari Lynas - MB Pahang
Kilang memproses nadir bumi Lynas Malaysia Sdn Bhd (Lynas) setakat ini, tiada mengemukakan permohonan rasmi secara spesifik lokasi Tapak Pelupusan Kekal (PDF).